AURELLIO : COUTINHO AKAN MENJADI LEBIH HEBAT

AURELLIO : COUTINHO AKAN MENJADI LEBIH HEBAT

732
0
SHARE

by Axello

Fabio Aurelio menjangkakan Philippe Coutinho untuk menjalani musim baru dengan lebih keyakinan selepas kempen peribadi yang cemerlang pada musim 2014/15.

Pemain No.10 Liverpool adalah secara konsensus adalah pemain paling popular dalam skad Liverpool musim 2014/2015 dengan menggondol empat anugerah utama pada majlis Anugerah Pemain pada bulan Mei. Beliau memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Liverpool. Beliau juga memecah masuk kedalam BPL Team Of The Year 14/15.

2805AEC600000578-3055975-image-a-23_1430046273424 (1)

Coutinho membuat penampilan paling banyak dalam semusim semenjak ke Eropah dengan 52 penampilan. Beliau meledak lapan gol pada musim ini. Coutinho lantas merasakan dirinya tak cukup bagus sebab terlalu kurang jumlah gol.

Ketika malam Gala, Steven Gerrard rimas dengan perhatian media yang lebih terarah kepda beliau lalu dalam ucapan beliau, Gerrard meminta media berhenti fokus kepada beliau kerana, malam tersebut adalah malam Coutinho. Gerrard terus menyatakan bahawa Coutinho adalah the next big thing dari Brazil dalam pasukan Liverpool.

2807FA9B00000578-3056146-image-a-30_1430076217552

Player of The Year 2014/15
Player of The Year 2014/15

Baru baru ini, bekas bek kiri Fabio Aurellio mengulas serba sedikit mengenai Phillipe Coutinho dalam warwancara dengan Liverpoolfc.com

“Saya telah mengikuti Coutinho sejak beliau mula menyertai Inter Milan,”
info_1364751362
“Jelas sekali dia tidak mempunyai masa-masa yang hebat di sana, tetapi dia masih seorang pemain yang berkualiti, seorag pemain yang tangkas dan yang boleh bermain dengan baik between the line. Coutinho juga sangat cerdas.”

“Di Liverpool, dia mendapat peluang yang diperlukannya untuk meningkatkan prestasi dan memperbaiki permainannya. Dia juga diberikan lebih peluang untuk menunjukkan kemampuan sebenar beliau.”

“Saya sangat seronok melihat dia pada musim lalu (14/15) dan kini dia mempunyai lebih keyakinan untuk terus melakukan perkara yang lebih besar. Saya ingin melihat dia menjadi yang terbaik.” – Fabio Aurellio.

Saya memang berharap agar Coutinho meneruskan momentum cemerlang beliau di Liverpool di samping menambah goals tally dalam pasukan ni. The Little Magician membutikan yang beliau mampu melakukan apa sahaja di dalam padang.

YNWA