KEMASKINI SEMASA OLEH KLOPP , KECEDERAAN DAN ISU STRIKER !

KEMASKINI SEMASA OLEH KLOPP , KECEDERAAN DAN ISU STRIKER !

1600
0
SHARE

Bercakap kepada Liverpool echo, Klopp menyatakan Sturridge sudah kembali berlatih namun ia sekadar latihan ringan. Klopp menyifatkan Sturridge sebagai kualiti luar biasa. Ditanya sama ada Sturridge akan dibawa ke Etihad, Klopp tidak boleh menjawab lagi kerana mungkin ya mungkin tak. Namun ayat beliau seperti berikut memberikan klu mungkin Daniel akan dibawa.

klopp

“Sebagai seorang penyerang, kadang-kadang, lima minit sudah mencukupi untuk anda melakukan sesuatu. Saya perlu lihat esok dan berfikir mengenainya selepas sidang akhbar .” @jurgenklopp

“Dia perlu berlatih sekarang, itu yang pasti. Empat setengah minggu, dia tidak dapat berlatih. Tidak berbasikal atau berjalan. Mungkin kita akan bawa beliau. Tetapi pertama sekali, beliau ada lima tahun kontrak, semua orang mahu melihat lebih banyak daripada beliau tetapi kita perlu mencari keseimbangan dalam pasukan yang betul dan kita akan lihat bagaimana nanti.”

“Apabila kamu melihat Daniel dalam latihan dan dia melakukan sesuatu, anda berkata ‘ohhhh, baik-lah'(hebatlah).”

P150926-064-Liverpool_Aston_Villa-600x394

Jordon Ibe dan James Milner sudah pun kembali ke dalam skuad selepas terlepas tugasan antarabangsa akibat kecederaan tetapi permainan Jordan Henderson, dijangka akan memulakan latihan minggu depan selepas mengalami keretakan metatarsal beliau pada awal pada musim ini.

jose

Jordan Rossiter meneruskan latihan pada hari Ahad, manakala Jose Enrique juga telah kembali berlatih dengan pasukan utama, namun begitu Klopp tidak dapat meletakkan jangkaan masauntuk tempoh kecederaan Mamadou Sakho. klopp berkata, Sakho mungkin berehat lebih daripada Hari Krismas.

JS72371455

Menjelang perlawanan hujung minggu ini menentang pendahulu liga,Klopp tidak bimbang dengan label Manchester City sebagai pasukan terbaik di England buat masa ini:

“Saya tidak kisah tentang perkara sepeti, adakah mereka pasukan terbaik dalam liga. Saya cuma ambil berat jika Liverpool yang menjadi pasukan terbaik dalam liga. ”

Ditanya tentang pemain yang menkadi tumpuan peminat dan media iaitu Raheem Sterling, Klopp nampaknya tidak begitu mengambil berat mengenainya.

Beliau berkata: “Ia adalah perkara biasa (dalam bolasepak) dan tiada apa yang istimewa. Saya tidak tahu berapa ramai kawan-Raheem di sini tetapi dia seorang pemain yang bagus. Dia pernah bermain di sini, ada karier yangt baik disini, saya dengar ada perkataan yang tidak baik mengenai beliau. Mesra, berjabat tangan, maka ia adalah bola sepak. ”

Steven+Gerrard+Liverpool+v+Atletico+Madrid+n3Sao8q7arxl

Ditanya sama ada Steven Gerrard akan dapat berlatih di Melwood semasa cuti MLS ini.

Pengurus Liverpool berkata: “Jika beliau mahu melatih sini, sudah tentu dia boleh. Dia boleh pakai Melwood untuk 500 tahun sekalipun, itu tidak ada masalah. “