Kesihatan Mental Steven Caulker Yang Bakal Mengakhiri Kariernya

Kesihatan Mental Steven Caulker Yang Bakal Mengakhiri Kariernya

1680
0
SHARE

Pemain pertahanan ini dengan tabahnya mendedahkan tentang pergelutan dirinya dengan masalah mental, ketagihan dalam judi dan arak serta mengapa beliau bertsyukur kerana masih di hidup.

steven-caulker

Steven Caulker mempunyai cerita yang sukar untuk diterima dan didengari, cukuplah sekadar memahami dan mengambil pengajaran daripadanya.

Pemain yang mungkin kini menjadi rebutan kelab-kelab besar EPL kini bergelut dalam situasi membingungkan. Dulunya beliau mempunyai bakat menjadi pemain hebat, kini sudah terkubur akibat isu mental.

Pemain pertahanan yang berusia 25 tahun ini beberapa kali mendapati dirinya dalam tahanan polis, melihat CCTV bersama peguamnya, seakan tidak percaya dengan apa yang dilakukannya. Malah beliau tidak sedar apa yang dilakukannya seperti yang ditonton dalam CCTV tersebut.

Beliau tidak pernah memberikan alasan atau menagih simpati terhadap apa yang berlaku. Ini adalah kisah nyata beliau.

“Saya duduk di sini bertahun-tahun membenci diri sendiri, saya tidak faham kenapa saya tidak seperti orang lain” kataya.

“Tahun ini bakal mengakhirinya. Saya rasa kebanyakan masa adalah kegelapan di hujung jalan.”

Beliau sudah tidak terlibat dengan judi sejak Desember lalu, malah tidak menyentuh alkohol sejak awal Mac. Proses penyembuhan dapat mengembalikan dirinya kepada tahap terbaik kini berjalan lancar.

Lebih kurang 6 tahun berlalu dalam kariernya, barulah beliau menerima kenyataan yang memang beliau perlukan bantuan.

“Anda akan selalu fikir yang anda akan pulih sendiri namun wang selalunya menjadi satu masalah. Akan tetapi, di Southampton (pinjaman dari QPR) saya sedar, dari sudut mental, saya sudah rosak. Saya tak lagi bermain, karier saya sudah tak ke mana dan saya perlukan bantuan seseorang. Doktor cuba bantu saya namun ramai yang menyuruh saya serlahkan kemapuan saya di atas padang”

“Tak ada yang faham tentang apa yang berlaku dalam minda saya. Saya tahu mereka bawa saya untuk lakukan tugas bukan untuk jaga saya. Sama seperti di QPR, saya perlu lakukannya kerana mereka membayar saya akan tetapi saya berada dalam satu situasi yang perlukan perhatian rapi.

“Bola sepak tidak menangani masalah mental dengan baik. Mungkin ia sudah berubah namun menkanisma sokongan kebiasaannya tidak ada. Saya sudah banyak kali bercakap dengan para pemain yang diberitahu supaya ke Klinik ’Sporting Chance’ namun mereka enggan lakukannya kerana mereka tahu jika mereka ke sana, bermakna mereka akan hilang tempat dalam kesebelasan utama. Ada saja yang akan menggantikannya, maka anda sudah tak diperlukan. Ini yang menghalang pemain untuk dapatkan bantuan. Anda tidak akan nampak apa yang bakal berlaku.”

“Saya menyeru kepada mereka, beritahu kepada PFA, cakap dengan pengurus anda, dan jangan takut untuk diketepikan oleh pasukan jika anda rasa seperti apa yang saya alami. Jadi berani untuk menyatakannya sebelum ia sudah terlewat.

“Kebimbangan itu… Saya selau perlukan sesuatu untuk hilangkannya. Bola sepak adalah jalan keluar ketika saya kanak-kanak namun ia berubah apabila saya terpilih dalam kesebelasan utama seawal usia remaja, dan kemudian bola sepak datang dengan tekanan. Cara saya hadapinya dalam awal karier saya adalah dengan berjudi. Saya ketagih. Saya tagih untuk menang, yang mana orang kata ia adalah positif dalam bola sepak namun sama sekali tidak jika dalam perjudian. Saya ketagih untuk mengalahkan sistem, kerana anda akan katakan pada diri anda  yang ia ada sistem dan anda boleh kalahkannya. Anda tak akan dapat fikir yang anda takkan boleh lakukannya..”

Steven Caulker meraikan gol dalam debutnya bersama Engand ketika menentang Sweeden pada tahun 2012
Steven Caulker meraikan gol dalam debutnya bersama Engand ketika menentang Sweeden pada tahun 2012

Beliau telah bermain sebanyak 123 kali dalam Premier League untuk 8 kelab berbeza, dalam keadaan yang hampir memusnahkan dirinya. Ada sahaja pendorong kepada kejatuhan.

“Malam yang saya tak dapat tidur, berjaga sehingga 5 pagi mengulangi perkara buruk yang paling teruk dalam hidup saya… Tottenham hantar saya ke Bristol City secara pinjaman pada umur 18 tahun meletakkan saya di tengah-tengah bandar yang dikelilingi kelab-kelab malam, dua kasino dan dengan diberikan wang yang saya tak pernah rasakan dalam hidup saya, tiada panduan hidup. Saya telah diheret oleh seorang rakan dan staff, saya diberitahu yang saya berada di kasino pada jam 3 pagi, akan tetapi sikap mereka adalah: “Apa yang kamu buat dalam waktu lapang adalah urusan kamu. Cuma jangan sampai memberi kesan dalam persembahan kamu di atas padang.”

“Di Liverpool saya pernah terjaga tengah malam dan muntah merata-rata, ada yang mengugut saya, pemilik kelab dan pengawal : ‘Bayar saya wang atau saya jual cerita kamu.’ Saya tak sedar langsung apa yang saya buat ketika saya ‘pengsan’. Saya kemudiannya beritahu kepada kelab yang saya tak dapat bermain dan perlukan masa untuk rehabilitasi.”

Kini beliau semakin pulih, banyak kerja-kerja amal dilakukannya bersama kekasih beliau bagi menebus kembali kesalahan yang dilakukannya kepada dirinya sendiri. Beliau juga malu kepada anak lelakinya.

“Apa yang akan berlaku tentang karier saya agak tidak jelas, pengurus saya (Holloway – QPR) masih memberitahu bahawa beliau perlukan saya dalam skuad, namun wakil saya beritahu yang pemilik kelab telah menyatakan bahawa saya boleh pergi setelah tamat kontak (lagi 1 tahun)”

steven-caulker-mental

“Sekian lama saya benci segalanya tentang diri saya dan saya perlu belajar untuk mencintainya semula. Saya sangat rindukan perlawanan bola sepak saya. Saya dah tak rasa seronok bermain bola sepak semasa di Cardiff. Saya tak mahu menaip nama saya di Google dan lihat berita-berita yang memalukan tentang diri saya. Saya ingin orang ramai ingat saya sebagai pemain bola sepak yang mewakili negaranya seawal umur 20 tahun dan masih ada baki 10 tahun untuk bermain. Dalam 40%, saya boleh bermain pada tahap yang tinggi. Sekarang saya sudah rasa lebih baik dari sudut mental dan inginkan peluang untuk buktikan kepada semua termasuk anak saya, tentang apa yang saya boleh lakukan. Walau apapun peluang yang hadir, saya hanya ingin bersyukur kerana masih hidup.”

YNWA Steven Caulker