KISAH SI JOSE ENRIQUE

KISAH SI JOSE ENRIQUE

414
0
SHARE

Saya sendiri hampir terlupa kekadang yang Liverpool ada fullback bernama Jose Enrique yang pernah menjadi orang penting dalam pasukan ni sebelum dia dilanda kecederaan panjang. Dia dalam top form sebelum itu dan sangat mengujakan kita semua dan saya pernah menulis, jika dia kekalkan aksi (pada masa itu) , mungkin dia akan dipanggil oleh Sepanyol. Sayang sekali dia dilanda kecederaan dan tak pasti bila akan pulih.

jose

Kni dia sudah kembali ke pusat latihan, tetapi saya kekdang pelik dengan sistem Liverpool, status pemain tetiba jadi tak available walaupun kita beriya rasakan mereka sudah pulih. Kini beliau akan menjadi antara pemain yang akan mendapat talian hayat besar dalam pasukan ini jika dia kembali fit untuk pasukan utama.

Ini kerana, department bek kiri amat ‘thin’ dan cuma ada Moreno yang benar benar bek kiri. Dengan kontrak beliau yang akan berakhir musim hadapan, adakah Enrique akan dijual jika ada tawaran yang bagus. Tapi buat masa ini saya berharap, Enrique akan menjadi sebahagian pemain yang penting dalam depth squad kita yang sedang ‘parah’.

Dengan adanya Enrique, Klopp boleh utilize Moreno ke sayap kiri pada waktu tertentu. Flanagan pula sudah menghantar satu posting di Instagram dia sedang berlari lari di padang latihan namun masih belum pasti bila akan kembali.