Piero Aid : Kami Kecewa Dengan Coutinho

Piero Aid : Kami Kecewa Dengan Coutinho

4824
1
SHARE

Pengarah sukan Inter Milan Piero Aid, telah menceritakan mengenai keputusan kelab itu untuk menjual Philippe Coutinho untuk Liverpool.

by Axello

Coutinho

Aid menjadi tetamu di program soal jawab di SkyItalia dan komen beliau telah ditulis semula di GianlucadiMarzio.com.

Beliau menjelaskan bahawa kegagalan Coutinho untuk memberikan impak/kesan segera telah membawa kepada keputusan pantas untuk menjual pemain yang kini merupakan pemain antarabangsa Brazil. Kebetulan cuma kem Rodgers yang sanggup membayar  £8 juta untuk pemain yang dianggap kurang menyerlah di Inter itu.

Beliau berkata: “Dia tiba pada usia yang sangat muda iaitu hanya pada 16 tahun, dan kami telah meminjamkan dia selama dua tahun dengan Vasco, kemudian beliau tiba disini serta bekerjasama dengan Benitez. Oleh itu kami meletakkan harapan sangat tinggi.”

“Rafa menggunakan beliau sebagai pemain sayap kiri atau kanan dalam 4-2-3-1, dia mempunyai banyak kualiti. (Kemudian) Dia tidak bermain dan gagal memenangi tempat dalam pasukan utama, kami telah hilang sabar dan kita menagmbil keputusan untuk menjual beliau daripada memberikan lebih masa.”

“Saya ingin melihat semua pemain muda membangun dan berjaya di Inter. Terdapat ramai yang telah melakukannya di sini dan apabila setiap kali saya melihat mereka memakai jersi pasukan lain, saya berasa agak tersentuh.”

Aid mengakui kempen Inter pada masa itu jauh tersasar keluar dan mengambil keputusab untuk mmecat Rafa Benitez pada akhir 2010, selepas hanya enam bulan di kelab itu.

Hampir setiap jurulatih yang baru dilantik mahu membawa masuk pemain mereka sendiri. Ia kadang kadang menyebabkan bakat seperti Coutinho tenggelam dalam arus perubahan dan peralihan.

Kini, pada minggu ini perancang Brazil itu dicalonkan sebagai finalis pemain Terbaik Tahunan PFA serta Pemain Muda terbaik Tahunan PFA di England. Penganalisis Jamie Carragher pada satu slot di SkySports menyatakan bahawa Coutinho adalah bintang penting selepas pemergian Luis Suarez. Ia disokong dengan kontrak baru lumayan Coutinho sehingga 2020, dan sudah pastilah Inter mempunyai banyak sebab untuk menyesali keputusan mereka. Oleh kerana terlalu drastik dalam perubahan mereka meminggirkan bakat seperti Coutinho.

Ia adalah antara bargain of the decades di Eropah. tahniah untuk Team Rogders yang berjaya memantau dan scouting pemain ini untuk dibawa ke Anfield.

YNWA

  • EternalCapt8

    Our little magician!