Fabrice Muamba Mengambil Jurusan Kejurulatihan di Akademi Liverpool

    Fabrice Muamba Mengambil Jurusan Kejurulatihan di Akademi Liverpool

    493
    0
    SHARE

     

    fabrice muamba liverpoolMicheal Beale, bos Liverpool U-21 membuat pendedahan bahawa Fabrice Muamba telah mengambil bahagian dalam sesi coaching di Akademi Liverpool sebagai persediaan untuk memulakan sesi pembelajarannya untuk menjadi pengurus pasukan.

    Muamba, 26 tahun bersara daripada arena bolasepak setelah insiden yang hampir meragut nyawanya dalam perlawanan Bolton menentang Tottenham pada Mac 2012 lalu.

    Setelah itu Muamba yang pernah beraksi untuk Arsenal dan Birmingham mendedahkan bahawa beliau mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya berhenti selama 78 minit.

    Selepas kariernya berakhir, beliau menjadi pundit di stesen televisyen, namun sekarang beliau mula belajar untuk mendapatkan lencana pengurus pasukan.

    Dan Beale juga memberitahu bahawa The Reds menjemputnya untuk mengurus pasukan muda Liverpool setelah bekas pemain tengah ini berkongsi pengalamannya ketika di dalam dan di luar padang.

    “Fabrice datang untuk memberikan ucapannya untuk Liga Perdana tentang situasinya dan bagaimana beliau meningkat daripada pemain muda sehingga proses pemulihannya daripada insiden tersebut,” Kata Baele.

    “Kami jemput Fabrice ke sini dan peribadinya telah memberi impak kepada Akademi kami sejak kedatangannya, dan beliau bersama kami menyaksikan perlawanan menentang Chelsea.”

    Baele juga memuji bekas pemain tengah The Reds, Salif Diao yang juga menyertai Fabrice dalam mengurus Akademi.

    Beliau percaya dengan pengalaman Muamba dan Diao akan membantu skuad muda berkembang.

    “Anak kepada Salif bermain dalam akademi kami dan Salif juga sedang mendapatkan lencana pengurus,” tambah Baele dalam kolum Liverpoolfc.com.

    “Beliau bermain dalam pasukan utama, beliau juga bermain dalam pala dunia dan mempunyai akademinya sendiri di Senegal, dan beliau juga datang memberikan ucapan kepada pemain akademi kami.”

    “Mereka berdua aktif dalam sesi kami dan banyak memberikan nasihat. Semua pengalaman mereka begitu berharga untuk pemain muda.”

    “Saya sangat bersyukur kerana ia adalah bantuan yang amat bermakna untuk mendapatkan idea dan nasihat mereka.”

    Robbie Fowler, Steve McManaman dan Rob Jones juga membantu dalam pembinaan pemain muda.

    “Ia begitu istimewa dan unik, dan hanya beberapa kelab sahaja di dunia yang mempunyai keadaan sebegini.”

    “Semangat kekeluargaan begitu baik dan banyak membantu skuad U-21. Kami tak mahu pemain muda kami ingin jadi superstar dan cuma berseronok dalam bermain tanpa melangkah ke hadapan.”

    “Mereka sangat membantu menyampaikan pesanan buat semua.”