Jordan Henderson Akan Memakai Lilitan Kepten Bagi Skuad England

Jordan Henderson Akan Memakai Lilitan Kepten Bagi Skuad England

1348
0
SHARE

Ketua Pasukan Liverpool, Jordan Henderson akan mengetuai England dalam saingan kelayakan piala dunia menentang Slovenia di Ljubljana pada awal pagi nanti.

Beliau diberi lilitan kepten oleh pengurus sementara pasukan England, Gareth Southgate setelah beliau mengesahkan Wayne Rooney akan berada di bangku simpanan kelak.

Southgate menjelaskan tentang keputusannya memilih Henderson sebagai ketua pasukan.

“Saya teruja dengan beliau. Apa yang meyakinkan saya adalah beliau mengetuai pasukan bola sepak di mana beliau terpaksa menggantikan ikon kelab tersebut dan juga ikon dalam bola sepak Inggeris.”

henderson-gerrard

“Itu sudah tentu cabaran yang sukar dan saya fikir beliau matang dari sini”

“Beliau menunjukkan kepimpinan yang baik dengan kelabnya dan beliau memang seorang ketua, saya fikir beliau mempunyai suara dan pandangan yang jelas dalam kumpulan kami di sini. Beliau mempunyai pemahaman taktikal yang baik.

“Ia bukanlah keputusan yang mudah sebab kami mempunyai beberapa orang pemain senior dalam bilik persalinan tapi kerana beliau adalah ketua pasukan dalam kelab bola sepak terbesar dan beliau mampu menggalas tugas tersebut, ia adalah keputusan yang betul bagi saya.”

hendo-runi