Liverpool Bimbang Atas Kecergasan Coutinho, Sterling dan Lucas Untuk Menghadapi Spurs

    Liverpool Bimbang Atas Kecergasan Coutinho, Sterling dan Lucas Untuk Menghadapi Spurs

    119
    0
    SHARE

    Brenden Rodgers dalam kerisauan selepas perlawanan kurang memberangsangkan dalam Merseyside Derby Sabtu lalu setelah ketiga-tiga pemain utamanya dijangka kurang cergas untuk menghadapi Spurs Selasa nanti.

    Spurs yang kini berada di tempat kelima dan 4 mata lebih daripada Liverpool akan mengunjungi Anfield untuk bersaing bagi menempah tempat ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan.

    sterling vs evertonRaheem Sterling dan Philippe Coutinho kedua-duanya akan melalui ujian kecergasan setelah didapati mengalami kecederaan ringan ketika di Goodison manakala Lucas Leiva akan discan setelah menghadapi masalah pada pahanya apabila hanya membuat penampilan selama 16 minit sahaja.

    Liverpool-LFC-Brendan-Rodgers-Lucas-Leiva-Lucas-Leiva-Injury-Merseyside-Derby-Lucas-injury

    Dan Rodgers berkata: “Kekalahan dalam persaingan merebut piala akan jatuh hanya kerana bilangan permainan, namun apa sahaja yang berlaku kepada kecederaan pemain, pasukan akan lebih berpengalaman mengatasi isu tersebut”

    “Jika kami hanya bermain satu perlawanan sahaja seminggu dan tidak berada dalam persaingan merebut piala (cup competition), maka kami tidak akan sebaik yang dimahukan”

    “Kami ingin perlawanan (persaingan) yang lebih banyak, ini adalah cabaran tahun ini, namun ia akan menjadi lebih baik apabila kami mengharungi tahun ini dan pemain juga akan lebih berpengalaman.”

    coutinho-Everton_Liverpool-700x357“Phil Coutinho mengalami kecederaan ringan pada lututnya dan Raheem pula pada kakinya. Kami ada pemain yang lebih segar kecergasannya di bangku simpanan untuk dibawa masuk, dan harapan saya mereka akan cergas untuk permainan Selasa Nanti.”

    Adam Lallana terlepas perlawanan Derby, dan Rodgers menambah, “kami perlu lihat keadaannya, namun kemungkinan besar beliau cergas Selasa nanti.”

    Sumber: LiverpoolEcho