Nasihat Klopp buat Benteke

Nasihat Klopp buat Benteke

1065
0
SHARE

Sentiasa ada jalan kembali buat Benteke – Klopp

Pemain berusia 25 tahun ini meyakinkan Klopp dengan dedikasi yang ditunjukkannya apabila menolak tawaran menggiurkan dari Tanah Besar, Chinese Super League pada Januari lepas. (Laporan dari Paul Joyce)

“Situasi pemain tidaklah sentiasa dalam keadaan baik sentiasa,”

“Masa adalah segalanya. Christian tidak berada dalam momen yang baik bagi kariernya di Liverpool 4-5 minggu lalu. Ia memang ketara.

“Kemudian Sturridge kembali dan kami perlu fikir apa yang perlu dilakukan. Samada untuk mulakan terus Daniel dalam permainan atau masuk sebagai pemain gantian.

benteke sturridge“Cara permainan kami telah memberi keputusan terbaik tentang apa yang perlu saya lakukan. Saya tak boleh cuma cakap ‘dia perlukan masa, jadi teruskan main’. Ia bukannya perlawanan pra-musim. Ini adalah perlawanan sebenar, setiap masa.

“Perkara paling penting, bukan hanya Christian, namun mana-mana pemain yang berada dalam situasi ini perlulah menerima dengan positif. Jangan fikir ‘owh, terima kasih tuhan, saya dah tak ada tekanan di bangku simpanan’. Jangan cakap tentangnya, dan jangan cakap: ‘saya tak tahu apa saya boleh buat.’

“Jawapannya adalah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan kamu akan berada dalam keadaan yang baik selepas itu.”

“Ia bukanlah saat yang sempurna buat Christian dan dengan kembali pula Divock ke dalam skuad,”

“Kamu perlu sentiasa fikirkan: ‘siapa yang saya boleh bantu buat masa ini dan siapa yang dapat bantu kami buat masa ini?’

“Sebagai penyerang, terutama dalam keadaan sekarang, kamu hanya perlu kembali, jaringkan gol dan ia akan berubah dengan serta-merta.

“Ia bukanlah keputusan yang dibuat untuk masa depan. Ia cuma pada masa sekarang, itu yang terbaik.

“Dah tentu ini adalah apa yang sedang berlaku dan kerja keras adalah yang utama, tak ada alternatif lain.”

Anda yakin Benteke akan kembali mencetak jaringan buat LFC?

benteke