KLOPP: Fokus Hari Khamis, Baru Fikir Tentang Ahad

KLOPP: Fokus Hari Khamis, Baru Fikir Tentang Ahad

399
0
SHARE

Kedua-dua skuad tidak berjaya mencetak gol dalam perlawanan Europa League pusingan ke 32 awal pagi tadi. Bermakna pemenang akan ditentukan di Anfield pada minggu hadapan.

uel ausburg vs liverpoolSetelah wisel penamat, Klopp menyatakan, “Semuanya OK. Namun dalam situasi kami ketika ini, saya lebih suka kepada hasil, dan juga persembahan.”

“Kita ada momen, permainan yang baik dan peluang dalam perlawanan tadi. Terutama pada masa kedua. Ada ketika pemain membuat hantaran dan permainan yang baik. Dan ada juga ketika kita tidak gembira dengan sesetengah keputusan.”

“Akhirnya, kita seri, 0-0 dan saya tak 100% puas hati. Kami masih ada peluang pada perlawanan kedua, harapnya kami berjaya laluinya. Saya mahukan pemain bermain pada tahap yang mereka mampu sekerap mungkin.”

“Kita patutnya mencipta lebih banyak peluang, itu jelas. Kamu boleh lihat ada ketika kita buat hantaran yang salah, hilang sabar atau silap dalam membuat keputusan. Perkara begini wajar saja berlaku, saya tahu dan ia bukan masalah besar.

“Saya boleh katakan 0-0 adalah keputusan yang baik. kita pulang dan mari mencipta kemenangan pada perlawanan kedua. Namun saya rasa amat penting untuk saya bercakap dengan skuad tantang perkara yang boleh diperbaiki lagi. Terutama pada formasi yang compact, ada beberapa ketika pada serangan balas yang mana ianya tak sepatutnya diperolehi oleh pihak lawan.”

hendo uel

“Kita patut lebih baik dalam protection dan kamu akan memenangi bola dengan mudah. Ia bukan tentang bertahan, ia berkaitan dengan protect dalam situasi menyerang. Kamu boleh merampas bola dengan mudah dan kamu mempunyai ruang yang baik. Ia lebih mudah begitu.”

Skuad ini tidak selalu bermain bersama dalam formasi ini. Menentang Aston Villa, secara spesifiknya ia adalah perlawanan yang mudah, bukan bermakna dengan kualiti yang ada pada Aston Villa maka kamu akan selalu ada masa yang baik seperti (kemenangan) itu.”

“Pasukan Jerman adalah pasukan yang mempunyai taktikal yang baik, mereka bertahan dengan baik, menutup ruang dan tak beri banyak peluang pada kamu. Pada masa kedua, kamu boleh lihat, Phil lebih baik. Beliau bermain baik pada masa pertama namun lebih baik lagi pada masa kedua dan mencipta beberapa keadaan penting pada skuad.”

Cbh0tYGXIAAhQdy

“Kita lihat pada masa pertama di mana kita boleh menggunakan ruang dengan high full-backs dan pemain sayap yang berada pada wide area. Jika anda sering bermain bersama, anda akan mula serasi. Ini yang kamu sedang usahakan.”

Liverpool akan dikunjungi oleh skuad Bundesliga di Merseyside pada Khamis depan, 3 hari sebelum perlawanan akhir Capital One Cup menentang Manchester City.

Klopp ketika ditanya berkenaan kedudukan tanpa gol akan memberi kesan pada perlawanan kedua nanti dan juga perlawanan akhir COC nanti?

“Mungkin ia adalah pasukan yang berbeza, kita tak perlu fikir sangat lagi tentang perlawanan akhir nanti, namun kita takkan biarkannya begitu sahaja, saya takkan abaikannya.”

“Bagaimana boleh kata ia perlawanan mudah? Menang 5-0 malam ini dan jadikan seperti perlawanan persahabatan pada perlawanan kedua? Ia tak mudah untuk menang 5-0 dengan Ausburg, jadi tak ada perlawanan mudah pada second leg nanti”

“Jika kamu menang 1-0 atau 2-0 malam tadi, masih tak dapat putuskan apa-apa. Kami perlu betul-betul fokus pada perlawanan akan datang dan menunjukkan yang kami benar-benar ingin ke pusingan seterusnya”

Jika anda selalu berikan 100%, akhirnya anda akan dapat hasilnya. Jika anda nak jimatkan tenaga untuk ke perlawanan akhir, boleh jadi anda akan kalah pada hari Khamis dan Ahad nanti. Jadi kami perlu fokus pada hari Khamis kemudian baru fikirkan tentang hari Ahad.”

“Ausburg akan bertandang ke Liverpool, mereka akan bertahan dan bermain counter-attack. Saya fikir keputusan malam ni adalah bagus, Kita tahu away goal pasti lebih baik. Kita tak berjaya dapatkannya, jadi kita perlu selesaikannya di Liverpool nanti.”