Klopp : Kami Bertahan Teruk Tetapi Menjaringkan 5 Gol , Bukan Mudah...

Klopp : Kami Bertahan Teruk Tetapi Menjaringkan 5 Gol , Bukan Mudah !

758
0
SHARE

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp seolah olah tidak percaya akhirnya Liverpool menang 4-5 ke atas Norwich. Beliau turut mengakui pasukannya bergantung kepada nasib. Jurgen tetap memuji para pemainnya kerana sifat klinikal mereka menjaringkan lima gol.

Klopp Meraikan Gol bersama sama pemain
Klopp Meraikan Gol bersama sama pemain

Dua gol daripada Firmino dan masing-masing daripada Milner dan Henderson memberikan The Reds pendahuluan 4-3 selepas bangkit daripada ketinggalan 3-1. Lallana memberikan gol kemenangan Liverpool di saat saat ‘mati’ selepas Bassong kelihatan merampas 3 mata daripasa The Reds untuk menjadikan game ini dikongsi 1 mata.

“Ia adalah menarik sehingga Ke penamat. Kami dalam kemenangan selepas 90 minit, kemudian seri selepas minit ke 92 dan kemudian menang lagi. Ia luar biasa.”

“Terdapat kira-kira 70 minit yang benar-benar baik. Kami bermula dengan baik tetapi kemudian menjaringkan gol. Tetapi, melepaskan empat gol pada umumnya adalah tidak baik. Bolos dari set pieces adalah “sampah” paling teruk kerana ia terlalu mudah untuk pasukan lain (menjaringkan gol).”

Detik Kemenangan
Detik Kemenangan

 

Klopp terpaksa akur apabila melihat Liverpool banyak melepaskan bolos daripada set pieces sebanyak 10 kali musim ini.

“Biasanya kita dibolosi daripada set pieces tetapi kali ini ia adalah dari bola kedua, kami seperti arnab dalam lampu (rabbits in headlight = kena pukau). Kami memenangi perlawanan pada akhirnya dan kami berhak. Para pemain bermain di bawah tekanan yang besar dan menjaringkan lima gol, ia tidaklah mudah. Dan Kita berjaya !”

Memang Nasib Untuk Kami !

Klopp pada mulanya tidak berpuas hati dengan lima minit yg ditambah pada pada masa kecederaan kerana tak ada insiden yg lama yg melengahkan perlawanan. Tetapi mengakui 5 minit itulah ygvmembuatkan beliau berasa lega kerana berjaya menggunakannya untuk merampas kemenangan penting.

“Ia bukan mudah kekal tenang dalam permainan seperti ini. Saya bertanya kenapa lima minit. Saya tidak berpuas hati dengan jawapan mereka, pengadil pun turut tidak berpuas hati dengan soalan saya .”

“Kami memerlukan nasib pada detik detik akhir dan kami mendapatnya.”
– Jurgen Klopp.

Patutlah Klopp nampak bengang masa Bassong skor gol penyamaan. Dan gembira bagai nak gila bila Lallana menjaringkan gol. Bayangkan kalau masa tabahan cuma 3 minit, payah nak reply tu.

Anyway, thanks for the classic Game.