STATS ATTACK : SPURS V LIVERPOOL

    STATS ATTACK : SPURS V LIVERPOOL

    909
    0
    SHARE

    BERBERAPA STATISTIK UNTUK DIKONGSI

    Dalam era Liga Perdana Inggeris, Liverpool telah menang 22 dan tewas 13 kali daripada 46 pertemuan mereka dengan Spurs home dan away.

    The Reds menang tujuh daripada 23 kunjungan Liga Perdana Inggeris ke White Hart Lane – tewaws 11 dan 5 seri. Menjaringkan 33 dan bolos 32.

    Liverpool telah memenangi lima pertemuan terakhir dengan Tottenham dan tidak pernah memenangi enam kali berturut-turut ke atas Spurs.

    Liverpool telah memenangi kedua-dua pertemuan terakhir di White Hart Lane – menjaringkan lapan gol tanpa bolos, tetapi Liiverpool masih tidak pernah mencatatkan tiga kemenangan liga berturut-turut di WHL.

    Kemenangan terbesar pernah Reds di Tottenham adalah pada dua musim yang lalu apabila mereka menang 5-0.

    spurs-result-450x253 suarez-5-0-grafitti

    Hanya dua pemain Liverpool menjaringkan hatrik di Tottenham – Billy Liddell pada tahun 1951 dan Roger Hunt pada tahun 1964.

    Pemain LFC yang terakhir meledak hatrik ketika menentang Spurs ialah Phil Boersma di Anfield pada tahun 1974.

    Sebanyak 134 gol telah dijaringkan gol dalam 46 pertemuan Liga Perdana antara kedua-dua pihak – lebih daripada dalam mana-mana perlawanan lain yang melibatkan Liverpool. Yang kedua terbanyak adalah Newcastle (132).

    Liverpool telah menjaringkan gol dalam 13 daripada 15 perlawanan terakhir di White Hart Lane dalam semua pertandingan dan dalam 8 daripada sembilan pertemuan Liga terakhir.

    Jika diturunkan, Joe Allen akan bermain untuk kali ke-100 untuk Liverpool dalam semua pertandingan dan juga  penampilan ke 250 untuk kerjaya kelabnya.

    Coleman-Allen-567318

    Spurs memiliki rekod pertahanan terbaik dalam Liga Perdana musim ini dengan cuma melepaskan tujuh gol, bersama sama dengan empat pasukan lain.

    Mauricio Pochettino mengalami kekalahan pertamanya sebagai pengurus Tottenham menentang Liverpool pada Ogos 2014. Beliau telah memenangi dua daripada lima pertempuran dengan The Reds sebagai seorang pengurus di Southampton namun beliau tewas 3 kali secara keseluruhannya.

    Mauricio-Pochettino-011