Tribute To : Lucas Leiva

Tribute To : Lucas Leiva

1432
0
SHARE

BY Axello@kplm

Selamat Hari Jadi Lucas Pezzini Leiva aka Lucas Leiva,

Salah seorang daripada 3 ahli terakhir Rafalution yang ada dalam pasukan ini selain Gerrard dan Skrtel.

Ini adalah Biadata Ringkas Tentang Lucas

Lucas dan Kuyt
Lucas dan Kuyt

 

Nama Penuh : Lucas Pezzini Leiva
Lahir : 9th January 1987 in Dourados, Brazil
Dibeli : 1st July 2007 from Gremio
Penampilan 2014/15 : 18 (2 from bench)
2014/15 Goals: 0 2014/15 Assists: 0
Mins on pitch: 1472 mins

Penampilah keseluruhan LFC: 260
LFC Goals: 6
Career Appearances: 298
Career Goals: 11

Brazil Appearances: 24
Goals: 0
Previous Clubs: Gremio

statistik
statistik milestone
statistik
statistik

Lucas Leiva , Sang Pejuang Sejati !

Dia tiba di Anfield dengan pepindahan Undisclosed fees yang dijangka dalam sekitar 6 juta setelah banyak kelab eropah lain turut inginkan khidmat beliau.

Kenapa 6 juta?

Tahukah anda nilai 6 juta  untuk pemain muda dalam 2006 adalah kira kira 15 juta transfer di era City-PSG hari ini. Ini kerana Lucas merupakan pemain termuda memenangi anugerah Placar magazine’s Bola de Ouro (Golden Ball), dianugerahkan kepada pemain terbaik tahunan Liga Brazil. Anguerah yang pernah dipegang lagenda seperti Zico, Falcao (Brazil), Careca, Romario, Kaka dan Carlos Tevez.

Sebelum menyertai Liverpool, Lucas menjadi pemain penting dalam two-legged final in Copa Libertadores bila Gremio menewaskan Boca Juniors. Lucas juga memenangi Pingat Gangsa sukan Olimpik bersama Brazil. Dalam peringkat kelayakan Olimpik, Lucas adalah kapten sebelum Ronaldinho dipanggil dalam kejohanan sebenar.

Dia menjadi kapten kepada pasukan muda bawah 20 tahun Brazil yang memenangi kejuaraan itu pada 2007. Lucas menyumbat 4 gol sepanjang proses itu. Debut dan Milestone Debut pertama Lucas adalah ketika masuk sebagai pemain gantian menentang Tolouse pada UCL 2008. Sementara debut pertama dengan Brazil senior team ialah August 2007 menentang Algeria.

Lucas The False Defensive Midfielder

Lucas Analysis
Lucas Analysis

Era Rafa Benitez memang era yang paling banyak paleyer diconvert berdasarkan kehendak teknikal dalam taktikal dan juga keterpaksaan sebab limited transfer power. Rafa sentiasa cuba untilized pemain yang ada untuk bermain more position kerana kebiasannya , Liverpool gagal untuk memnandatangani 2 atau 3 player utama dalam perpindahan. Jika ada pemain sedia ada berpotensi boleh bermain 2 atau 3 posisi, Rafa akan gunakannya supaya transfer budget yang ada boleh diboost ke area lain.

Antara Converted Player dalam era Rafa :

Kuyt – dari CF kepada Right Midfielder
Arbeloa – Fullback kepada Centre Back
Riise – Side back kepada Left Midfielder
Aurellio – Left Midfielder kepada Left back.
Gerrard – Centre Midfileder kepada False 10 dan multipositioning.

Lucas merupakan pemain attacking midfielder ketika di Gremio. Memiliki rekod jaringan yang baik menjadikan dia digelar The New Kaka ketika awal kemunculan beliau. Namun segalanya berubah di Liverpool. Dengan Gerrard yang disenaraikan dalam rank 15-goal Attacking Box To Box, Lucas sudah pasti bukan pilihan utama dalam posisi itu. Dengan Rafa yang menggunakan hidden attacking midfielder dalam sistem false 10. Ia adalah sistem kompleks yang dicipta untuk Gerrard-Torres. Posisi Pure AMF tidak wujud dalam sistem Rafa secara teknikal. Lucas antara ‘korban’ sistem itu.

Namun Rafa tak mahu menjual Lucas dan mencari Alternatif lain iaitu mengarahkan dia bermain di deeper role. Selain itu, posisi tengah Liverpool sentiasa occupied oleh pemain berkelas dunia. Namun isu pada masa ini, dia terpaksa bersaing dengan Alonso , Mascherano ketika era Rafa. Selepas itu dia juga terpaksa bersaing dengan nama lain seperti Gerrard , Meirelles , Charlie Adam,Poulsen dan ramai lagi selepas era Benitez.

Lucas tak pernah merungut untuk keluar daripada Liverpool selagi lagi Liverpool tidak menunjukkan pintu keluar. Sedangkan dia sentiasa membuktikan dia lebih reliable berbanding pemain yang lain selepas era Alonso.

Cabaran Lucas

Daripada high line player kepada Deep Defensive Midfielder memang bukan sesuatu yang mudah , namun Lucas sentiasa komited. Dia pernah di’boo’ oleh segelintir penyokong kerana tidak menepati expectation the new Kaka. Sedangkan ramai tak faham apa yang sedang Lucas alami. Dia dalam proses peralihan yang cukup sukar. Dia terpaksa belajar untuk shielding back 4 dan juga defensive prowess dari segi tackle, duel dan shadowing.

Mula Disayangi dan Dihormati Penyokong

Satu persatu Midfielder pergi. Dari Mascherano , Alonso , Meirrelles dan berberapa out of form players seperti Charlie Adam , Lucas sentiasa menjadi plan B jurulatih daripada Rafa , Roy , Dalglish dan juga Brendan. Dia mulai menjadi pemain yang diterima di Anfield kerana komitmen dan kematangan di dalam padang. Selepas Mascherano , Alonso dan Meirelles , Lucas Leiva boleh dikira satu satunya DMF yang konsisten bila bermain dan dia yang terbaik buat masa ini walaupun bukan top DMF dalam bolasepak dunia namun dalam pasukan the Reds dia yang terbaik.
Dia diiktiraf the Brazillian Scouse oleh fans Liverpool kerana kesetiaan dan sayang beliau kepada kelab dan bandar Liverpool.

The Brazillian Scouser
The Brazillian Scouser

Lucas The Unsung Hero And Lucas Finest Moment

Pada 2008 , Rafa memuji aksi cemerlang Lucas ketika kemenangan menentang Benfica di UCL walaupun di luar, penyokong lebih mengenang Torres sebagai the real  Hero. Dia menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini.

Lucas vs Benfica 2008
Lucas’ Goal vs Benfica 2008

Pada Mac 2009 Lucas menggantikan Alonso yang tercedera untuk match di Old Trafford. Rafa mulanya dikritik kerana tidak memilih untuk menurunkan Gerrard di CMF dan memasukkan pemain lain seperti Babel di belakang Torres. Ramai mennjangkakan Lucas akan dibuli oleh United. Namu Lucas menjadi intipati penting dalam kemenangan 1-4 Liverpool ke atas seteru perit Manchester United. Dikala ramai mengiktiraf ia adalah Gerrard-Torres day, Lucas sebanrnya dah berjaya melakukan tugas ‘Alonso’ dengan baik . Dia sentiasa menjadi Unsung Hero namun dia terus komited.

Lucas Celebrate 1-4 OT 2009
Lucas Celebrate 1-4 OT 2009

Pada 14 April 2009 ,UCL Quater Final Lucas beraksi menentang Chelsea menggantikan Gerrard yang tercedera. Perlawanan yang berakhir dengan 3-3 dan Chelsea layak secara agregat 7-5. Namun dalam perlawanan ini Lucas menjaringkan gol ala ‘Gerrard’, rembatan dari jauh dan deflected pada Essien.

Dalam perlawanan menentang Newcastle 2009 (liverpool menang 1-5) ketika hatrik Gerrard, Lucas juga menjadi pemain penting untuk memberikan lesen kepada Gerrard berada di high attacking line.

Pada musim ini , sudah berapa perlawanan beliau menunjukkan dia akan memberi sedikit perbezaan kepada defensive line jika bermain.

Saya sebenarnya sentiasa menghormati etika kerja dan komitmen Lucas Leiva , mungkin agak debateable untuk mengikitiraf dia sebagai legend.  Di hati segelintir penyokong , dia adalah lagenda. Dia patut dihormati sebagai senior player yang sentiasa sedia membantu pasukan ini bila diperlukan.

Memiliki pemain seperti Lucas di bangku simpanan adalah sesuatu yang positif. Mungkin sepanjang karier beliau di Anfield dikorbankan untuk Liverpool dan bukan kepentingan peribadi. Dia sanggup menolak ego untuk bermain di weaker position dan belajar untuk menjadi antara yang terbaik dalam posisi itu. Tak ada satu media atau internal parties pernah melaporkan Lucas pernah merungut. Dia sentiasa berusaha. Dia diiktiraf pemain terbaik tahunan Liverpool pada musim 2010/2011. Terlalu banyak pahit manis yang dilalui Lucas bersama Liverpool , ketika dia sedang on form , dia terpaksa tersisih panjang selepas bertembung dengan Juan Mata.

3_4f1d3859df497237743985

Selamat Hari Jadi Lucas Leiva

Sekian

YNWA.