SIAPA ROBERTO FIRMINO

SIAPA ROBERTO FIRMINO

4757
0
SHARE

by Axello Tacts

Laman Web rasmi Liverpool mengesahkan Firmino akan menyertai pasukan Reds pada musim hadapan. Dan berikut adalah serba sedikit tentang Roberto Firmino.

cond
LATAR BELAKANG

Roberto Firmino Barbosa De Olivera merupakan pemain beusia 23 tahun kelahiran Maceio, Brazil. Beliau memulakan karier di Figuerense. Ketika Hoffenheim memiliki dana terhad untuk mendapatkan pemain yang berkualiti, mereka mendapatkan Firmino daripaa Figuerense iaitu kelab di divisyen 2 Brazil. Beliau bermula dalam tempo sederhana di Hoofenheim kerana krisis posisi utama. Beliau kerap diturunkan di banyak posisi oleh Hoffenheim.

KE EROPAH

Firmino ketika discout oleh Hoffenheim adalah pemain Center Midfielder yang diconvert daripada role Defensive Midfielder. Oleh sebab itu beliau memilki kemampuan untuk melakukan defensive duty. Namun fizikal beliau yang tak sesuai membuatkan Hoffenheim develop beliau menjadi attacking midfielder.

BAKAT YANG TERUS BERKEMBANG

Pada 2013/14 adalah testimoni terkuat Firmino sebagai Attacking Player. Firmino telah menyumbangkan 23 gol dan 21 assist di Bundesliga. Sekaligus meletakkan nama beliau dalam radar pasukan utama di Eropah. Louis Van Gaal antara manager yang paling awal memantau Firmino. Pada musim 2013/2014 juga, Firmino dianugerahkan Anugerah Bundesliga Breakthrough season 14/15. Ia musim terbaik beliau namun Firmino bertekad untuk komited kepada Hoffenheim sekurang kurangnya semusim lagi. Louis Van Gaal menghormati pendirian beliau dan tidak melancarkan sebarang bidaan ketika beliau ke United. Namun kali ini dikatakan United berhasarat membawa masuk beliau ke Old Tafford.

Pada musim ini statistik beliau sedikit merosot namun beliau masih lagi pemain yang menyumbang keypasses dan defensive duty kepada pasukan. Dengan role beliau yang lebih diturunkan ke belakang sediki beliau masih mampu melakukan 7 gol dalam liga musim ini dan melakukan 10 Assist, hanya Kevin De Bruyne dan Zlatko Junuzovic sahaja midfielder yang mengatasi statistik beliau.

ANTARABANGSA

on form bersama Brazil
on form bersama Brazil

Di peringkat antarabangsa beliau terus menjadi antara pemain dalam skuad Brazil selepas revolusi besar besaran Selecao pasca Piala Dunia 2014. Kini beliau di Chile bersama skuad Brazil untuk Copa America. Ketiadaan Neymar yang digantung menyebabkan Firmino digunakan sebagai False 9 oleh Dunga dan menjaringkan tiga gol setakat ini (24.6.2015). Beliau menjadi matcwinner dalam aksi hambar Brazil menentang Honduras. Dan itu biasa dilakukan beliau dalam kelab beliau iaitu sebagai Gamechanger. Beliau masih ada masa yang panjang untuk menjadi pemain penting dalam skuad Brazil dan kemungkinan dalam skuad Piala Dunia 2018.

POSISI DAN ROLE

Firmino prime position adalah free role no.10. Beliau juga ada abilities untuk menjadi second striker, wing forward dan false 9. Harus diingat, pengalaman lampau beliau menjadikan beliau ada kebolehan bermain CMF dan DMF kalau darurat sangat. Bayankan beliau ada 2.7 successful tackle per game.

Firmino gemar terlibat dalam kotak penalti dan ada kemampuan yang tinggi untuk dribble dan melakukan keypasses melalui through passes. Beliau adalah quick thinking player sepertti Coutinho. Hanya Karim Bellarabi (Leverkusen) yang berjaya melakukan successful dribbles lebih banyak daripada Firmino dengan 139.

Sesungguhnya, Firmino telah menjadi ancaman yang cukup konsisten dalam Bundesliga. Beliau juga Top 10 pemain paling banyak melakukan shots dan keypasses di JermanĀ  musim 14/15. Jadi jelas sekali, Firmino adalah pakej yang lengkap seorang attacker.

DIRECT REPLACEMENT UNTUK STERLING ?

Dengan pembelian Firmino saya rasakan Sterling akan keluar dengan satu plan yang sempurna. Beliau adalah right player untuk menggantukan Sterling dari segi contribution dan style of play. Saya selalu berkata, jangan pandang remeh isu kehilangan Sterling kerana ia akan memberi impak. Sebelum ini kita melakukan 2 kesilapan. Pertama gagal menggantikan Torres dan gagal menngantikan Suarez dengan player yang betul. Untuk kes Sterling ia adalah correct player.

firmKedua dua mereka memiliki stats yang hampir sama musim ini. Pada masa yang sama ia tak memberi impak yang besar kepada taktikal kerana style of play yang hampir sama. First game adalah segalanya untuk Firmino dan saya berharap Coutinho akan membantu beliau settle down quick dalam pasukan ini.

WELCOME TO ANFIELD ANOTHER SAMBA STAR

YNWA