Allen Kunci Liverpool Menang Ke Atas Manchester City

Allen Kunci Liverpool Menang Ke Atas Manchester City

834
0
SHARE

joe allenDominan dan aksi mantap daripada Joe Allen di bahagian tengah menjadi kunci Liverpool menang 2-1 di tangan Manchester City pada Ahad lalu.

Kemenangan termahal dalam Liga Perdana di tangan The Champions Manchester City menyemarakkan lagi langkah Liverpool untuk merebut tempat keempat musim ini.

Brendan Rodgers gembira dengan setiap pemainnya yang bertindak balas dengan baik setelah kekalahan dalam Europa League di tangan Besiktas pada awal pagi Jumaat lalu, dengan persembahan yang mantap di seluruh bahagian, daripada Mignolet di pintu gol sehingga Raheem Sterling di bahagian hadapan.

Gol daripada Philippe Coutinho dan Jordan Henderson memberikan 3 mata dan kemenangan manis buat Liverpool. Coutinho dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan manakala Joe Allen tidak jauh di belakangnya dari segi persembahan mengawal permainan dan bahagian tengah.

Memahami Konsep Ruang

Beliau diletakkan bersama David Silva yang merupakan salah seorang pemain terbaik Eropah, Allen perlu bermain baik dalam persaingan ini. Syukur, dalam permainan kali ini, Liverpool mempunyai pemain yang bijak, yang memahami kekuatan dan kepentingan ruang.

yaya-liverpoolDavid Silva adalah kunci dalam perlawanan ini. Namun Allen telah merosakkannya, beliau cuma memastikan Silva tidak dapat enjoy dengan ruang yang mana ia dimiliki oleh Coutinho.

Silva memainkan peranan penting dalam gol penyamaan Dzeko pada masa pertama, dan Allen boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana beliau terlepas daripada mengawal Silva. Namun, dalam masa kedua, tumpuannya dan kawalan kepada perancang M.City ini adalah ketara dan Silva merasai akibatnya.

Tambahan pula, apabila mendapat bola, Allen telah menunjukkan kebijaksanannya.

allen silva heatmap
Heat Map Joe Allen dan David Silva, Silva ditolak ketepi dengan penguasaan Allen di tengah

Pellegrini seperti biasa menggunakan 2 pemain tengah, Yaya Toure dan Fernandinho, City dominan di bahagian tengah dibantu dengan Silva dan Nasri yang juga mengoperasi bahagian tengah.

Ini bermakna, ketika mendapat bola, Liverpool perlu menghantar bola dengan sempurna, dan Allen adalah contoh terbaik, dengan beberapa sentuhan tangkas, gelecekan dan pengawalan bola dekat di kaki telah mengeluarkannya daripada masalah.

Malah, apabila menguasai permainan, Allen kelihatan tajam dalam melepaskan bola.

“Allen mempunyai 57 hantaran dan 87.7% ketepatan hantaran bola di belakang Jordan Henderson.”

Allen telah memudahkan kerjanya, mencari rakan sepsukannya yang mempunyai ruang dan kadangkala menukar arah serangan.

Yaya Toure “lemas”

Setelah seri 2-2 di Anfield di tangan City pada musim 2012/2013, Toure dengan jelasnya merefleks keputusan seri itu adalah “permainan paling susah sejak saya di England,” selepas 2 tahun bersama Citizens dalam Liga Perdana Inggeris.

Faktor utama dalam permainan tersebut adalah on form Joe Allen yang baru menyertai The Reds dari Swansea City. Ketika perlawanan ini, Allen tidak memberi ruang langsung kepada Yaya untuk mengoperasi bahagian tengah, beliau bermain dengan sepenuh tenaga, permainan bertahan yang efektif yang membuatkan Rodgers MESTI dapatkan pemain ini.

Ia tidak mengejutkan jika Toure sekali lagi “lemas” dalam kemenangan Liverpool Ahad lalu di mana Allen sekali lagi mencabarnya.

Sebahagian besarnya adalah disebabkan keserasian dan efektifnya Allen dan Henderson, dengan susah payah namun akhirnya menjumpai kekuatan di bahagian tengah dalam aspek “work rate” dan efektif setelah bereksperimen dengan Lucas dan Gerrard.

Walaupun mendapat 7.5% daripada keseluruhan pengawasan permainan (overall pessession) pada perlawanan tersebut – tertinggi dari semua pemain – Toure hanya menyempurnakan 75.6% daripada hantaran yang dibuatnya.

Allen dan Henderson sering mematikan akal Toure sehingga mengehadkan potensi Silva yang perlu turun membantunya di bawah. Hanya satu sahaja penglibatan Toure yang betul-betul bahaya dalam kotak penalti Liverpool.

Sepertimana mereka efektif dengan kemenangan dalam perlawanan yang sukar menentang Southampton, Allen dan Henderson , menyumbang dengan baik dalam aspek kerja keras, menjadi pertahanan yang baik di hadapan back 3 Liverpool di mana Henderson membuktikan bahawa beliau boleh memikul tanggungjawab itu tanpa kehadiran Lucas.

Kelahiran baru Defensive Midfielder?

Dengan identiti lucas yang sering melakukan tackle bahaya dan Gerrard yang jauh daripada kebolehannya untuk beraksi baik disebabkan masalah stamina, Allen adalah prospek baru dalam bahagian pertahanan tengah.

Rodgers pernah berkata:

“Joe adalah pemain yang selalu tidak dinyatakan, namun beliau adalah pemain yang jarang hilang bola. Beliau sukakan bolasepak dan membuatkan orang lain boleh bermain. Kunci kepada¬† permainan Joe adalah kekuatannya dalam memberi tekanan kepada pemain lawan. Beliau¬† memberi tekanan dengan baik. Beliau adalah pemain yang bijak. Secara taktikalnya, beliau sangat hebat.”

Kuncinya, Allen adalah pemain yang bijak, apabila beliau membantu dalam bahagian pertahanan, kekuatan fizikal ternyata bukanlah segalanya.

Allen faham tentang ruang, masa untuk melakukan tackle, dan dahagakan posession membuatkan beliau sebagai anchor yang ideal dalam sistem Liverpool, malah dengan partnership bersama Henderson yang semakin menjadi membuatkan masa depan Liverpool semakin cerah dengan 3-4-2-1.

Allen membuktikan bahawa “the brain” boleh menguasai segalanya dalam posisinya, dan dengan Lucas yang tidak dapat beraksi kerana kecederaan, kebangkitan Allen adalah faktor untuk Liverpool mendapat empat teratas liga.

Bergelut dengan kecederaan pada awal musim, Joe Allen perlu meneruskan aksi baik beliau, konsisten dan memastikan posisi tersebut adalah miliknya.