Kemenangan ke Atas Stoke City Adalah INDAH! – Highlight MOTD

    [REVENGE] Kemenangan ke Atas Stoke City Adalah INDAH! – Highlight MOTD

    906
    0
    SHARE

    Selepas 77 hari mengalami kekalahan terbesar dengan 6 gol berbalas 1 di Britannia Stadium, Liverpool kini kelihatan lebih BERANI, CERGAS, TAJAM dan lebih KUAT.

    7 minggu lalu, Brendan masuk ke bilik media di Stadium Britannia dengan mata merah, suara pecah. Memakai baju kekalahan, spotlight, tekanan, semua ke arah beliau dalam menerajui skuad.

    Setelah 7 minggu, kini beliau mampu mengukir senyuman di stadium yang sama, seperti dunia yang berbeza.

    Rodgers mengaku bahawa kekalahan 6-1 dengan Stoke pada Mei lepas adalah moment yang memalukan sepanjang kariernya sebagai pengurus pasukan. Walaupun ia sudah dilupakan, namun beliau sedar ia adalah seperti penghinaan kepada kelab setelah dimalukan oleh Stoke City.

    Permainan tidak secantik yang diharapkan, tidak elegan, dan sedikit gaya gerakan licik, tidak seperti Liverpool pada 2 musim lalu yang sukar dikekang kemaraannya. Kali ini Liverpool lebih kukuh, berani, pantas, tajam. Dan berjaya.

    tshirt-liverpool

    Permainan yang kurang kualiti, kemudian menang adalah tak masuk akal - untuk Liverpool, kita seolah-olah berjaya mengikat binatang buas dari membaham mangsanya, sebagai bukti pemain mempunyai karakter yang baik untuk menang di tempat sukar dan keramat, Stadium Britannia. Ia hanya permulaan, hanya 1 perlawanan, namun ia adalah langkah penting dan berada dalam haluan yang betul.

    philippe coutinho

    Bagi Brendan Rodgers, beliau mampu menarik nafas lega, walau hanya sementara. Berbalik pada bulan Mei, beliau tunduk ke bumi, berjalan keluar dari padang dengan hinaan dan cercaan dari penyokong sendiri, tidak bagus dan tidak indah keadaan itu namun beliau faham.

    Namun kali ini berbeza.

    Kritikan tetap muncul oleh penyokong dan media terhadap keputusan yang dibuat oleh Rodgers dan staff, sudah tentu, tidak semua akan berpuas hati dengan kemenangan pada akhir perlawanan di tempat lawan. Persembahan Liverpool jauh daripada sasaran dan harapan. Namun keputusanlah yang membuktikan segalanya buat seorang pengurus. Rodgers sudah belajar hal ini dengan begitu sukar pada musim lalu.

    Apa yang akan berlaku pada kempen kali ini, masa sahaja akan membuktikan. Namun, dengan kekalahan yang memalukan 3 bulan lalu, Liverpool telah membalasnya dengan kemenangan dan kemaraan buat skuad.

    Dan tidak ada yang lebih gembira daripada seorang pengurus.