TRIBUTE : ZINEDINE ZIDANE, ARKITEK TERBAIK

    TRIBUTE : ZINEDINE ZIDANE, ARKITEK TERBAIK

    135
    0
    SHARE

    BY Axello Tacts

    BERKENALAN :

    Zinedine Zidane lahir pada 23 Jun 1972 di Marseille. Dia merupakan kanak kanak yang lahir daripada keluarga yang serba kekurangan dan daif. Namun bakat bolasepak beliau telah menjadi perhatian penduduk tempatan dan kerap bermain dengan golongan yg jauh lebih tua dan besar.

    Pada usia sepuluh tahun beliau menyertai skuad bola sepak junior di ‘AS Saint-Henri. Perkembangan beliau menarik perhatian berberapa kelab dan akademi lain. Beliau berpindah ke kelab yg lebih besar iaitu ‘SO Septembes.

    CANNES‬

    Dia membuat debut liga remaja di Cannes dan dianggap terlalu ‘besar’ untuk kejohanan terebut yg disertai pasukan remaja. Pada usia 17 tahun beliau memperlihatkan kelas yg amat luar biasa berbanding pemain lain yang sebaya dengan beliau.

    tshirt-liverpool

    Namun Zidane bukanlah pemain yg bijak pada awalnya dan lebih kepada hebat secara fizikal dan teknilal. Dia akhirnya memperbaiki kemahiran kecerdasan beliau dengan mengkaji lebih dalam soal kecerdasan dalam bermain. Dia banyak membaca dan mengkaji tentang taktikal.

    Dia juga meminta bantuan ahli psikologi untuk memperkuatkan mental beliau yang ada seditkit simptom rendah diri kerana status sosial beliau yg dari keluarga susah berbanding pemain dan rakan beliau yg lain yg serba serbi lengkap. Dalam erti kata lain sebelum ini dia cuma beranggapan bola adalah sukan fizikal dan teknikal semata mata.

    BORDEAUX

    Pada tahun 1992 beliau menyertai Bordeaux, dan beliau mengakui ia adalah tempat yang paling babyak membantu beliau dari segi psikologi serta permainan. Aksi luar biasa bekiau membuatkan beliau menhadi perhatian kelab gergasi Eropah termasuk Juventus. Pada 1995 Manager Blackburn, Kenny Dalglish pernah mengusulkan kepada pemilik kelab untuk mendapatkan Zidane namun Jack Walker (Chairman & Owner) menyatakan :

    ” Kenapa nak sign Zidane apabila kita ada Tim Sherwood”

    Pada tahun 1996 beliau berpindah ke kelab gergasi Itali tersebut. Pada masa ini Seria A adalah liga yang dianggap terbaik di dunia. Dia bukanlah direct starter dalam pasukan sebesar ini. Berbulan bulan dia cuba menembusi starting 11. Namun perlahan lahan dia terus nebjadi pemain utama pasukan ini dan membantu Juve menjuarai 2 Serie A bersama Buffon dan Del Pierro.

    PIALA‬ DUNIA 1998

    Piala Dunia 1998 dihoskan oleh negara beliau. Dan Zidane menjadi pemain tuan rumah yg menjadi tumpuan bersama bintang lain termasuk Djorkaef , Trazeguet ,Thuram , Deschamp, Dessaily dan ramai lagi.

    Zidane membantu Perancis mara menjadi sehingga ke perlawanan akhir. Ia adalah kali pertama Perancis yang pernah layak ke perlawanan akhir Piala Dunia.

    Sepanjang peringkat awal, Zidane bukanlah luar biasa seperti Ronaldo di Brazil. Spotlight dialihkan kepada Brazil dan Perancis dianggap under dog di pentas final.

    Pada minit ke 27 minit, Zinedine Zidane melakukan gol pertama Perancis dengan tandukan. Disiplin menjaringkan gol paling jarang dilakukan Zidane. Beliau sekali lagi melakukan gol melalui tandukan sebelum tamat separuh masa. Ia adalah gol dari header 1 dari kanan dan 1 dari kiri. Perancis menewaskan Brazil 3-0 dan menjulang Piala Dunia pertama dalam sejarah mereka di hadapan lagenda dan pemain terbaik sepanjang zaman mereka, Michel Platini.

    zd

    Pada 1998 juga beliau diaugerahkan Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Pemenang Ballon D’Or. Pada musim terakhir di Juve beliau cuma mampu membantu Juve menjadi naib Juara. Juve tersingkir daripada peringkat kumpulan dalam UCL dan Zidane dibuang padang kerana menanduk (headbutt) pemain Hamburg, Jochen Kientz

    EURO‬ 2001

    00_zidane_cannavaro_en,property=original

    Pada tahun 2001 Perancis sekali lagi menjadi tuan rumah kejohanan Eropah, di mana Zidane membantu mereka untuk menjuarai kejohanan tersebut menewaskan gergasi Eropah Italy. Sekaligus menyimpan trofi Piala Dunia dan Eropah dalam satu kabinet.

    REAL MADRID 2001

    268360_heroa

    Beliau meninggalkan Juventus untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan perpindahan rekod Dunia pada ketika itu sekitar €75,000,000.00 . Antara aksi istimewa Zidane ialah membantu Real mara ke final liga juara juara pada 2002 menentang Leverkusen. Beliau menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Bayern Leverkusen.

    img-zidane-un-ballon-une-reprise-une-lucarne-1356963547_x600_articles-alt-165307

    Pada musim 2002/2003 Zidane membantu Real menjuarai La Liga. Zidane telah sekali lagi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA buat kali ketiga. Pada tahun 2004, peminat telah mengundi beliau sebagai pemain bola sepak Eropah yang terbaik dalam 50 tahun di semasa UEFA Golden Jubilee Poll.

    Beliau menghabiskan masa lima musim bersama Madrid dan dia adalah seorang arkitek di dalam padang dan sentiasa menunjukkan komitmen tertinggi dalam padang. Walaupun Madrid tidak menang, Zidane akan sentiasa mengucapkan terima kasih kepada penyokong di dalam padang dengan gesture.

    Pada awal musim 2005/2006 Zidane menyatakan yang beliau akan bersara daripada bolasepak selepas Piala Dunia 2006. Bermakna 2006 adalah musim terakhir beliau di Madrid. Pada musim terakhir di Real beliau gagal memenangi sebarang kejuaraan. Namun pada perlawanan terakhir di kelab tersebut, logo khas dicipta pada jersi Real dengan tulisan ” ZIDANE 2001–2006″ di bawah logo kelab.

    PIALA DUNIA 2006

    Kembali kepada Piala Dunia 2006, Zidane menarik persaraan beliau dan kembali bermain untuk pasukan kebangsaan untuk kali terakhir. piala dunia. Zidane membantu pasukan Perancis menewaskan gergasi dunia seperti Portugal, Sepanyol dan Brazil untuk mara ke final menentang Italy. Zidane hadir ke pentas final sebgai pemain terbaik dalam kejohanan 2006 setakat ini. Perancis tewas pada final kejohanan tersebut dan Zidane terlibat dengan insiden headbutt Materazzi. Zidane dibuang padang.

    LEGEND TETAP LEGEND

    zidannne

    Walaupun beliau mengakhiri karier dengan publisiti salah namun ia tidak mampun menggugat reputasi beliau sebagai gentleman of football. Zidane mengakui dia bersalah kerana reacting ke atas Materazzi yg didakwa Zidane memprovokasi isu keluarga beliau.

    Zidane tetap lagenda. Ada satu skill yg dinamakan sempena tempat kelahiran beliau iaitu Marseille Roullete. Skil yg paling digemari Zidane. Dia adalah contoh special player yang sentiasa ada magis. Sentiasa berjuang untuk penyokong. Pemain yg boleh mengubah nasib pasukan. Kini beliau menjadi assistant Manager di Bernabeau. Dia adalah playmaker dan kapten terbaik pada era beliau.

    ‪#‎KEJAYAAN‬

    France

    FIFA World Cup: 1998;
    Runner-up: 2006

    UEFA European Football Championship: 2001

    Bordeaux

    UEFA Intertoto Cup: 1995
    UEFA Cup Runner-up: 1995–96
    Juventus

    Serie A: 1996–97, 1997–98
    Runner-up: 1999–00, 2000–01
    Supercoppa Italiana: 1997
    Runner-up: 1998

    UEFA Champions League
    Runner-up: 1996–97, 1997–98
    UEFA Super Cup: 1996
    Intercontinental Cup: 1996
    UEFA Intertoto Cup: 1999

    Real Madrid

    La Liga: 2002–03
    Runner-up: 2004–05, 2005–06
    Supercopa de España: 2001, 2003
    Copa del Rey Runner-up: 2001–02, 2003–04
    UEFA Champions League: 2001–02
    UEFA Super Cup: 2002
    Intercontinental Cup: 2002

    Dan terlalu banyak individual awards untuk disenaraikan disini.

    Zidane Is A true Legend !

    ‪#‎axellotatcs‬