5 TITIK PERBINCANGAN SELEPAS PERLAWANAN VS EXETER

    5 TITIK PERBINCANGAN SELEPAS PERLAWANAN VS EXETER

    1117
    0
    SHARE

    Liverpool menempah tempat ke pusingan keempat Piala FA, bertemu West Ham United di Anfield. Ia berikutan kememnagan ke atas pasukan Exeter dalam perlawanan ulangan. Gol – gol Liverpool dijaringkan oleh Joe Allen, Sheyi Ojo dan Joao Carlos Teixeira.

    1. Semangat Kolektif dan berpasukan

    Perubahan yang ketara dalam game ini adalah semangat kolektif atau kebersamaan berbanding dengan perlawanan pertama sebelum ini. Dalam perlawanan sebelum ini menentang Exeter, Liverpool banyak gerakan yang tak berhubung antara pemain dan zonal. Sebaliknya semalam, Pemain pemain pemain lebih menyokong antara satu sama lain dan akhirnya memberikan malam yang relaks buat Simon Mignolet.

    2. Flanagan Masih ‘Tajam’

    Klopp mendapat ‘new’ signing untuk Januari ini iaitu kembalinya Jon Flanagan. Pemain ni masih lagi antara bakat yang sangat menarik untuk disaksikan. Pemain berusia 23 tahun ini tahu cara bekerja dalam pasukan yang bernama Liverpool. Melakukan berberapa pas menarik termasuk long pass kepada Benteke. Ia adalah comeback yang boleh dikatakan baik.

    3. Sokongan kepada Benteke

    Walaupun pemain ini gagal menjaringkan gol dan sepatuntya beliau mendapat mungkin 2 gol dalam game ini. Namun jelas ada satu perubahan sistem sokongan kepada beliau. Sebelum ini bila Benteke di  hadapan, akan sedikit pemain yang memberikan support. Namun semalam ia adalah berbeza dengan pemain seperti Ibe dan Smith memberikan support yang berkesan untuk Benteke mendapat 2 atau 3 option bila dikepung.

    4. ‘Perjudian’ Klopp berhasil Dan Kualiti Pemain Muda

    jose

    tshirt-liverpool

    Ia adalah satu perjudian yang agak berisiko oleh Klopp dengan menurunkan skuad yang muda untuk 2 perlawanan berturut turut dalam pertemuan ini. Hampir tersingkir sebelum ini namun hasilnya amat luar biasa kali ini apabila skuad muda ini memberikan kemenangan selesa. Benefit kepada pasukan adalah memberikan peluang kepada berberapa pemain utama berehat dan memberikan comeback night kepada Jon Flanagan serta penampilan kedua Enrique.

    Unit pemain muda LFC adalah berkualiti dan cara Sheyi Ojo menjaringkan gol sangat natural dalam game ini.

    5. Joe Allen Adalah Midfielder Paling Prolifik setakat ini untuk musim 2015/16

    joe-allen

    Ia adalah satu statistik pelik kerana Joe Allen kini telah menjadi pemain tengah Liverpool yang menjaringkan gol terbanyak musim ini dan ia dialkukan Allen dalam masa seminggu. Saya sangat gembira dengan perkembangan positif ini dan harap penyokong LFC terus memberikan kepercayaan kepada Joe Allen.