ADAKAH PRESTASI LIVERPOOL TERUK DIBAWAH JURGEN KLOPP?

    ADAKAH PRESTASI LIVERPOOL TERUK DIBAWAH JURGEN KLOPP?

    823
    0
    SHARE

    International break! Ini peluang untuk kita analisis kembali pasukan Liverpool untuk musim ini dibawah Jurgen Klopp.

    Adakah dia membawa Liverpool ke tahap seterusnya atau hanya mengekalkan tahap Liverpool hanya sebagai pencabar kejuaraan saban tahun?

    “Masih bandingkan Rodgers lebih baik daripada Jurgen Klopp yang mana dia gagal di musim terakhirnya di Dortmund & Liverpool semakin ketinggalan dibawah Jurgen Klopp”

    Ini adalah contoh rata-rata peminat Liverpool yang mahukan kejayaan dibawah Jurgen Klopp.

    Ini kerana peminat mahukan peminat saban tahun. Sebagai contoh, jika tahun ini Liverpool berada ditangga no4 Premier League, pada tahun seterusnya mereka mahu Liverpool dikedudukan no3 atau 2 Premier League.

    Hakikatnya, keadaan sebenar tidak semudah itu kerana ada banyak faktor yang menentukan berapa mata yang bakal diperolehi oleh Liverpool.

    Sebagai contoh, Chelsea berjaya menjuarai Premier League pada 2014/15. Namun, musim berikutnya hanya mampu menduduki tempat no 10. Selepas itu, Conte tiba dan Chelsea menjuarai sekali lagi dan pada tahun ini, mereka kelihatan sedikit bermasalah dengan pembelian pemain.

    PRESTASI JURGEN KLOPP…

    Perkara yang paling mudah untuk menilai prestasi semasa adalah membandingkan keputusan setakat musim dengan apa yang berlaku musim lepas.(11 perlawanan)

    Saya rasa ramai diantara kita fikirkan musim ini Liverpool terlalu teruk prestasinya selepas kalah dengan Mancester City dan Spurs bukan?

    Pada musim lepas, Liverpool berada dikedudukan paling atas Premier League selepas menang besar keatas Watford 6-1. Liverpool mengumpul 26 mata, 1 mata dihadapan Chelsea dan 2 mata dihadapan Mancester City.

    Maka, secara perbandingannya, Liverpool kehilangan 7 mata berbanding musim lepas kerana musim ini hanya mampu memungut 19 mata sahaja.

    KEDUDUKAN LIGA TAKKAN TIPU…

    Saya tidak menafikan kedudukan dalam liga takkan menipu kita semua supaya gembira dengan prestasi ini.

    Tetapi ini semua adalah tidak benar!

    Ini kerana pasukan lawan yang tidak sama dilalui jika dibandingkan musim sebelumnya.

    Walaupun 11 perlawanan yang sama, tetapi lawan yang berbeza. Maka saya bandingkan keputusan dengan pasukan yang sama musim lepas seperti dalam gambar dibawah.

    Untuk membuat perbandingan, saya gantikan pasukan turun liga musim lepas dengan pasukan Hudderfield Town dan Newcastle City.

    Daripada data diatas, kita boleh liga ada 4 keputusan tidak berubah iaitu:

    1) Arsenal menang
    2) West Ham menang
    3) Sunderland (Hudderfield) menang
    4) Man Utd seri

    Bagaimanapun, keputusan mengecewakan pula adalah seri kepada kalah dengan Mancester City dan Spurs.

    Kehilangan 2 mata diganti dengan kemenangan keatas Burnley dan seri dengan Watford.

    Maka secara kesimpulannya, Liverpool 1 mata lebih banyak berbanding musim lepas.

    Sejujurnya, dengan satu mata tiada apa pun yang boleh saya banggakan tetapi peramal meramalkan Liverpool tidak lagi bermasalah dengan pasukan bawahan liga berdasarkan keputusan perlawanan musim ini.

    ADAKAH PERSAMAAN INI BENAR?

    Sekali lagi saya menafikan perbandingan ini kerana bola sepak bukanlah semata-mata perbandingan mudah.

    Jika musim lepas, Liverpool memperolehi 76 mata, tidak semestinya sama dengan musim ini.

    Tetapi jika perlawanan musim lepas kita drop point dan musim ini menang, ianya bakal memberikan petanda positif pada hujung musim nanti.

    Sekali lagi saya menafikan Liverpool betul-betul bermasalah musim ini jika diambil kita keputusan musim lepas sebagai perbandingan.

    DIMANA SILAPNYA JURGEN KLOPP?

    Walaupun Jurgen Klopp berjaya mengubah Liverpool kearah lebih baik musim ini, saya tidak nafikan terdapat beberapa kesilapan yang dilakukan musim ini.

    1) Mempercayai kepercayaan seseorang pemain lebih daripada apa yang disumbangkan.

    Sebagai contoh pada perlawanan lepas, Mignolet diberikan tugas khas sebagai kapten pasukan ketika menentang West Ham. Adakah ini permainan minda Jurgen Klopp?

    Ramai yang merasakan Karius akan menggantikan Mignolet tetapi saya fikir Jurgen Klopp tetap akan keras kepala dengan kekalkan Mignolet.

    Selain daripada itu, pertahanan yang lemah yang dikatakan diwarisi oleh pasukan Rodgers. Tak guna salahkan Rodgers sedangkan Jurgen Klopp tidak lakukan perubahan secukupnya.

    Walaupun beberapa perlawanan kebelakangan ini, sedikit kemajuan dibarisan belakang, tetapi kekalah besar dengan Mancester City dan Spurs tidak wajar berlaku sama sekali.

    KESIMPULAN…

    Adalah tidak betul mengatakan Liverpool benar-benar bermasalah musim ini jika dibandingkan jumlah mata dengan lawan yang telah dimainkan setakat musim ini.

    Bagaimanapun, adalah tidak betul memikirkan Liverpool sudah capai kemajuan selepas 12 mata ketinggalan dengan pendahulu Premier League musim ini.

    Adakah saya mahu merasakan selesa dengan fakta?

    Atau Liverpool lambat melakukan kemajuan sedangkan pasukan lain lebih pantas?

    Saya seorang peminat Liverpool! Saya mahukan kelab ini berjaya.

    #duone_starz #kplm