BAIKI PERTAHANAN ATAU TANGAN KOSONG? JURGEN KLOPP PERLU CARI TITIK KESEIMBANGAN

    BAIKI PERTAHANAN ATAU TANGAN KOSONG? JURGEN KLOPP PERLU CARI TITIK KESEIMBANGAN

    201
    0
    SHARE

    Sebelum isu panas pertahanan vs Sevilla belum reda, nampaknya ianya berlanjutan sehinggalah vs Burnley.

    Dua perlawanan, beberapa shot on target daripada pihak lawan dan Liverpool bolos lagi – tipikal persoalan ini harus dijawab oleh anak buah Jurgen Klopp? Beberapa kali kita lalui benda yang sama sejak musim lepas.

    Persoalannya:

    1) Adakah Lovren berterusan merosakkan pertahanan Liverpool dengan kesalahan individu?

    Atau

    2) JH14 gagal memberikan perlindungan kepada pertahanan Liverpool?

    Atau

    3) Emre Can adalah yo-yo yang pastinya merugikan Liverpool?

    Apa jua jawapan anda, Liverpool tetap memberikan gol mudah kepada pihak lawan. Malu!

    Dalam 7 perlawanan musim ini, Liverpool bolos sebanyak 13 kali dimana 8 kali bolos dalam perlawanan tempat lawan, Watford dan Mancester City. Tahukah anda bahawa Chelsea pada musim 2004/15, mereka menjuarai Premier League dengan hanya bolos 9 kali di tempat lawan.

    TITLE PUSH…

    Ramai yang meramalkan bahawa musim ini, anak buah Jurgen Klopp mampu menjadi pencabar kejuaraan Premeir League dengan Jurgen Klopp meneruskan magiknya dan beberapa penambahan baik dalam pasukan.

    Saya amat sukakan tradisi gaya serangan Liverpool dalam bola sepak moden tetapi akhirnya, Liverpool perlu menang, bukannya drop point mahu kalah.

    VIRGIL VAN DIJK…

    Namanya sekali lagi disebut apabila Liverpool bolos dan bagi saya, saga perpindahannya amat mengecewakan saya mahupun dalam sejarah Liverpool.

    Namun, permulaan musim ini, sudah muncul tanda-tanda yang mana kegagalan mendapatkan pemain ini ibarat duri dalam daging buat Liverpool.

    Pertahanan lemah takkan memberikan anda kejuaraan mahupun trofi! – itu faktanya.

    RAFA BENITEZ + GERARD HOULLIER

    Kedua-duanya membentuk Liverpool sebagai pasukan yang sukar ditewaskan – Premier League mahupun Eropah.

    Sudah tentu barisan penyerang juga memiliki kelasnya yang tersendiri tetapi basic mereka berdua tetap pada pertahanannya – Alasan kenapa merek mampu menjulang piala.

    Pada musim 2004/05 di Champions League, Liverpool hanya bolos di suku akhir dan separuh akhir yang mana kita menentang Juventus dan Chelsea. Disanalah, Liverpool layak ke final Champions League.

    Seperti Rafa Benitez, Houllier juga tidak membenarkan Liverpool bolos menentang Barcelona pada separuh akhir Piala Eropah dan dalam kejohanan yang sama iaitu pada perlawanan timbal balik suku akhir menentang Porto, Liverpool mengekalkan clean sheet.

    Akhirnya layak final dengan kejuaraan miliki Liverpool.

    SEJARAH PREMIER LEAGUE…

    Apabila anda melihat sejarah Premier League, kita boleh lihat pasukan yang memiliki pertahanan yang bagus akan menjuarai liga.

    Terdapat 9 kali juara Premier League dimiliki oleh pasukan paling kurang bolos dalam musim tersebut.

    Untuk Liverpool pula, semejak Premier League, hanya 4 kali sahaja berjaya mengelak bolos kurang daripada 30 gol.

    2005/06 – 25 gol
    2006/07 – 27 gol
    2007/08 – 28 gol
    2008/09 – 28 gol

    Selebihnya, kadar bolos Liverpool sekali ganda daripada ini. Maka, bilakah Liverpool akan juara?

    TITIK KESEIMBANGAN…

    Liverpool amat bagus dalam serangan. Tidak dinafikan ianya pasukan yang dikategorikan “wajib tonton” untuk Premier League.

    Namun, saya melihat tiada keseimbangan dalam pasukan Liverpool. Walaupun anda dapat jaringkan 10 gol, Liverpool tetap bolos 9 gol.

    Menurut Conte, apabila tewas dengan Liverpool musim lepas, barulah dia memgubah taktikal pasukannya kepada formasi popular sekarang iaitu 3-4-2-1.

    Ditanya kenapa menukar formasi?

    Conte : Mencari keseimbangan dalam perlawanan.

    APA YANG HARUS JURGEN KLOPP LAKUKAN?

    Saya merasakan Liverpool harus mengubah formasinya supaya lebih seimbang antara serangan dan pertahanan. 50% serangan dan 50% pertahanan.

    FORMASI 4-2-3-1

    Jika anda melihat pasukan Liverpool, anda tahu kelemahannya adalah protection yang diberikan oleh barisan midfielder keatas back 4 tidak mencukupi dari segi susunan formasi mahupun keupayaan individu.

    Dengan meletakkan seorang DM (JH14), Liverpool masih kurang mantap memberi perlindungan secukupnya.

    Dengan 2 DM memberikan dimensi baru buat Liverpool untuk beraksi sebagai double pivot yang mengandungi dua simple passer yang cukup mengerakkan serangan.

     

    FORMASI 3-4-3

    Walaupun saya bukan fanatik dengan formasi ini, ianya adalah taktikal ampuh untuk Premier League.

    Main secara wide oleh fullback dan attacker midfielder sentiasa berada di kawasan half space. (Lihatlah Chelsea)

    Dengan Emre Can diletakkan sebagai pertahanan tengah yang lebih menonjolkan fizikal dominan di bahagian bawah terutamanya bola tinggi.

    KESIMPULAN

    Adakah Jurgen Klopp mahu mengubah barisan pertahanannya?

    Adakah Jurgen Klopp mahu mengubah formasi supaya kelemahan taktikal dihapuskan?

    Inilah masanya kerana masih terlalu awal musim ini sudah berakhir buat Liverpool.

    YNWA

    #duone_starz #kplm