CERITA DISEBALIK KISAH COUTINHO KE BARCELONA DAN MASA DEPAN LIVERPOOL GELAP?

    CERITA DISEBALIK KISAH COUTINHO KE BARCELONA DAN MASA DEPAN LIVERPOOL GELAP?

    1427
    0
    SHARE

    Setiap orang miliki cita-cita. Untuk setiap pemain bola sepak, jika ada peluang beraksi untuk Barcelona – tanpa perlu berfikir pasti semua ingin beraksi disana.

    Ia sekali lagi berlaku di Liverpool.

    Masih ramai tertanya-tanya kenapa Liverpool membiarkan Coutinho pergi? Ada juga diantara kita hanya nak sedapkan hati sendiri dengan mengeluarkan fakta yang mana tanpa Coutinho, Liverpool lagi bagus dengan peratusan kemenangan.

    KISAHNYA BERMULA…

    Saya ingat semuanya akan berakhir hujung panas lepas dengan FSG berkeras dengan mengatakan Coutinho tidak akan dijual.

    Kesannya, JK “dipaksa” mengeluarkan kenyataan bosnya berhubung isu Coutinho.

    “Coutinho tetap kekal dengan fikirannya terhadapa saya, FSG dan rakan sepasukan bahawa dia betul-betul mahu berpindah ke Barcelona”

    Kenapa terdapat perkataan “rakan sepasukan” sepeti yang dijelaskan oleh JK pada Ogos 2017?

    Ini kerana pada sesi latihan biasa di Melwood, Coutinho dikatakan masuk ke dalam bilik persalinan dengan muka menggambarkan kemahuan untuk meninggalkan Liverpool dihadapan rakan sepasukan yang lain.

    Hanya Coutinho sahaja tahu adakah keputusan ini adalah cita-citanya untuk berpindah atau “dipaksa” oleh orang luar.

    Malangnya, pada ketika itu, FSG KEKAL dengan keputusan mengekalkan Coutinho. Setiap kali bidaan dilakukan, setiap kalilah di”reject” mentah-mentah.

    Ini kerana FSG tidak mahu tunduk terhadap tekanan yang dilakukan Barcelona dan juga tidak mahu pemain Liverpool lain melakukan benda yang sama jika mahu berpindah ke kelab lain.

    SAKIT BELAKANG…

    Sekali lagi, pada bulan September, Coutinho mengadu sakit belakang tetapi apabila pihak perubatan kelab memeriksanya (scan) mengatakan dia tidak memiliki masalah tulang belakang.

    Itu realitinya tetapi apa yang didedahkan adalah untuk mengurangkan perhatian media tentang isu perpindahan Coutinho kerana pada masa ini, Premier League baru sahaja bermula.

    HARMONI…

    Kerana mahu mengekalkan keharmonian kelab, Jurgen Klopp TERPAKSA melakukan ini – samada untuk menjaga keharmonian kelab atau berusaha mengembalikan kepercayaan diantara staff dan juga pemain.

    Apa yang diputuskan oleh Jurgen Klopp?

    JK TIDAK TAKUT…

    Secata peribadi, Jurgen tidak menghalang isu perpindahan ini. Tiada apa yang untuk ditakutkan oleh Jurgen Klopp dimana Nuri Sahin ke Real Madrid ketika dia menjadi pengurus Dortmund. Begitu juga dia kehilangan Mario Gotze dan Robert Lewandowski kepada pasukan musuh iaitu Bayern Munich.

    Ini kerana Jurgen Klopp percaya bahawa ketika pemain tidak memberi kesan tetapi pengurus bola sepak perlu mengubah taktikalnya – sabar dan itulah yang bakal dilakukan di Liverpool.

    KESAN DARIPADA KETIADAAN COUTINHO…

    Tidak saya nafikan dengan ketiadaan Coutinho, pastinya memberi tekanan kepada Jurgen Klopp sama ada daripada FSG itu sendiri dan juga peminat yang dahagakan kejayaan.

    Sebelum kita semua memberi tekanan kepada Jurgen Klopp, saya amat kagum dengan apa yang dilakukan di Dortmund.

    1) Hilang Nuri Sahin dan digantikan dengan Ilkay Gundogan

    2) Hilang Gotze dan digantikan dengan Mkhitaryan

    Walaupun begitu, secara perbandingan seperti ini agak tidak adil dengan realiti kerana ini adalah perbandingan antara dua kelab – gaya dan suasana berbeza.

    ADAKAH JURGEN KLOPP TAHU?

    Sudah tentu Jurgen Klopp mengetahui bahawa dia berada di kelab BESAR tanpa menjuarai liga selama 28 tahun.

    Di Dortmund, walaupun sedikit kekurangan tentang dana perpindahan, paling terakhir Dortmund memenangi liga adalah 6 tahun sebelum Jurgen Klopp tiba. Apabila Nuri Sahin tiba di Dortmund, Dortmund telah memenangi liga sekali lagi. Maka, tekanan itu tidak setinggi berada di Liverpool.

    Di Liverpool, dia sudah berada disini 2 tahun setengah tanpa PIALA walaupun kita semua nampak perubahan yang dilakukan. Malangnya, kehilangan antara pemain terbaik pasukan, Coutinho adalah satu bentuk kekecewaan buat peminat Liverpool.

    ADAKAH JURGEN KLOPP PENGURUS KEGEMARAN?

    Secara teorinya, siapa tidak mahu beraksi dibawah Jurgen Klopp? Boleh dikatakan semua pemain

    pemain mahu beraksi dibawah tunjuk ajarnya.

    Tetapi secara realitinya, TIDAK! Daripada pandangan saya tentang Coutinho, 4 tahun tanpa sebarang piala kejuaraan adalah alasan terbaik untuk mencari cabaran baru.

    Liverpool dapat dana menerusi Coutinho dan Coutinho pergi memenuhi impiannya.

    PENGGANTI COUTINHO?

    Persoalannya bagaimana Jurgen Klopp mahu gantikan Coutinho? Berapa pantas yang boleh dilakukan oleh Jurgen Klopp dalam proses menaiktaraf pasukan Liverpool?

    Ian Rush adalah penyerang TERHEBAT dimiliki oleh Liverpool tetapi pada 1983, dia mahu meninggalkan Liverpool selepas Napoli melakukan bidaan sebanyak £5 mill.

    Ada laporan ketika itu, jika perpindahan terhasilkan, gaji Ian Rush dinaikkan sebanyak 6 kali ganda.

    Tetapi pada ketika itulah Bob Paisley dan John Smith (Chairman) mengatakan “TIDAK!”

    Rush amat marah pada ketika itu tetapi pada musim tersebut, dia menjaringkan 49 gol. Akhirnya, selepas 4 tahun bersama Liverpool, barulah Liverpool membenarkan Ian Rush ke Juventus. Itupun selepas Liverpool sudah bersedia dengan memiliki pengganti.

    Begitu jualah dengan kes Coutinho dengan dikatakan Ox adalah pengganti. Malah ura-ura dikatakan Jurgen Klopp masih meminati target no 1 iaitu Lemar.

    KESIMPULAN…

    Pemain datang dan pergi adalah perkara biasa dalam bola sepak. “Menjual” pemain terbaik bukan langkah popular tetapi untuk mengekalkan kehormonian kelab, ianya perlu dilakukan.

    #duone_starz #kplm