HENDERSON KAPTEN BARU

    HENDERSON KAPTEN BARU

    429
    0
    SHARE

    by Axello

    Ini adalah pandangan peribadi saya tentang pemilihan beliau sebagai kapten baru Liverpool. Ia memang mencambahkan banyak polemik dengan ramai berpendapat bahawa Skrtel adalah calon lebih layak dengan status sebagai pemain paling lama dalam skuad Liverpool setelah pemergian Gerrard. Tapi adakah Liverpool mengambil langkah yang betul untuk melantik Jordan Henderson.

    heno

    Ketika Gerrard dilantik menjadi kapten Liverpool, polemik yang sama juga timbul apabila Sami Hyypia ditarik ‘captaincy’ beliau oleh Gerrard Houllier. Namun Gerrard memang dalam kelas tersendiri dan pantas mendiamkan pengkritik terutama pengkritik daripada penyokong Liverpool sendiri. Kenapa Gerrard dipilih ketika itu.

    ” Ini bukan kerana Sami tidak bagus atau satu protes saya tak suka Sami. Sami sudah menjulang 6 trofi untuk Liverpool. Tapi saya memilih Gerrard kerana saya meilhat kualiti kepimpinan beliau sejak awal perkembangan beliau di Liverpool. Saya memang nak pilih dia jadi kapten lebih awal tetapi, dulu Gerrard masih terlalu muda, dan beliau memerlukan sedikit masa untuk matang. Sekarang dia sudah 23 tahu dan dia sudah bersedia. Ada kematangan dalam permainan dan keperibadian beliau.”

    “Perkara kedua ialah saya rasa keputusan ini akan membantu permain seperti Sami untuk fokus kepada tugas di pertahanan dan mengurangkan beban sebagai kapten di padang.”

    “Jelas sekali saya sudah bercakap dengan Sami dan jawapannya beliau adalah first class. Beliau menghormati keputusan ini.”

    “Tidak ada sakit hati atau kebencian dan saya tahu Sami akan menyedari ini adalah keputusan yang saya telah ambil untuk pasukan.”

    “Saya mempunyai tiga orang pemimpin di padang iaitu Stevie, Sami dan Michael Owen, yang kesemuanya menjadi sumber inspirasi dengan cara mereka sendiri.”

    Mujurlah masa ini tak ada facebook. Reaksi yang sama juga mungkin berlaku apabila ramai menyifatkan Gerrard terlalu muda. Berbalik kepada Jordan Henderson, saya rasa beliau ada asas captaincy yang baik dengan menjadi kapten skuad U21 tahun England. Aksi cemerlang bersama skuad 21 membuatkan beliau diberikan debut oleh Fabio Capello untuk England pada 2010 dan beliau memilih untuk tidak mewakili skuad bawah 21 pada ketika itu. Beliau dianugerahkan pemain terbaik England B21 tahun.

    Ketika di Liverpool, Rodgers melantik beliau sebagai vice captain menngantikan Daniel Agger. Namun pada musim pertama di LFC dia dikritik kerana tidak dapat memenuhi price tag beliau. Kemudian pada musim 2013/2014 Henderson telah menjadi engine pasukan Liverpool dan hampir membawa Liverpool menjuarai Liga Perdana.

    ” Kami gagal menjuarai Liga sebab kami kehilangan Henderson akibat penggantungan dan bukannya kerana Gerrard tergelincir “- ROGDERS

    Pada musim 2014/2015 Hendo lebih kerap mengetuai Liverpool kerana kecederaan dan kegagalan Gerrard untuk menembusi selection. Akhirnya beliau menjadi pemain yang menjadi passer utama di dalam pasukan Liverpool musim ini dengan 58.4 hantaran per game. Ketepatan hantaran yang luar biasa dengan 82.4 %. Beliau ada ratio 1.8 keypasses per game menjadikan beliau antara feeder utama untuk gol Liverpool musim ini.

    Pemilihan Jordan Henderson adalah lebih kepada kerana isu kefahaman taktikal. Ramai pengurus lebih selesa dengan CMF player sebagai captain. Kita harus sedar bahawa Henderson adalah pemain yang menjadi ‘intipati’ utama taktikal Brendan Rodgers selain daripada Sterling dan Coutinho. Henderson adalah pemain yang memiliki work rate yang luar biasa. Tapi jika anda terlalu ego untuk membandingkan beliau dengan Gerrard, anda tak akan pernah melihat sumbangan beliau di padang. Gerrard adalah attacking midfielder dan pernah diletakkan sebagai false 10 era dia dan Torres. Gerrard adalah goalscoring midfiedler. Membandingkan Gerrard dan Henderson adalah ibarat membandingkan Gerrard dan Gareth Barry di kem England.

    Beliau ada background yang kuat sebagai kapten serta ada kempimpinan yang tingg. Faktor seorang Inggeris juga mungkin ada tapi terlalu picisan untuk dibincangkan. Saya bukanlah menafikan Skrtel sebagai kapten. Saya lebih meilhat ini adalah long term plan untuk membentuk beliau menjadi kapten dari sekarang. Skrtel dengan pengalaman yang ada akan menjadi panduan utama beliau di padang selain Sakho yang juga ada leadership yang baik.

    Jadi, ia adalah satu masa untuk kita penyokong Liverpool menyokong Henderson lebih lagi daripada sebelum ini dan Skrtel akan menjadi strong vice captain. Tak perlu hendak membandingkan beliau dengan Gerrard, sebagai penyokong Liverpool, anda tak akan mampu memilih mana mana pemain lebih istimewa daripada Gerrard termasuk, Zidane, Maldini dan juga Xavi Hernandez.

    Kualiti Henderson diakui oleh Gerrard.

    “Henderson akan menjadi kapten yang hebat” – Gerrard

    Ia akan menjadi cabaran untuk kita semua kerana masih terlalu mahukan another Gerrard.

    Time to move on.

    I will stand behind my new captain. 

    YNWA