JURGEN KLOPP | DOKTOR DORTMUND VS JURUTERA LIVERPOOL?

    JURGEN KLOPP | DOKTOR DORTMUND VS JURUTERA LIVERPOOL?

    2608
    2
    SHARE

    Masa kini hampir untuk kita semua memasuki musim ketiga dibawah Jurgen Klopp. Akhirnya, kita berjaya menduduki tempat no 4 Premeir League dan selangkah ke Champions League.

    Maka, apa harapan anda musim ini?

    klopp-thumbnail_3465560b
    RINGKASAN…

    Sejak Jurgen Klopp mengambil alih Liverpool, pada musim pertamanya, dia membawa Liverpool untuk dua final iaitu Piala Liga dan Piala Eropah.

    Pada musim keduanya, kita selangkah ke Champions League. Pemain datang dan pergi. Pemain akademi diperkenalkan dan juga kita semua dihidangkan variasi taktikal gaya moden bola sepak.

    PERBANDINGAN…

    Dalam artikel ini, kita akan dihidangkan analisis bagaimana Jurgen Klopp membina pasukan Liverpool mengikut acuannya.

    Dan juga kami akan bandingkan dengan kecemerlangannya di Dortmund bukti kejayaannya yang mana disitulah kita mengenali insan bernama Jurgen Klopp dan gegenpressing.

    2797821000000578-3039569-Klopp_could_be_heading_for_the_exit_door_after_seven_largely_suc-a-2_1429124521332

    PERMULAAN YANG SUKAR DI DORTMUND…

    Jurgen Klopp tiba di Dortmund pada tahun 2008, meninggalkan kelab yang dia habiskan selama 19 tahun yang mana 7 tahun sebagai pengurus iaitu Mainz 05.

    Ketika dia tiba di Dortmund, kelab itu sedang dilanda kemerosotan sama ada dalam liga dan juga dari segi dana pengurusan. Kelab itu bangkit daripada bangkrap pada tahun 2003 dan pada musim 2006/07, mereka mempunyai 3 pengurus berbeza. Tiada kestabilan disitu.

    2D3BB6EF00000578-0-image-a-150_1475834716403

    PERMULAAN YANG BERCELARU DI LIVERPOOL…

    Pada 2007, Tom Hicks dan George Gillet mengambil alih Liverpool dengan menggunakan janji manisnya dengan pembinaan semula stadium dan dana perpindahan yang besar untuk memberi saingan kepada Chelsea ketika itu.

    Malangnya, pada hujung musim itulah Liverpool tewas pada final Champions League kepada AC Milan – satu pembalasan atas kemenangan Liverpool pada tahun 2005.

    Namun, kelab kembali bergerak positif dengan pembelian Fernando Torres dan beberapa pemain berwibawa yang lain. Namun, hubungan Rafa Benitez dengan kelab retak!

    Sampailah June 2008, permasalahan ini tidak dapat dibendung lagi dan juga projek pembesaran Anfield tertangguh lagi. Akhirnya, pada 2010, Rafa Benitez ditunjukkan jalan keluar selepas kekecewaan dimana menamatkan kedudukan dalam liga ditempat no7.

    Tibanya Hodgson dengan pantas melakukan perubahan menggantikan Marchereno dengan Poulsen. Akhirnya, keadaan bertambah teruk buat Liverpool.

    Zaman gelap ini nampaknya berakhir pada September 2010, kerana Liverpool diambil alih oleh FSG.

    Adakah FSG penyelamat Liverpool?

    Borussia-Dortmunds-Jurgen-Klopp-send-off

    MUSIM PERTAMA DI DORTMUND…

    Pada musim 2007/08, ianya detik malang buat Dortmund dengan mengakiri liga ditempat no 13, akhirnya Thomas Doll dipecat dan disitulah Jurgen Klopp bermula.

    Pada ketika itu, Jurgen Klopp baru sahaja membina namanya bersama Mainz 05 kerana berjaya mendapatkan kenaikan liga buat pertama kalinya untuk Mainz 05.

    Sebagai orang baru, dia diberi tugas yang agak berat kerana dana perpindahan terhad, bergantung kepada pemain akademi dan membeli pemain mampu milik sahaja.

    Jurgen Klopp melakukan permulaan yang baik di Dortmund dengan berjaya mencatat 2 kemenangan dan 2 seri dalam 4 perlawanan terawal.

    Selepas itu, pada perlawanan ke 5, mereka dikalah dengan teruk oleh Hoffenheim dan selepas itulah Jurgen Klopp mengubah taktikalnya kepada formasi 4-4-2 diamond.

    BLITjgQCQAA-uNl

    Kesannya amat bagus kerana mereka tanpa kalah di halaman sendiri sampai hujung musim. Inilah kemahuan Jurgen Klopp yang dibawa dari Mainz 05 yang mana sentiasa memberi tekanan kepada pihak lawan dengan high defensive line, sentiasa berlari dan juga permainan yang bertenaga.

    Akhirnya, pada hujung musim, Dortmund menduduki tempat ke 6 dan inilah penanda aras baru buat pasukan BVB.

    the-klopp-effect_3364576

    MUSIM PERTAMA DI LIVERPOOL…

    Jurgen Klopp dilantik menjadi pengurus pada October 2015 dengan serta merta mendapat gelaran “The Normal One“. Lantas dalam temuramah pertamanya, sebagai pakar motivasi, dia meminta penyokong beralih kepada “Doubters to Believers” – Percaya kepada kebolehan diri sendiri!

    “If i sit here in 4 years, i am pretty confident we will have one tittle”

    Saya percaya jika anda melihat bagaimana reaksi Jurgen Klopp ketika itu, ianya menunjukkan kemahuan lebih daripada kata-kata dan harapan.

    Klopp effect sekali lagi terbukti ketika perlawanan pertamanya ketika menentang Spurs dengan menggunakan teori gegenpressing, berdaya saing dan perlawanan itu penuh dengan aksi. Walaupun ianya tidak sempurna, tetapi ianya adalah petanda permulaan era Jurgen Klopp.

    Kemudian, perjalanan musim pertamanya tidak seindah mana dengan aksi Liverpool agak turun naik seperti yo-yo. Hebat ketika menentang Chelsea dan Man City manakala tewas menentang Crystal Palace. Sehinggalah peminat Liverpool percaya bagaimana Liverpool pasti menang menentang Top 6, tetapi pasukan bawahan, belum tentu lagi.

    JS78726313

    Sekali lagi dalam musim pertamanya dimeriahkan dengan “Klopp salute” ketika menentang WBA dengan memperagakan bahawa bola sepak adalah persahabatan berbanding orang memperlinya dengan kata-kata meraikan perlawanan walaupun cuma hanya seri sahaja.

    Klopp sekali lagi mencipta rekod dengan menurunkan pasukan paling muda dalam sejarah Liverpool ketika menentang Exeter dalam Piala FA.

    Selepas mengalah Stoke melalui sepakan penalti, Liverpool layak ke final Piala Liga. Malangnya, aksi hero Willy Caballero membolehkan Mancester City menang melalui sepakan penalti 3-1. Untuk rekod, ini adalah kali keempat Liverpool tewas pada final (1978,1987,2005 dan 2016) dalam 18 kali penampilan pada final.

    Lebih kurang 2 minggu selepas itu, Liverpool berjaya membalas dendam dengan mengalah Mancester City 3-0 dalam Premeir League di Anfield. Ianya dituruti dengan kemenangan 2-0 menentang Mancester United dalam Piala Eropah.

    Selepas itu, Jurgen Klopp berhadapan dengan bekas kelabnya iaitu Dormund. Pada pusingan pertama, kedua-dua pasukan seri dengan gol daripada Origi, gol tempat lawan yang amat penting. Selepas itu, pada perlawanan timbal balik, ianya adalah perlawanan terbaik yang pernah saya saksikan.

    Ianya seperti kisah terindah Istanbul  dan membawa Liverpool kembali ke final Piala Eropah. Jika kita melihatnya kembali perlawanan itu, anda seakan lupa bahawa kita tewas dengan Sevilla pada perlawanan akhir.

    Akhirnya, kita terumbang ambing Liverpool menamatkan hanya tempat 8 di Premeir League tetapi dua final dalam satu musim, ramai peminat merasakan ianya adalah harapan baru buat Liverpool.

    Dortmund-players-Klopp-might-try-to-buy

    PEMBELIAN DORTMUND…

    Apabila memulakan kareernya bersama Dortmund, Jurgen Klopp mengambil tindakan drastik kerana menjual tidak kurang daripada 13 pemain.

    Petric dan Pienaar dengan harga £6.2mill dan £2.3mill.

    Philipp Degan tiba di Liverpool dengan percuma.

    Selepas itu, Jurgen Klopp menggunakan dana itu untuk membeli pemainnya. 9 pemain dibeli termasuklah pemain akademinya iaitu Marcel Schmelzer yang mana akhirnya menjadi pemain utamanya.  Manakala Subotic dibeli daripada bekas kelabnya, Mainz 05 untuk memperkuatkan barisan pertahanannya.

    aaaakloppslap

    MUSIM KEDUA PEMBELIAN DORTMUND…

    Jurgen Klopp pantas mengambil Mat Hummel yang dipinjam sebelumnya dengan harga £3.5 mill, seorang ball playing defender yang mana selesa membawa bola ke tengah padang dengan ketepatan passing yang tinggi.

    Dia juga mengambil seorang defensive midfielder iaitu Sven Bender dan seorang pemain sayap iaitu Kevin Grosskreutz. Manakala Lucas Barrios dibawanya untuk menjadi penggempur utama, mampu menjaring 35 gol dalam 2 musim pertamanya dibawa Jurgen Klopp.

    MUSIM KETIGA PEMBELIAN DORTMUND…

    Ianya adalah musim yang amat cemerlang buat Jurgen Klopp iaitu dengan mengambil Shinji Kagawa, seorang pemain yang tidak dikenali dengan percuma, Piszczek – pertahanan kanan yang kemudiannya menjadi Mr. Reliable yang bertenaga yang mana mampu mencipta assist dan gol.

    Selepas itu, Jurgen Klopp mengambil Mario Gotze dari akedeminya yang kemudianya menjadi pemain harapan dengan 6 gol dan 15 assist pada musim pertamanya.

    Akhir sekali adalah Robert Lewandoski yang dibeli daripada Lech Poznan, sebuah kelab Poland dengan harga cuma £4 mill. Akhirnya, dia dikatakan seorang penyerang yang paling berbisa dimiliki oleh kelab sehingga kini tetapi dia mengambil masa setahun untuk menyesesuaikan diri. Pada musim pertamanya, dia masih dibayangi oleh Lucas Barrios namun masih berupaya menghasilkan 8 gol dan 3 assist dalam liga. Pada musim keduanya, barulah kita semua mengenalinya dengan 22 gol dan 10 assists dan Dortmund memenangi liga pada ketika itu.

    Benteke-Henderson-Can-Mignolet-Firmino

    PEMBELIAN LIVERPOOL…

    Tiba di Liverpool, pada musim pertama jendela pintu perpindahan dibuka, Jurgen Klopp melakukan perkara yang sama seperti Dortmund.

    Jurgen Klopp melepaskan Sebatian Coates, Rickie Lambert, Iago Aspas dan Fabio Borini. Paling diingati pada musim pertamanya adalah  Liverpool melepaskan Raheem Sterling kepada Mancester City dengan harga £49 mill.

    Disamping itu, Jurgen Kloop memberi peluang beberapa pemain dengan meminjamkan ke kelab lain seperti Danny Ward, Luis Alberto dan Tiago Ilori. Manakala pada ketika itu, pengambilan terbaru Liverpool, Marko Grucjic dibiarkan beraksi di kelab lamanya dan penyerang sensasi Liverpool iaitu Mario Balottelli dipinjamkan ke AC Milan.

    Sekali lagi, pada musim itu, lagenda Liverpool, Steven Gerrard dibiarkan keluar dengan menyertai La Galaxy untuk menamatkan kareernya.

    Glen Johnson menyertai Stoke secara percuma dan Jose Enrique dilepaskan kerana mengurangkan jumlah gaji yang dibayar oleh kelab.

    23 pemain skuad utama Liverpool dikeluarkan pada musim pertamanya.

    Manakala, Liverpool mengambil James Milner dengan percuma sebagai pemain tambahan. Jurgen Klopp mengekalkan Joe Gomez, Danny Ings dan Clyne.

    MUSIM KEDUA PEMBELIAN LIVERPOOL…

    Anda pasti mengingati Bredgan Rodgers dengan pembelian Benteke dengan harga rekod kelab. Namun, dia tetap dijual oleh Jurgen Klopp disamping Ibe, Allen, Skrtel dan Brad Smith.

    Bagaimanapum, Markovic masih disimpan dengan memberi pinjaman kepada kelab lain dan Sakho dibekukan kerana masalah disiplin dan akhirnya dipinjamkan kepada Crystal Palace.

    Pada musim itu juga, kita melihat Mario Balotteli dijual secara tetap dan Kolo Toure dilepaskan.

    Disinilah kita boleh melihat persamaan diantara apa yang berlaku di Dortmond. Selepas Liverpool menjual Luis Suarez dan Sterling, Liverpool amat kekurangan daripada segi kepantasan dan kenyakinan.

    Sebab itulah, Sadio Mane diambil oleh Jurgen Klopp walaupun ramai yang percaya pada ketika itu, Jurgen Klopp mahu mengambil Mario Gotze. Walaupun bernilai £35mill, Mane membalasnya dengan 13 gol walaupun tercedera pada hujung musim.

    Selain daripada itu, Liverpool mengambil Wijnaldum amat mengejutkan semua orang tetapi hasilnya sering menjaringkan gol-gol penting buat Liverpool.

    Karius tiba tetapi tidaklah seindah mana walaupun masih berpeluang beraksi untuk kelab. Selagi lagi, pengambilan secara percuma Jurgen Klopp amat bagus adalah Joel Matip, ball playing defender, yang mana penampilan bersama Liverpool tidak mengecewakan.

    Klavan juga diambil secara percuma sebagai pemain tambahan dan mengangkat Trent dari Akedemi sebagai pemain utama dengan 7 penampilan Premeir League.

    salah liverpool

    MUSIM KETIGA PEMBELIAN LIVERPOOL…

    Sekali lagi kita boleh melihat blue print seperti Dortmund. Pasukan Dortmund dibahagian serangan diperkuatkan oleh Aubameyang dan Reus. Di Liverpool, Jurgen Klopp mengambil Sadio Mane dan Mohamed Salah.

    Paling mengejutkan semua adalah pengambilan berisiko rendah iaitu Solanke daripada Chelsea.

    Jika di Dortmund, Jurgen Klopp mengambil Matt Hummel tetapi di Liverpool, Jurgen Klopp mahukan Virgil van Dijk sebagai pasangan Matip.

    Selain daripada itu, box-to-box midfielder adalah kunci kejayaan Jurgen Klopp di Dortmund iaitu Ilkay Gundogan yang mana pasa mulanya bermasalah pada mulanya. Kini, dia bersama Mancester City. Sekali lagi, Emre Can melakukan tugas seperti Ilkay Gundogan selepas Liverpool kehilangan Jordan Henderson.

    Walaupun berpuas hati, Jurgen Klopp masih memancing pemainnya iaitu Naby Keita daripada RB Leipig.

    Walaupun pintu perpindahan masih dibuka, ianya jelas visi jelas Klopp musim ini.

    dortmund-vs-bayern

    TAKTIKAL DORTMUND…

    Pada permulaan artikel, sudah dijelaskan bahawa Jurgen Klopp menggunakan 4-2-2-2 sebagai taktikal asasnya sebelum mengubahnya kepada 4-4-2 diamond ditambah dengan elemen gegenpressingnya.

    Dengan perubahan taktikal Jurgen Klopp, mereka akhirnya menamatkan ditempat no 3 dalam liga. Perbandingan ketara adalah pasukan Jurgen Klopp berupaya mendapat 1.78 mata berbanding 1.18 mata pada musim sebelumnya dibawah Thomas Doll.

    Musim 2009/10…

    Sekali lagi perubahan taktikalnya kepada 4-2-3-1 yang menjadi asas kejayaannya di Dortmund. Dia menggunakan double pivot dengan Sven Bender dan Nuri Sahin yang mana memberikan halangan untuk pertahanan kerana mereka berdua adalah deep-lying playmaker dan defensive midfielder. Sebagai balasannya, 4 pemain serangan bebas bergerak untuk mencari gol.

    Musim 2010/11…

    Taktikal yang sama digunakan tetapi kali ini pemain berkualiti dibawa masuk iaitu Gotze, Kagawa dan Lewandowski mengisi bahagian serangannya.

    Bagaimanapun, mereka tewas pada perlawanan pembukaan 2-0 oleh Bayer Leverkusen dan selepas itu mereka tidak pernah dikalah sehinggalah perlawanan ke 17.

    Paling manis dalam musim ini adalah kemenangan ditempat sendiri dan lawan kepada rivalnya iaitu Bayern Munich dan akhirnya membawa Dortmund memenangi liga.

    Musim 2011/12…

    Masih mengekalkan taktikal yang sama tetapi pada permulaannya tidaklah bagus kerana kalah 3 perlawaan dalam 6 perlawanan terawal. Selepas itu, Jurgen Kloop membawa Dortmund tanpa kalah sehinggalah perlawanan ke 28 liga.

    Akhirnya mereka menang liga lagi dan lebih manis lagi berjaya memenangi piala domestik. Lewandowski menjaringkan hatrik dalam final DFB-Pokal menentang Bayern Munich.

    Dengan 81 mata terkumpul, ianya adalah rekod mata paling tinggi dipungut setakat ini. Mereka membaiki rekodnya dengan 2.38 mata per satu perlawanan berbanding 2.21 mata musim sebelumnya.

    images (1)

    TAKTIKAL LIVERPOOL…

    Apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool, tanyalah peminat Liverpool, adakah dia merasakan Liverpool akan berubah seperti Dortmund?

    MUSIM 2015/16…

    Jurgen Klopp terus menggunakan taktikal 4-2-3-1 yang menjadi inspirasinya di Dortmund. Namun, Jurgen Kloop tidak boleh melakukan seperti apa yang diidamkan kerana kekurangan kepantasan seperti pasukan yang dibentuk olehnya di Dortmund.

    Disamping itu juga, Daniel Sturridge dibelenggu kecederaan dan Alberto Moreno dengan aksi yo-yo. Malangnya, Liverpool juga mengalami masalah dibahagian penjaga gol yang jelas terumbang-ambing apabila diserang dan ianya tidak langsung seperti apa yang berlaku di Dortmund.

    Bagaimanapun, mentaliti Jurgen Klopp dengan semangat tidak mahu mengaku kalah jelas membantu Liverpool seperti yang berlaku dengan kemenangan 5-4 keatas Norwich.

    Liverpool sentiasa menang dengan Top 6 tetapi bermasalah ketika lawan pasukan pertengahan dan bawahan. Akhirnya, kedudukan no 8 di Premeir League dengan 1.58 mata satu perlawanan.

    MUSIM 2016/17…

    Seperti yang dilakukan di Dortmund, Jurgen Klopp terkenal dengan menaikkan pemain menjadi superstar seperti Lewandowski, Gotze, Schmelzer, Gundogan, Reus dan Hummels yang semuanya watak penting dalam kebangkitan Dortmund.

    Dalam musim keduanya, Lewandoski menjaringkan 22 gol dan 10 assist pada musim kedua, lebih besar daripada musim pertamanya iaitu 8 gol dan 3 assist.

    Apa yang ingin diperkatakan adalah pemain terbaru no 9 untuk Liverpool iaitu Firmino yang menjaringkan 11 gol dan 11 assist pada musim pertamanya bersama Jurgen Klopp.

    Sadio Mane semakin bagus dengan 13 gol berbanding 11 gol bersama pasukan lamanya, Southampton. Manakala Wijnaldum walaupun bemain lebih kebawah jika dibanding dengab kelab lama, tetap mencipta 9 assist berbanding 5 assist sebelumnya.

    Disamping itu juga, Liverpool tetap memiliki rekod yang cemerlang lawan Top 6 dengan kemenangan ditempat sendiri dan lawan dengan Arsenal dan Everton. Bagaimanapun, asyik dengan pasukan bawahan tetap menjadi perbualan sama.

    Akhirnya, Liverpool berjaya menduduki tempat 4 Premeir League dengan 2.00 mata per perlawanan.

    “Dalam 2015/16, kita banyak menggunakan formasi 4-2-3-1 dan untuk musim 2016/17, kita banyak menggunakan 4-3-3 dan 4-5-1. Dalam fikiran saya ianya sesuai dengan pemain yang dimiliki”

    Pada musim kedua Jurgen Klopp, Firmino mendapat keuntungan dengan taktikal false 9. Ia memberikan Firmino turun kebawah dan membuka peluang buat Mane, Caoutinho dan Wijnaldum mencari gol. Apabila bertahan, mereka kembali dengan formasi 4-5-1 yang menyebabkan sukar ditembusi.

    Jika dibanding dengan kelancaran corak serangan, ianya seperti di Dortmund dan pengambilan Salah pastinya membantu.

    Bagaimanapun, masih terdapat ruang yang perlu dibaiki terutamanya pertahanan kiri, pertahanan tengah dan pemain tengah. Saya juga tidak menafikan Liverpool perlukan penyerang yang dinamik dan berstatus bintang.

    Namun begitu, saya fikir dengan taktikal false 9, kita memang tidak akan memiliki penyerang yang dapat menjaring 20 gol semusim tetapi jumlah gol pasukan tetap bertambah dengan adannya Mane, Coutinho dan Lallana.

    Jurgen Klopp mesti mencari “missing puzzle” untuk menang Premeir League buat kali pertamanya.

    Pastinya akan tiba…

    Nota:

    1) Inilah idealogi yang saya fikirkan tentang kebangkitan Dortmund dan Liverpool

    2) Keep share!

    #duone_starz

    • Ahmad Syafiq Najwan Ali

      Rasanya formation x begitu penting dalam bola sepak zaman sekarang. Individual assignment tulah yang sgt mencabar. Tanpa mengenali pemain2, klopp xkan boleh mengerah segala kelebihan dari pemainnya. Itulah specialty Klopp, dapatkan apa yg terbaik dari seseorang pemain lebih2 lagi pemain yang pernh bersamanya dan mempunyai hubungan yang baik. Manager mana pun boleh letak nombor2 seperti 4-3-3, 4-2-2, dan sebagainya, tp untuk mengeluarkan apa yang terbaik dari nombor2 itu memerlukan sesuatu yang istimewa dan klopp mempunyainya. Sebab tu semua target yang Klopp nak skrg amat penting buat Liverpool, regardless low rating dari fans sendiri. Support Klopp, support Liverpool.

      • acab amal

        Formation itu penting bro. Formation lah yg memberikan keselesaan kpd pemain utk mengeksprestasikn ideologi serangan. Cth. Season lepas coutinho main left winger. Ruang utk dia byk tersekat utk kreativiti dia , di mana dia kene rajin turun ke bwah utk bantu full back. Tp season dia dia main di position central midfielder , selesa utk dia melepaskn killer through pass. Itu la pentingnye formation bro.