JURGEN KLOPP | LUPAKAN BARCELONA, CINTA COUTINHO DI LIVERPOOL

    JURGEN KLOPP | LUPAKAN BARCELONA, CINTA COUTINHO DI LIVERPOOL

    1308
    0
    SHARE

    IMG_20170728_232128
    Jurgen Klopp mengatakan bahawa Coutinho sepatutnya melupakan hasratnya untuk beraksi bersama Barcelona musim ini kerana ianya tidak akan berlaku.

    Klopp memberitahu Coutinho tentang perkara itu semasa perlawanan persahabatan di Hong Kong.

    Dilaporkan bahawa Liverpool sudahpun menolak bidaan permulaan daripada Barcelona dengan £72 mill serta merta.

    IMG_20170728_232331

    Dengam Coutinho yang baru melanjutkan kontraknya bersama Liverpool tahun lepas, sekurang-kurang Coutinho pastinya kekal untuk dua musim sebelum berhijrah ke Barcelona jika perlu.

    GEMBIRA DI LIVERPOOL…

    Walaupun Coutinho jelas mengatakan dia amat gembira tinggal di Liverpool tetapi kemahuan Barcelona tidak boleh dipandang sepi.

    Disinilah saya lihat kemahiran Jurgen Klopp dalam menguruskan pemain bintang supaya tidak lalai dan terus fokus untuk persiapan musim baru.

    IMG_20170728_232245
    KEMAHUAN BARCELONA…

    Liverpool pastinya mengetahui bahawa Coutinho tetap akan diganggu walaupun objektif utama musim lepas tercapai, iaitu melayakkan ke Champions League.

    Dan untuk tahun ini, cabaran lagi sukar untuk memperkuatkan pasukan lagi.

    Walaupun begitu, kemahuan Barcelena dengan bidaan permulaan yang tinggi (£72 mill) amat merisaukan saya kerana ianya memperlihatkan kesungguhan mereka untuk mendapat Coutinho.

    KLOOP KATAKAN TIDAK…

    Jurgen Klopp ketika ditemuramah ketika di Hong Kong mengatakan:

    “Ya, anda boleh katakan yang dia bukan untuk dijual”

    “Tetapi ianya bukannya dari pagi tadi mahupun semalam, ianya tidak berubah.Phil adalah pemain penting buat kami”

    “Kini, dia cuba mendapatkan rentaknya kembali, tiada keraguan tentang kualitinya”

    “Dia bijak beraksi ketika menyerang dan juga bertahan. Berita yang paling bagus adalah dia masih muda. Dia banyak berubah sejak saya tiba disini dan akan terus meningkat lagi”

    IMG_20170728_232042
    KLOPP MENAMBAH LAGI…

    Klopp turut menegaskan sekali lagi bahawa Liverpool tidak lagi penjual pemain selepas sejak kebelakangan ini kehilangan Suarez, Maschereno dan Xabi Alonso meninggalkan Liverpool untuk beraksi di Sepanyol.

    Bagaimanapun, dalam kes Maschereno dan Suarez, kedua-duanya dijual ke Barcelona selepas mengatakan akan kekal di Liverpool.

    “Saya tidak terkejut dengan kelab lain meminati pemain Liverpool”

    “Tetapi katakan kepada mereka bahawa Liverpool bukannya kelab penjual dan itulah yang berlaku sekarang”

    “Kami percaya bahawa kami perlu bekerja bersama dan membaiki diri bersama-sama. Kami mahu ke tahap seterusnya. Untuk itu, kami harus bersatu”

    “Kami perlu mempersembahakan kepada orang ramai bagaimana dan arah manakah kami meningkat”

    “Ianya sangat positif. Ini kelab yang fantastik dan saya merasakan ianya saat bagus buat Liverpool”

    coutinho

    Pandangan Klopp ini dipersetujui oleh pihak pengurusan Liverpool dengan menolak sebarang bidaan sekurang-kurang untuk jendela musim panas ini.

    CHAMPIONS LEAGUE…

    Malah, disebalik dengan khabar angin untuk menjual pemainnya, Liverpool berharap dapat menambah beberapa orang pemain lagi untuk persiapan kelayakan Champions League.

    Nota kaki: Saya tidak fikir Coutinho dijual musim ini.

    #duone_starz #kplm