KEBANYAKAN PEMINAT LIVERPOOL ASALNYA PEMINAT MU????

    KEBANYAKAN PEMINAT LIVERPOOL ASALNYA PEMINAT MU????

    1335
    0
    SHARE

     

    Pernah terfikir tak macam mana lah mula-mula orang di negara kita mula dan boleh suka pasukan bola dari negara lain. Maksudnya disini. Kelab bola luar negara?

    Yela. Kat negara kita sendiri kita minat sesuatu pasukan bola atas faktor kenegerian. Betul?

    Jadi kita bukan la duduk di Merseyside? Bukan juga duduk di Manchester? Bukan jugak permastautin di London?

    Mengapakah kita boleh minat dan menjadi pengikut tegar kelab-kelab terbabit?

    Posting kali ini bertujuan untuk merungkai. Bagaimana Masyarakat di Malaysia boleh meminati Liverpool. Dan bagaimana tercetusnya minat dan idea nak menyokong Liverpool ni! Ayuh!

     

    1)Kegemilangan Liverpool era 80an.

    Dengan kegemilangan Liverpool pada Era tersebut. Kemenangan demi kemenangan dan menjuarai Liga. Dan memenangi Piala Eropah sebanyak 4 kali telah membuka mata semua pihak. Di akhbar-akhbar dinegara kita rata-rata menyiarkan berita tentang Liverpool. Di Tv juga menyiarkan perlawanan Liverpool ketika itu. Jadi tidak hairanlah kaum bapa dan remaja ketika itu menggilai Liverpool.

    Credit:Liverpool Online

    2)Seturu Utama Manchester United.

    Bermula pada Era 90an. Manchester United(MU) mula meningkat naik. Pasukan pimpinan Sir Alex Ferguson(SAF) yang sangat angkuh ketika itu menjadi kebencian para peminat bola sepak liga Inggeris(selain penyokong MU). Dan MU mula menjadi pilihan remaja-remaja dan peminat bola sepak yang mula menonton Liga Inggeris pada Era 90an. Oleh kerana keangkuhan SAF ramai yang menyokong Liverpool. Oleh kerana Liverpool antara Kelab yang dapat menandingi MU dari segi kejuaraan dan Persaingan dalam Padang.

     

    3)Gerrard-Owen

    Dengan Kehebatan SAF dan MU pada era 90an. Membuatkan ramai menjadi minat dan menyokong MU pada ketika itu. Kejuaran demi kejuaraan yang dikecapi oleh SAF dan MU membuatkan ramai peminat yang baru menonton bola sepak Liga Inggeris berpaling dan menyokong MU. Termasuk saya sendiri! Penyokong MU. Beckham! Dan Nistelrooy! Ahhahaha. Tapi. Kehadiran Gerrard dan Owen membuatkan nama Liverpool kembali berkumandang dikalangan masyarakat di Malaysia. Rembatan padu Gerrard serta sentuhan Owen yang menarik dan menjadi mesin Gol Liverpool ketika itu. Menjadi kegilaan peminat ketika itu.

     

    4)Miracle of Istanbul.

    Terdapat beberapa versi cerita tentang peristiwa ini. Setiap peminat yang menyaksikan Perlawanan epik ini. Pastinya mempunyai cerita mereka tersendiri. Ada yang dihina dan dibahan pada mulanya. Ada yang terus tutup TV. Tapi TV tiba2 terbuka balik. Dan macam-macam lagi. Dengan kemenangan penuh dramatik Liverpool yang dianggap “underdog” ketika itu. Cukup untuk menarik minat segelintir masyarakat dinegara kita untuk meminati Liverpool.

     

     

    Credit:Telegraph

    5)Siaran Menyeluruh.

    Lewat tahun 90an. Astro telah masuk dan mewarnai stesen TV kita. Namun dengan bayaran yang dikenakan. Tak ramai lagi yang mampu ketika itu. Namun beberapa kedai makan dan mamak menjadi singgahan para peminat untuk menonton perlawanan pasukan kegemaran mereka. Antara yang selalu menjadi tumpuan adalah Liverpool(hasil kegemilangan lampau) dan Man UtD(prestasi semasa yang baik). Dan selepas itu barulah ramai memilih Arsenal. Chelsea dan kemudian City. Dan juga kelab-kelab lain. Namun dengan sejarah dan selalu memperoleh kemenangan di saat-saat dramatik Liverpool menjadi pilihan bagi peminat mereka tersendiri.

    6)Turun temurun

    Ini antara alasan yang menyokong Liverpool yang paling popular dimana-mana negara sekalipun.

    “Bapak aku asalnya sokong Liverpool, selalu belikan aku jersey Liverpool,selalu tengok game sama-sama, sebabtu lah aku sokong Liverpool”

    Ini merupakan ayat yang paling “common” sekali.

     

    credit : AnfieldRoad

    RUMUSAN.

    Secara peribadinya. Agak sukar menerangkan apa punca sebenar kita meminati Liverpool ni. Jawapan yang agak personal dan subjektif sering kali kita berikan jika ada yang bertanyakan.

    Tidak penting apa awalanya. Yang penting sekarang kita masih sama-sama menyokong Liverpool. Dan masih menunggu “Golden sky” ketika “storm” yang sedang melanda ini.

     

    “You’ll Never Walk Alone”