Kecederaan pemain pada awal musim memberi kelebihan buat Liverpool.

    Kecederaan pemain pada awal musim memberi kelebihan buat Liverpool.

    1744
    0
    SHARE

    Liverpool dan Kecederaan tidak dapat dipisahkan. Selalunya berlaku kecederaan pada pemain utama. Berlaku pula Betul-betul dan tepat pada waktu dan ketika masa pasukan memerlukan mereka. Contoh pada musim ini adalah. Kecederaan Sadio Mane. Sebelum perlawanan menentang Man Utd.

    Tapi, buat musim ini. Kecederaan Pemain utama pada awal musim nampaknya memberikan pulangan dan kelebihan pada skuad Jurgen Klopp kini. betulkah? mari saya rungkaikannya. ayuh!

    Sebelum bermula. Mari kita imbas kembali. Apa yang terjadi pada awal musim. Pada musim yang lalu musim 16/17.

    Liverpool bermula garang. Dengan kesemua pemain utama cergas.

    Firmino. Lallana. Coutinho. Mane. Kesemuanya dapat bermain di awal musim.

    Pada bulan Ogos. LFC mencatatkan 1 kemenangan 1 kalah dan 1 seri.

    Dan bangkit pada bulan September dengan 3 kemenangan. Dan sehingga ke Disember LFC mencatatkan 9 kemenangan 3 seri dan 1 kekalahan sahaja. Dengan kesemua pemain utama cergas.

    Namun masuk bulan januari. Dengan Coutinho direhatkan akibat kecederaan. Dan Sadio Mane terpaksa pergi untuk mewakili negaranya dalam kejohanan piala Afrika. Prestasi LFC terus menurun.

    Tiada menang dalam Liga sepanjang Januari dan hanya menang 1 perlawanan pada februari. Membuatkan LFC terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan EPL yang dilihat cerah pada awal musim.

    Namun menunjukkan peningkatan pada Mac – Mei dengan kembalinya pemain utama daripada kecederaan. 8 kemenangan 3 seri dan 1 kekalahan sahaja. Dan berakhir di tempat ke4 liga.

    Jadi apa significantnya keputusan musim lalu dengan kecederaan yang dialami Lallana dan Coutinho?

    Tanpa Mereke Liverpool sedang mencatatkan keputusan yang baik pada bulan ini. Dan selepas berakhirnya rehat antarabangsa ini. Kedua pemain utama ini akan kembali cergas untuk bermain buat Liverpool.

    Dengan jadual padat yang bakal ditempuhi pada bulan Disember dan Januari. Kembalinya Coutinho dan Lallana memberikan suntikan semangat pada pasukan LFC yang kini mempunyai “skuad depth” yang baik pada musim ini.

    Salah. Mane. Firmino. Chamberlain. Emre Can. Wijnaldum. Milner. Grujic. Solanke. Merupakan ahli skuad yang bagus. Dan dapat memberikan sesuatu jika diberikan masa bermain. Dan tambah pula dengan Lallana dan Coutinho. Terbaik bukan?

     

    Ini berlainan sekali dengan musim Lalu. Liverpool bergantung pada pemain muda untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain utama jika berlaku pengantungan atau kecederaan.

    Dengan jadual yang padat. Dan perlawanan perlawanan penting serta LFC perlu mengekalkan momentum kemenangan untuk terus mencabar pendahulu liga. Adalah sesuatu yang tepat buat pemain utama pulih dari kecederaan.

    Satu perlawanan persahabatan tertutup bakal diadakan khusus untuk memberikan Lallana Matchday experience dan menanbah fitness dan sharpness beliau.

    Sementara berita Coutinho cergas untuk bermain untuk Brazil juga merupakan situasi yang sama dengan Lallana. Dimana Coutinho jika diturunkan dapat menambahkan fitness dan sharpness beliau untuk next LFC game menentang Soton.

    credit:Sky Sport

    RUMUSAN.

    Liverpool lebih bernasib baik musim ini. Tiadanya Piala Negara Afrika. Dan tahap kecergasan pemain utama dalam keadaan baik. Juga Salah Effect yang kian menjadi.

    Cuma.

    Masalah pertahanan. Diharapkan pertahanan dapat lebih kekal fokus dan Solid. Dan disamping pemain hadapan perlu mempergunakan setiap peluang yang ada. Dan menyempurnakannya dalam bentuk gol.

    “Dalam bola sepak. Main cantik sahaja tidak memadai. Keranan kemenangan dalam bola sepak dikira dengan jumlah gol”

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk On! Walk On! Walk on”