KENAPA PEMINAT MASIH ANGGAP FIRMINO BUKANNYA PENYERANG LENGKAP?

    KENAPA PEMINAT MASIH ANGGAP FIRMINO BUKANNYA PENYERANG LENGKAP?

    2246
    0
    SHARE

    Pada asalnya, false 9 adalah penyerang tunggal yang mana sentiasa menunggu bola di kawasan penalti pihak lawan seperti penyerang tradisional yang lain.

    maxresdefault
    Tetapi untuk false 9, dia akan turun ke kawasan tengah padang dengan menarik center back pihak lawan lebih ke atas untuk mengekori false 9. Malangnya, kawasan itu, mereka tidak akan selesa kerana ianya pasti membiarkan kawasan jagaan mereka dibocori oleh pihak lawan mereka.

    Cesc Fabregas lakukannya bersama Sepanyol.

    Pep Guardiola gunakan Messi untuk posisi ini.

    Francesco Totti amat cemerlang diposisi ini untuk AS Roma.

    Malah, Mancester United juga menggunakannya ketika memiliki Rooney, Tevez dan Ronaldo dimana mereka bertukar-tukar posisi.

    Sejak itu, bola sepak berubah dan pemain mula menyesuaikan diri mereka dengan taktikal ini.

    Pemain yang tradisinya bemain diposisi 9 hampir pupus kerana sumbangan posisi false 9 lebih menyeluruh. Kini, pemain-pemain ternama di Eropah mesti mengemari dengan melakukan larian pantas, kembali ke bawah untuk bemain satu dua short passing dan mengganggu pertahanan lawan untuk membuka ruang rakan sepasukan menjaringkan gol.

    Luis Suarez, Sergio Aguero, Robert Lewandowski, Alvaro Morota dan juga Harry Kane adalah penyerang versi baru era moden.

    Mereka semua suka melakukan perkara diatas ditambah dengan kepandaian mencari ruang dan kebolehan untuk bemain di tepi bahu pertahanan lawan tanpa perangkap offside.

    MEREKA ADALAH TOP CLASS!

    Ya, saya akui mereka adalah super star dalam bola sepak.

    Namun, kenapa anda tidak anggap Firmino setaraf dengan mereka?

    Kenapa kita semua masih memanggil Firmino sebagai False 9? Langsung tidak kena dengan sumbangan jaringan 15 gol dan 10 assist dalam Premeir League semenjak Jurgen Klopp tiba di Liverpool.

    Firmino mungkin tidak menjaringkan 20 gol semusim dan juga tidak prolifik. Tetapi sumbangannya lebih kepada work rate, kebolehan pertahanan dan juga dia adalah amat sesuai dengan taktikal Jurgen Klopp yang mahukan pressing lawan.

    Dia adalah penyerang ideal yang dimahukan oleh Jurgen Klopp!

    FIRMINO ADALAH PEMAIN SERANGAN TETAPI SUAREZ ADALAH PENYERANG

    Firmino1
    Lihat gambar diatas, anda boleh lihat bagaimana gerakan Firmino ke hadapan menunggu hantaran daripada Lallana. Hantaran Lallana pasti sia-sia jika Firmino tidak mempunyai naluri sebagai penyerang.

    Mudah untuk melakukan gerakan tap-in ini tetapi ingat, ianya memerlukan berada dikawasan sepatutnya pada waktu yang tepat.

    Firmino 2
    Ianya seperti gerakan Firmino yang mana dilakukan oleh Suarez ketika menentang Celtic. Gerakan terakhirnya adalah tap-in daripada bekas penyerang Liverpool ini tetapi tanpa gerakan Suarez ini, jaringan tidak akan dapat dihasilkan.

    Screen-Shot-2016-11-24-at-20.18.33-768x417
    Kali ini adalah ketika lawan Crystal Palace. Ianya adalah build up play daripada Firmino yang menghasilkan jaringan kemenangan. Sekali lagi, gol ini nampak mudah kerana Lallana berjaya menarik Tomkins keluar daripada kawasannya. Lantas membuka ruang untuk Firmino dibantu passing sempurna daripada Henderson.

    Setelah terima bola, apa yang dilakukan oleh Firmino adalah menjaringkan gol. Tetapi sekali lagi dia menggunakan nalurinya untuk terus lariannya (garis putih) disebalik turun kebawah untuk menerima bola (garis hitam) yang mana kebanyakkan penyerang lakukan.

    Screen-Shot-2016-11-24-at-20.29.05-768x312

    Bolehkah saya bandingkan dengan jaringan Suarez menentang Sporting seperti gambar diatas?

    Dia lakukan larian dan berjaya melepasi perangkap offside sepertimana Firmino lakukan.

    Screen-Shot-2016-11-24-at-20.27.46-1-768x430

    Gambar diatas pula diambil ketika Suarez menentang Sevilla. Apa yang Suarez lakukan adalah mengekori semula last man Sevilla (garis putih) dan bola dirampas oleh Messi yang melakukan counter attack. Sekali lagi, Suarez melakukan larian dan bola diterima daripada Messi dan gol.

    Bukankah itu dilakukan oleh Firmino untuk Liverpool?

    FIRMINO > SUAREZ

    Pendapat saya, Firmino adalah terbaik tetapi Suarez adalah yang terbaik dalam kelasnya.

    Tetapi cuba fikirkan kenapa kita bandingkan mereka kerasa Suarez beraksi di posisi no9 dan dianggap terbaik manakala Firmino beraksi di false 9 di Liverpool? Dua posisi yang berlainan tetapi memiliki naluri yang sama dengan sering melakukan gerakan yang sama jika dibandingkan.

    BOLA TINGGI…

    Firmino bukanlah penyerang yang memiliki ketinggian tetapi mengikut fakta, boleh dikatakan bagus dengan memenangi 1.6 arieal duel per 90 minutes – menjaringkan gol melalui tandukan ketika lawan Swansea dan Burton.

    Contoh lain pula adalah bantuan gol ketika lawan Watford dengan gol dijaringkan oleh Emre Can. Pada ketika itu, Karius membuat hantaran jauh dan Firmino memenangi perebutan bola tinggi dan pass kepada Lallana. Kemudian Lallana cross kepada Emre can untuk tandukan gol. Walaupun Liverpool tanpa “big man“, ianya membuktikan cara Firmino membantu rakan sepasukan menjaringkan gol.

    FALSE…

    Ramai yang mengatakan pemain yang bemain sebagai False 9 adalah bukan penyerang tradisional bernilai £60 mill kerana mereka meragui kebolehan melakukan tugas yang sama.

    Liverpool sebenarnya bemain dengan sistem seorang penyerang. Faktanya, ramai diantara kita meragui adalah Firmino seorang penyerang yang beraksi diposisi No 9?

    Apabila Steven Gerrad diubah posisi daripada attacking midfielder kepada bemain lebih ke bawah, adakah orang memanggilnya “false midfielder“?

    Adakah James Milner bemain sebagai “false left back“?

    Kenapa kita boleh menerima Gerrerd beraksi sebagai “false midfielder” sedangkan di posisi lagi orang tidak boleh menerimanya?

    KESIMPULAN…

    Liverpool beruntung kerana memiliki 2 orang penyerang berkelas dunia pada pendapat saya iaitu Firmino dan Sturridge.

    Mereka adalah unik kerana beraksi dengan cara yang berlainan mengikut kesesuaian taktikal Jurgen Klopp.

    Kenapa anda masih meragui?

    #duone_starz

    [Menulis dengan kaca mata peminat bola sepak]