KENAPA RALF RANGNICK TETAP MAHUKAN NABY KEITA?

    KENAPA RALF RANGNICK TETAP MAHUKAN NABY KEITA?

    2422
    0
    SHARE

    4221396001_5495958170001_5495948700001-vs
    Sebelum jendela perpindahan pemain musim panas, saya akui tidak mengenali pengarah sukan RB Leipzig iaitu Ralf Rangnick tetapi sekarang setiap kali peminat menyebut nama Keita, pastinya nama ini akan muncul.

    Pengarah sukan yang berumur 59 tahun ini adalah jurucakap buat pasukan RB Leipzig dalam usaha mematikan hasrat Liverpool mendapatkan Keita dan juga memperkuatkan pengaruh pasukannya diperingkat eropah.

    Dia tetap bertegas dengan mengatakan pemain berusia 22 tahun ini tidak akan dijual…

    Walaupun ada laporan mengatakan pihak pekerja senior disana tidak berpuas hati dengan tindakan beliau menyekat pemain box-to-box itu.

    hqdefault
    PEMAIN TERBAIK > DUIT…

    Ianya amat bercanggah dengan pihak pekerja senior kerana dia mahu mengekalkan pemain terbaik untuk musim hadapan. Sebaliknya, pihak membantah pula berpaksi keuntungan perniagaan yang mana ketika ini harga Keita amat tinggi.

    ARENA 11 > RANGNICK

    Salah satu laporan yang memgejutkan adalah Rangnick bukannya tidak boleh menjual Keita tetapi tidak sukakan Arena 11.

    Arena 11 adalah ejen kepada Keita adan juga kepada Sadio Mane.

    Sejarah hitam Rangnick dengan Arena 11 bermula apabila Sadio Mane meminta dijual daripada Red Bull Salzburg pada tahun 2014.

    Pada ketika itu, Sadio Mane diminati oleh Dortmund dan Barcelona walaupun Rangnick berkerasan tidak mahu menjual pemain sayapnya itu.

    Walaupun begitu, Sadio Mane menolak untuk beraksi di Red Bull Salzburg dan terpaksa dijual pada saat akhir jendela pintu perpindahan dengan harga £10 mill ke Southampton.

    Ralf-Rangnick

    MARUAH DIRI…

    Berdasarkan laporan diatas, ianya disifatkan lebih personal kali ini dengan Rangnick tetap dengan kata-katanya…

    “No means offer more money”

    Kepada…

    “I will do everything in my power to keep Keita in Germany”

    Ianya jelas bahawa Rangnick tidak mahu diperdayakan oleh Arena 11 lagi dengan meminta diberi kepercayaan oleh bos Red Bull iaitu Dietrich Mateschitz menyokongnya dan juga beritahu kepada umum syarat asas untuk mendapatkan Keita agak mahal – mustahil!

    Disamping itu juga, bos Red Bull pula mengatakan bahawa:

    “Lately we got a €75 mill offer for Naby Keita. No way! He has a contract and he will accomplish it”

    “To sell him would not only be proof of distrust to our fans but also sign for ours players like Timo Werner, who is in demand too”

    82497926-jpg
    LIVERPOOL PERLUKAN ARENA 11..

    Sekali lagi Liverpool perlukan pertolongan daripada Arena 11 kerana  setakat ini, hanya Liverpool masih mahukan Keita dan melemahkan semangat Rangnick.

    Kemarahan Rangnick akhirnya membuak-buak selepas mengeluarkan kenyataan:

    “Ianya seperti ada seseorang mengajar dan menunjukkan jalan yang betul”

    “Pemain itu tidak mendatangkan masalah kepada kami. Ianya adalah persekitaran. Seluruh kampung di Guinea ataupun seseorang menasihatnya kenapa harus berpindah. Saya tidak boleh salahkan mereka

    “Saya mahukan mereka berdua beraksi bersama kami musim hadapan. Kedua-suanya adalah special dan memberikan kesan pada pasukan”

     

    kieta lfc
    ARENA 11 & KEITA…

    Walaupun begitu, Arena 11 dan Keita tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membidas Rangnick.

    Dengan segala kekalutan ini, ianya terlampau peribadi buat Rangnick.

    Tetapi sampai bila?

    Sampai bila mereka sanggup bertahan? Adakah mereka sanggup merosakkan jenama Red Bull atau menjual Keita.

    Masa akan tentukan…

    Nota: Easy come, Easy go

    #duone_starz #kplm