KEPERCAYAAN KARUT YANG PENYOKONG SERING LAKUKAN DI MALAYSIA

    KEPERCAYAAN KARUT YANG PENYOKONG SERING LAKUKAN DI MALAYSIA

    424
    1
    SHARE

    Sering kali kita melihat gelagat dan perangai peminat bola sepak dinegara kita ini. Macam-macam perangai dan yang aneh-aneh kadang-kadang.

    Kami ada perhatikan beberapa kepercayaan pelik sepanjang kami mengendalikan page KPLM ini.

    Segmen dan posting khas kali ini. Kami ingin merungkai dan menyatakan beberapa:

     “Kepercayaan Karut Penyokong Bola Sepak kita Sering lakukan”

    Ayuh!

     

    1)Mempercayai jika seseorang pemain itu beraksi. Maka pasukan tersebut akan tewas.

    Kita ambil contoh yang terbaru dan dikalangan penyokong Liverpool di KPLM ini. Ramai beranggapan bahawa. Jika Henderson atau Lovren bermain. Maka Liverpool akan kalah. Ini adalah kepercayaan sesetengah penyokong sahaja. Ada je masa Henderson atau Lovren main. Liverpool kecapi kemenangan. Kan?

     

    2)Menonton bola di Mamak dengan memakai jersey pasukan kegemaran membawa malang?

    Ini merupakan antara kepercayaan yang agak popular. Ramai beranggapan bahawa jika mereka memakai jersey pasukan kegemaran mereka ketika menonton perlawanan dikawasan ramai penonton pasukan mereka akan kalah. Sebenarnya tak pun. Cuma kalau kalah tu malu sikit la orang duduk ejek kan? Hhahaa

     

    3)Faktor Jersey pasukan ketika bermain.

    Ini kami telah dengar sejak dulu lagi. Alasan sebegini ” aduhh.. Apsal tak pakai baju merah weyh. Kalah biasanya kalau pakai jersey Hitam ni”. Biasa dengar kan alasan dan kepercayaan sebegini? “Bro. Dah main away takkan nak pakai baju home kot”.

    Tapi dengar cerita kalau Liverpool pakai jersey oren. Menang besar(musim ni) betul ke? Hahahaha.

     

    4)” Asal aku tengok je kalah”

    Haaa. Ini jugak antara alasan yang selalu dibuat dahulu. Tapi memandangkan rugi lak kalai tak tengok live. So. Pedulikkan la kepercayaaan ini. Hahaha. Walaupun astro jenis banyak kali ulang siaran. Tapi tak sama dengan tengok live.

     

    5)Buat Prediction/contest teka skor di Socmed.

    Sering kali kita melihat. Dan terlintas di timeline Socmed kita peraduan teka skor. Betul tak? Tapi. Setiap kali join. Atau buat prediction je. Pasukan yang kita sokong. Akan kalah? Begitulah tanggapan segelintir penyokong bola sepak yang kami temui. Lepastu bila dah habis game. Menyesal tak join teka skor. Hahaha.

    6)Main permainan video.

    Ada segelintir peminat bola sepak dengan hobi bermain permainan video. Terutamanya Fifa atau PES. Akan mengambil peluang “meramal” dahulu sebelum bermulanya sesebuah perlawanan. Kebiasaannya. Akan menggunakan pasukan yang sama seperti perlawanan sebenar. Dan jika menang. Maka pasukan yang diminati akan menang pada perlawanan sebenar.

     

    7)Percaya Karma.

    Tak kesemua perlawanan diadakan serentak. Ada segelintir yang percaya. Kita ambil contoh penyokong pasukan Liverpool. Jika pasukan Seperti Man Utd,Arsenal atau Chelsea bermain dahulu. Dan tewas. Tidak digalakkam untuk membahan(Troll) team tersebut. Kerana dikhuatiri pasukan sendiri akan mendapat nasib yang sama.

     

    8)Makanan dan minuman kegemaran.

    Ini sangat subjektif. Ada sesetengah penonton. Wajib ada makanan dan minuman kegemaran mereka ketika perlawanan berlangsung. Kalau tidak mula lah kedengaran. “Aduhhh. Patutlah kalah. Aku tak minum nescafe tadi”. Contohnya.

     

    Ini merupakan antara kepercayaan karut. Dan tidak selalunya tepat. Sebenarnya hanya sebagai alasan jika dibahan ketika pasukan kegemaran kita kalah je. Kan? Hahaha.

    Ada tak perkara yang anda selalu buat dalam senarai ini? Nak tambah pun boleh.

     

    Nota:Hanya bahan bacaan semata-mata tiafa kena mengena dalam unsur Khurafat. Baca boleh. Percaya? Jangan!

     

    “You’ll Never Walk Alone”

    “Walk on! Walk On! Walk on!”

    • KPLM Official

      Hahaaha tak minum nescafe tu win 😂 #GReds