KOMPLIKASI LALLANA SETAKAT INI

    KOMPLIKASI LALLANA SETAKAT INI

    959
    0
    SHARE

    Saya masih berbelah bahagi menilai Adam Lallana kerana beliau sangat tidak konsisten. Tapi beliau bila on form sangat berkesan di final third terutama dari segi kordinasi formasi. Playmaker ini masih belum lagi menujukkan kreativiti secara optimum dan kebanyakan game beliau lebih kepada individual fancy play.

    Masalah yang kerap berlaku adalah, jet lag atau lengah dalam membuat keputusan. Lallana kekadang menjadi too fancy bila on ball. Bila off ball dia mampu menjana build up dan positioning yang terbaik dalam padang.

    Adam Lallana
    Adam Lallana

    Ada kemampuan close control yang tinggi tetapi masih tak cukup decisive dan precisive di depan gol. Jika berterusan gagal memberikan contribution yang lebih signifikan, kita terpaksa menerima bahawa beliau memang tak cukup bagus. Tetapi buat masa ini saya masih menerima untuk memberikan masa kepada beliau.

    Daripada 8 kemunculan dalam liga musim ini, Lallana cuma melakukan 2 assist. Melakukan hampir 5 possession loss per game adalah rate yang menyatakan beliau memang kerap hilang bola terutama ketika cuba hold bola.

    Lallana beratio sederhana kerana beliau sendiri. Jika beliau lebih urgent dan lebih direct, saya merasakan beliau akan menjadi lebih baik. Sangat berharap akan ada perubahan besar dalam game beliau selepas ini.