KRISIS KECEDERAAN BERPUSAT

    KRISIS KECEDERAAN BERPUSAT

    998
    0
    SHARE

    Striker, itulah posisi yang paling teruk dilanda kecederaan. Ia memang cabaran cukup besar untuk Liverpool. Kehilangan Danny Ings dan aksi sekejap ada sekejap tak ada Daniel Sturridge juga memeningkan kita semua. Benteke pula masih ada saki baki kecederaan yang tak pulih sepenuhnya.

    Benteke Coutinho
    Benteke Coutinho

    Idea untuk meletakkan Firmino di false 9 nampak kurang menjadi kerana kita ada pure no.10 yang berada di inside forward area Phillip Coutinho. Setback terbesar Liverpool adalah Danny Ings. Kecederaan Ings amat mengganggu pasukan ini.

    Danny Ings
    Danny Ings

    Kini timbul banyak spekulasi Liverpool mahu mendapatkan attacker seperti Alexandre Pato. Ia memang masih tak disahkan oleh pihak pengurusan. Origi masih gagal membuang aksi gudup di depan gol walaupun memiliki positioning yang baik.

    Pada era Steven Gerrard, Liverpool memiliki goalscoring midfielder yang membantu mengatasi krisis seperti ini. Gerrard, Xabi Alonso, Riera, Kuyt ( banyak beraksi di sayap kanan) dan Maxi Rodriguez. Kini goalscorer dari department sokongan serangan sangat terhad. Lallana kurang tajam manakala Firmino masih tercari cari rentak. Liverpool cuma ada Coutinho untuk tugasan ini tetapi ‘volt’ yang dimiliki Coutinho masih kecil untuk menampung isu krisis ini.

    article-0-08C0E0FD000005DC-490_468x349

    tshirt-liverpool

    Jadi, saya berpendapat Klopp akan menolak Ibe lebih aktif ke final third untuk menjadi extra goalscorer. Dengan sistem target man Liverpool masih tak membuahkan hasil yang meyakinkan. Cara kita menjaringkan gol juga harus diperbaiki. Dulu kita ada kemampuan melakukan gol melalui direct free kick, corner dan juga set piece dengan nama nama seperti Arne Riise dan Fabio Aurellio misalnya. Musim ini, nak skor free kick punyalah payah.

    seha

    Benteke adalah harapan terbesar Liverpool musim ini untuk menjadi penjaring utama pasukan. Dengan sistem Klopp yang ada, pemain masih kurang sengat bila on ball. Dalam keadaan tanpa bola pemain kelihatan lebih baik.