LIVERPOOL VERSI BARU!

    LIVERPOOL VERSI BARU!

    3267
    0
    SHARE

    Daripada Downing kepada Salah.

    Daripada Poulsen kepada Keita.

    Daripada Carroll kepada Benteke malah kepada Sadio Mane.

    KLOPP LIVERPOOL

    Diatas adalah contoh bagaimana jenis dan tahap pemain yang dibeli oleh Liverpool jika saya bandingkan antara zaman Jurgen Klopp, Hodgson dan Dalglish iaitu zaman FSG bermula.

    JIKA DULU…

    Selepas beberapa musim perpindahan yang mengecewakan bagi saya dengan pelaburan besar tetapi kesannya terlampau kecil dari segi kualiti dan peningkatan dalam pasukan secara amnya.

    Ianya akhirnya membawa perubahan dengan polisi perpindahan pemain.

    Ini kerana pada zaman Hodgson dan Dalglish, Transfer Committee disalahgunakan – membeli pemain dengan harga mahal dan tidak sesuai dengan taktikal.

    CHAMPIONS LEAGUE…

    Lantas dengan kegagalan Champions League, pemain berstatus star angkat kaki daripada Liverpool. Lantas, ianya meningkatkan tekanan buat Jurgen Klopp mencari pemain yang betul untuk membantu peningkatan yang paling pantas.

    Jika dulu, saya perhatikan Liverpool mengawal polisi perpindahan dengam mahukan pemain berasal England, membeli pemain murah dan juga membeli kuantiti berbanding kualiti.

    christian-poulsen-with-roy-hodgson-pic-john-powell-300-433149584

     

    BANDINGKAN…

    ENGLISHMAN?

    Downing, Carroll, Adam dan Herderson, Lallana

    MURAH DAN MURAH LAGI?

    Assaidi, Borini, Aspas, Alberto, Coutinho dan Sturridge

    KUANTITI > KUALITI

    Can, Lambert, Markovic, Balotelli, Lovren, Origi

    Jangan cepat tersentap!

    benteke sturridge

    Nama-nama diatas adalah contoh dan ada diantaranya berkembang menjadi pemain yang baik dan ada juga yang gagal. Anda pasti bernasib baik jika membeli kualiti pemain dengan harga yang murah…

    Tapi ianya tak selalu berlaku!

    salah mane

    REVOLUSI LIVERPOOL…

    Saya tidak nafikan Liverpool sedang mengalami revolusi yang saya fikirkan amat bagus.

    Ini kerana walaupun Brendan Rodgers berjaya mendapat tempat no 2 Premeir League, pada ketika itu, kita masih gagal untuk dapat Alexis Sanchez sebagai target utama musim itu.

    Akhirnya, Balotelli tiba di Liverpool sedangkan Rodgers mengatakan target utamanya adalah Alexis Sanchez.

    Musim berikutnya, pihak pengurusan mahu mengembirakan Rodgers dengan mendapatkan Benteke dengan harga £32.5mill sebagai target utamanya. Pada ketika itu jugalah, TC membeli Firmino tanpa direstui oleh Rodgers dan disalahgunakan.

    the-klopp-effect_3364576

    ZAMAN JURGEN KLOPP…

    Apabila Jurgen Klopp tiba di Liverpool, saya pada mulanya fikir bahawa Liverpool masih sama dengan gagal mendapatkan Alex Teixeira daripada Shaktar tetapi gagal pada saat-saat akhir perpindahan.

    Pada musim 2016, Liverpool dapatkan Sadio Mane dan terus menjadi pemain terbaik tahunan Liverpool – sebahagiannya disumbangkan melalui kelajuan, kepelbagaian corak serangan dan gol!

    Namun, Sadio Mane tetap bukan target utama Jurgen Klopp sedangkan Mario Gotze adalah pilihannya.

    kc

    APA BEZANYA ZAMAN JURGEN KLOPP?

    Walaupun gagal tetapi itu bukan pengakhirannya. Apa yang membezakan adalah strategi pemilihan pemain.

    Walaupun gagal mendapatkan pemain utama, Liverpool perlu ada pemain alternatif yang berkemungkinan kurang hebat dan murah tapi tetap memberikan perubahan kepada Liverpool – berdasarkan taktikal dan masa depan kelab.

    KLOPP MERASAKAN…

    Berdasarkan info terkini, kita sedia maklum bahawa pihak pengurusan mempercayai sepenuhnya keputusan Jurgen Klopp.

    Ini terbukti dalam kes Julian Brandt.Namun begitu, Julian Brandt mahu kekal di Bayern Leverkusen. Oleh hal demikian, kelab pantas menukar perancangan untuk mendapat pilihan pemain sayap yang lain iaitu Mohamed Salah walaupun ianya melihat £10 mill lebih tinggi daripada harga perpindahan yang dijangkakan untuk Julian Brandt.

    salah lean

    Liverpool cuba untuk dapatkan Naby Keita pada musim ini. Namun, pada kebiasaanya, target pilihan Liverpool selalunya disambar pesaing terutamanya top 4 kecuali Spurs kerana kekuatan kewangan mereka.

    Bagaimanapun, buat pertama kalinya, saya melihat Liverpool memiliki kemahuan berbelanja besar, satu perubahan yang jelas dan tahap kepercayaan atas Jurgen Klopp sememangnya tinggi daripada Mr Hendry.

    IMG_20170723_150841

    KISAH 2013…

    Seperti sebelum ini, pada January 2013, Liverpool berjaya mendapatkan Sturridge dan Coutinho dengan harga sangat murah berbanding kualitinya. Satu pembelajaran penting yang boleh diambil adalah “masa”. Membeli pemain pada masanya memberikan keuntungan kepada Liverpool fan inilah saya akui Jurgen Klopp amalkan sekarang

    GLOBAL…

    Jurgen Klopp karisma adalah faktor yang banyak memberikan kesan kepada persembahan malah juga pada musim perpindahan pemain.

    Dengan karisma itulah, saya boleh berbangga dengan kelab dapatkan Mohamed Salah sebagai bukti kelab sanggup melaburkan sesuatu untuk menyokong peminat.

    Saya fikir Solanke dan Robertson adalah pengambilan selamat tetapi boleh memberikan impak besar.

    Malah, ketika artikel ini ditulis, saya masih menantikan Naby Keita dan van Dijk tiba di Liverpool.

    Akhirnya kata, Jurgen Klopp jarang bebelanja besar tetapi apa sebenarnya yang dia nampak dengan Keita dan van Dijk?

    #duone_starz #kplm