PEMINAT LIVERPOOL LALUI 5 TAHAP KEMARAHAN | DIMANAKAH TAHAP ANDA?

    PEMINAT LIVERPOOL LALUI 5 TAHAP KEMARAHAN | DIMANAKAH TAHAP ANDA?

    519
    0
    SHARE

     

    Tiada kemenangan dalam 4 perlawanan yang lepas, peminat Liverpool seluruh dunia akan mengalami 5 tahap kemarahan.

    Jika anda peminat sejati Liverpool, ianya detik sukar buat anda sekarang. Liverpool gagal untuk menang 2 perlawanan di Anfield dan 2 perlawanan ditempat lawan berakhir dengan kekalahan yang memalukan terutamanya Mancester City.

    Dalam tempoh ini juga, Liverpool menerima dengan hati terbuka dengan kecederaan jangka masa panjang Clyne dan Lallana.

    Mr Ox setakat ini menunjukkan satu pengambilan gagal di peringkat awal ini. Sementara Joel Matip dan JH14 antara yang tidak konsisten dalam pasukan Liverpool.

    Sadio Mane pula menerima kad merah pertamanya bersama Liverpool dan tidak akan beraksi. Manakala Emre Can masih tidak melanjutkan kontraknya bersama Liverpool.

    Dalam pada itu, terdapat sedikit khabar berita gembira iaitu Naby Keita akan sertai Liverpool. (Oh ya…tahun hadapan). Coutinho sudahpun kembali dalam pasukan.

    Mohamed Salah ibarat pembedil yang sempurna setiap perlawanan. Moreno sudahpun diangkat sebagai pemain pertahanan terbaik Liverpool setakat ini. Robertson pula mempamerkan cross yang bermutu sekurang-kurangnya untuk Liverpool.

    5 TAHAP KEMARAHAN….

    Sementara Liverpool tengah meningkat dibawah Jurgen Klopp, peminat Liverpool akan melalui 5 tahap kemarahan….

    BAGAIMANA PEMINAT LIVERPOOL MENERIMANYA…

    1) 5 TAHAP KEMARAHAN PEMINAT LIVERPOOL: MENAFIKAN!

    Sebagai peminat Liverpool, kita perlu sentiasa positive dalam apa jua keadaan.

    Walaupun kalah…

    Katakan Sadio Mane adalah world class player! Firmino adalah hero sebenar Liverpool! Salah adalah pengambilan yang paling bagus.

    Pemain muda yang bagus. Naby Keita jaringkan gol yang cantik untu Leipzig. Robertson dengan cross yang cantik.

    Woodburn bakal lagenda Wales.

    Sebagai contoh, mereka memuat naik status seperti dibawah:

    Walaupun kalah, saya amat gembira dengan cara permainan Liverpool.

    Wahai peminat Liverpool, kekal positive! Memenangi Piala Liga tidak akan mengembalikan Liverpool. Cheers!

    Berdasarkan 2 contoh diatas, kita boleh lihat tahap kemarahan. Menafikan perkara itu terjadi – masih awal dan pertahanan kita tidak masalah. Malah, kita boleh menang kesemuanya.

    Mereka menafikan tetapi saya ada soalan untuk yang berada dalam kumpulan ini:

    1) Adakah kita boleh mengalah semua pasukan selepas menewaskan Arsenal 4-0?

    Proses “menafikan” ini saya lihat memuncak selepas Liverpool tewas dengan Mancester City 5-0. Mereka langsung tidak menyentuh kekalahan Liverpool, tetapi mereka hanya berbicara tentang kad merah Sadio Mane.

    Menafikan dengan cara mengatakan benda positive tetapi selepas ini, anda pasti akan dikecewakan kerana anda tidak memiliki perkara positif untuk dibicarakan.

    2) 5 TAHAP KEMARAHAN PEMINAT LIVERPOOL: MARAH

    Apabila anda menilai jendela pintu perpindahan, kita sebenarnya langsung tidak membuat bidaan untuk pertahanan tengah?

    Liverpool membuat membeli £35 mill untuk dapat Mr Ox? Kenapa?

    Jurgen Klopp mengeluarkan Coutinho di separuh masa kedua vs Leicester dan Liverpool kalah! Apa masalah Jurgen Klopp?

    Sebagai contoh, mereka update status seperti:

    1) Anda tidak tahu apa yang anda buat Jurgen Klopp #kloppout

    2) Saya sakit hati dengan pengurus yang dinyatakan world class tetapi membina pasukan dengan semangat! Dia sememangnya overrated. #kloppout

    Sememangnya ada sesetengah peminat Liverpool mahu Jurgen Klopp meletak jawatan. Saya tidak pasti siapa yang akan ganti Jurgen Klopp. Mungkin Sam Allardyce kembali ke Liverpool dan memberikan harapan kepada golongan ini 😂

    Semasa itu, JH14 sememangnya tidak beraksi dengan baik sejak beberapa perlawanan ini dan dia menjadi sasaran kemarahan peminat. Dia dikatakan tidak sesuai menjadi kapten atau anda semua masih terbayang-bayangkan Steven Gerrard? Hentikan la… Steven Gerrard takkan kembali.

    Marah adalah bukan cara anda hidup. Ya, anda boleh marah untuk satu malam tetapi ianya takkan kekal.

    3) 5 TAHAP KEMARAHAN LIVERPOOL: BERHARAP!

    Selepas mengalami proses “menafikan” dan “marah”, peminat Liverpool akan mengalami proses yang dinamakan “berharap” – satu proses yang tidak ada dalam keadaan realiti ada hanya Tuhan yang mampu mengubahnya.

    Sebagai contoh, mereka update status seperti dibawah:

    1) Mr Ox bukan kesilapan. Liverpool memerlukan untuk main dengan cara Tuhan Bola mahukan.

    2) Saya berdoa kepada Tuhan Bola, Apabila saya bangun besok, Thomas Lemar akan menjadi pemain Liverpool.

    Tetapi Tuhan Bola takkan bantu anda. Dia takkan bantu anda selagi anda tidak berusaha.

    Ini diibaratkan adalah sumpahan tetapi ramai yang melaluinya.

    😀

    4) 5 TAHAP KEMARAHAN PEMINAT LIVERPOOL: TERTEKAN

    Semoga ianya berakhir hari ini atau musim ini akan berakhir. Ini kerana harapan yang diberikan terlalu tinggi selepas beberapa siri keputusan yang mengecewakan.

    Dalam situasi yang “tertekan” ini, berita kurang bagus/buruk adalah tekanan yang amat besar untuk ditanggung.

    Sebagai contoh, mereka update:

    1) Hi semua….itu adalah Liverpool. Saya tidak sanggup menyokongnya lagi sehinggalah mereka beli CB baru. Unfollowing all football pages.

    2) Saya berputus asa menonton Liverpool game #ynwa

    Penyokong seperti ini akan switch off tv selepas Liverpool ketinggalan 2-0 di separuh masa pertama.

    Walaupun pada tahap ini, mereka mengeluarkan perkataan “tertekan”, mereka akan kembali.

    5) 5 TAHAP KEMARAHAN PEMINAT LIVERPOOL: PENERIMAAN

    Sudah melalui tahap “marah” dan “tertekan”, penyokong Liverpool akan melalui tahap terakhir iaitu “penerimaan”.

    “Kita akan akhiri tempat no 6 Premeir League”

    “Kita sudah lalui Piala FA dengan bagus”

    “Kita ke Stamford Bridge dan menang, kita lawan West Brom dan kalah”

    “Klopp adalah pengurus yang bagus dan Liverpool semakin lama semakin meningkat”

    Sebenarnya kita sudah tahap ini beberapa kali. Mungkin musim lepas kita telah laluinya. Tahap “penerimaan” ini ibaratkan anda sudah redha dengan keupayaan yang ada. Anda marah tapi itulah anda…

    KESIMPULAN

    Ada hari yang bagus buat peminat Liverpool dan ada hari anda diuji dengan kekalahan.

    Terima kasih kerana menyokong Liverpool.

    YNWA

    #duone_starz #kplm