PERANAN ALBERTO MORENO

    PERANAN ALBERTO MORENO

    820
    0
    SHARE

    Banyak persoalan mengenai Alberto Moreno termasuk sebelum musim bermula beliau mula dikaitkan dengan kelab lain. Namun Rodgers menegaskan Moreno bukan untuk dijual. Moreno adalah pemain yang ditandatangani daripada Sevilla dengan nilai 16 juta dan ia agak tinggi pada ketika itu. Namun peminat dapat melihat aksi beliau bersama Sevilla menwaskan Real Madrid di Uefa Super Cup dan peminat mulai merasakan beliau adalah bek kiri yang berkelas tinggi.

    moreno

    Masuk sahaja ke dalam kem Liverpool Alberto Moreno diberikan tempat yang agak selesa setelah Jose Enrique tidak fit. Aksi memukau beliau ketikan menjaringkan gol ke atas Spurs adalah testimoni penting kepada kualiti beliau dalam aspek tambahan iaitu serangan.

    Moreno-Spurs-goal

    Namun beliau kerap melakukan error yang membawa kepada bolos. Pada awal musim ni kecemerlangan Joe Gomez menyaksikan Moreno adalah pilihan kedua. Tetapi aksi di Emirates menujukkan bahawa Moreno adalah wing attacker yang boleh harap.

    MASIH PILIHAN UTAMA ?

    Saya tak rasa Joe Gomez sudah boleh diiktiraf sebagai pilihan utama berbanding dengan Clyne di sisi yang satu lagi. Posisi bek kiri kini adalah persaingan antara 3 pemain jika Enrique kembali fit iaitu , Moreno, Enrique dan Gomez.

    Rodgers menggunakan Gomez mungkin kerana pemain tersebut sangat on form dalam 3 perlawanan awal. Cuma secara tuntasnya, posisi ini masih terbuka. Tekanan persaingan yang diberikan Gomez adalah cukup positif dan ini akan mewujudkan desakan untuk kualiti merebut tempat utama.

    Moreno ada backup yang bagus dalam pasukan ini kerana kemampuan bermain wing. Dengan sistem target man yang ada sekarang, siapa tahu Moreno akan menjadi pemain penting dalam sistem wing supply oleh Liverpool.

    Jadi kesimpulan saya adalah , Moreno buat masa ini masih lagi pemain utama dalam role left back, cuma buat masa ini aksi Gomez membuatkan pemain tersebut diberikan perlawanan kerana merit. Walaubagaimanapun persaingan terlalu terbuka untuk bek kiri.

    YNWA