PHILIPPE COUTINHO | LIVERPOOL MENANG & COUTINHO PENUHI POTENSINYA

    PHILIPPE COUTINHO | LIVERPOOL MENANG & COUTINHO PENUHI POTENSINYA

    717
    0
    SHARE

    Pedulikan betapa bagusnya Coutinho awal musim ini dan betapa professionalnya dia cuba menahan hatinya setiap kali bertemu peminat Liverpool, jauh disudut hatinya, dia tetap ke Barcelona sama ada sekarang ataupun musim panas nanti.

    Ianya adalah pusingan kehidupan Liverpool dalam 10 tahun lepas.

    Cipta superstar > Jual superstar > Sukar mencari pengganti > Ulang sekali lagi 😂

    FRUST…

    Sukar buat saya menipu diri sendiri untuk sembunyikan perasaan kecewa. Namun, jauh daripada sudut hati saya mengatakan ini adalah keputusan terbaik untuk Liverpool dan Coutinho berdasarkan keseluruhan persembahan sepasukan.

    Memang saya akui semua pasukan jika kehilangan pemain seperti Coutinho, pastinya terkesan diawalnya kerana kualiti yang ada pada dirinya.

    Selama mana Liverpool terkesan? Ianya bergantung kepada sejauh mana Jurgen Klopp mencari pemain yang sesuai menggantikannya. Mungkin tiada lagi Coutinho version 2 tetapi sekurang-kurangnya setaraf dengan kualiti Coutinho.

    SEJARAH MENGAJAR…

    Jangan marah jika saya mengatakan Liverpool masih belum menjumpai Reina, Xabi Alonso, Steven Gerrard, Luis Suarez, Maschereno yang membawa maksud kualiti, kepentingan dan tahap untuk beraksi buat Liverpool.

    Satu perkara yang saya suka adalah Jurgen Klopp memiliki kuasa untuk memancing pemain yang dimahukan olehnya sama ada menggunakan faktor wang atau pengaruhnya.

    Dalam masa 2 tahun dibawah Jurgen Klopp, kita boleh lihat kesan daripada proses “overhaul” pasukan Liverpool.

    Saya tidak nafikan betapa bahagiakan saya melihat gaya permainan Liverpool. Ini juga salah satu faktor pemain mahu sertai Liverpool dan ini adalah lorong yang betul menuju kejayaan.

    Sebagai bukti kejayaan Liverpool adalah pengambilan Naby Keita, salah satu bintang masa depan sempurna buat Liverpool. Dia juga mahu sertai Liverpool sedangkan pasukan berlumba-lumba mahukan dia.

    Ox menyertai Liverpool dengan menolak Chelsea walaupun tawaran gaji besar sebagai bukti kesungguhan dia untuk menjadi sebahagian daripada projek Jurgen Klopp.

    Tidak lupa juga bagaimana van Dijk menolak lamaran Mancester City walaupun kelab itu bakal menjadi juara tahun ini dan gaji lebih besar. Akhirnya sertai Jurgen Klopp untuk mengisi kekosongan “Hummel Liverpool”.

    Mereka semua percaya bahawa Liverpool akan berjaya dan mereka berpeluang untuk meningkat naik dibawah Jurgen Klopp.

    BAGI £130 MILL DAN BELANJA…

    Kita tahu bagaiman Coutinho adalah nadi kepada midfield – kreatif, beraksi sebagai penyambung antara midfield dan serangan dan sering melalaui akso dramatik untuk mengubah perlawanan.

    Saya tidak fikir dia satu kebetulan bahawa pengambilan Keita adalah pengganti kepada Coutinho. Keita bukanlah pengganti Coutinho.

    Saya suka dengan aksi Keita kerana dia pasti bawa Liverpool ke tahap seterusnya – gaya permainan yang baru dan ubah keseluruhannya. Pasti apabila tibanya Keita di Liverpool, kita akan lupakan gaya permainan Liverpool bersama Coutinho.

    APA YANG SAYA GAMBARKAN BARISAN MIDFIELDER BARU LIVERPOOL?

    Tanpa Coutinho, Liverpool akan ada Keita, Thomas Lemar dan JH14 atau Emre Can (Jika masih ada) ataupun Leon Goretzka.

    Apa yang saya ingin katanya adalah Jurgen Klopp mahu ubah kesemua pemain midfielder kepada lebih berkualiti apabila beraksi secara berkumpulan. Tidak seperti sekarang dengan hanya bergantung kepada sesetengah pemain sahaja.

    FAKTOR KLOPP…

    Sekali lagi saya katakan ini semua faktor Jurgen Klopp. Dia sebenarnya mahu melihat KEGAGALAN mengekalkan Coutinho ini daripada negatif kepada positif.

    Realitinya, pada musim ini, secara fakta Liverpool beraksi lebih baik tanpa Coutinho di awal musim. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Liverpool tidak lagi bergantung kepada seorang pemain tetapi adalah sekumpulan pemain untuk beraksi bersama-sama.

    Tiada lagi hero seperti Steven Gerrard dan Luis Suarez tetapi Liverpool memiliki satu kumpulan yang dipanggil “Fab4”.

    Tetapi jika saya menilai secara keseluruhannya, Jurgen Klopp harus korbankan Coutinho untuk memberikan DINAMIK kepada keseluruhan pasukan daripada aspek serangan dan bertahan.

    Ambillah pemain seperti Lemar, Pulisic, Mahrez, Draxler, Goretzka, Fabinho, Insigne, Diawara, Pjanic, Seri, Fekir.

    Pemain jenis ini Liverpool amat perlukan untuk beri kestabilan antara serangan dan pertahanan.

    KESEFAHAMAN SEPASUKAN LEBIH PENTING DARIPADA INDIVIDU…

    Jauh terdetik hati saya, saya masih berkata-kata membiarkan Coutinho pergi sekarang akan membuatkan Liverpool terkesan.

    Namun, jika biarkan Coutinho kejar impiannya untuk penuhi POTENSI yang ada pada dirinya pada musim panas nanti, ianya lagi bagus buat saya kerana Naby Keita sedia menggantikan dia.

    Untuk melihat Coutinho berjaya, sekurang-kurang untuk beraksi antara pasukan terbaik di dunia, dia juga manusia yang memiliki hak untuk memilih.

    Dan sekarang, Liverpool bakal kehilangan pemain terbaiknya buat beberapa tahun lepas.

    Ya… tapi keadaan kali ini cukup berbeza daripada yang dulu. Saya melihat Liverpool akan melalui kekurangan ini.

    STAY STRONG.

    Semoga berjaya Coutinho!

    #duone_starz #kplm

    Disana adanya Sadio Mane, Salah dan Firmino yang mampu mengubah perlawanan sekelip mata. Coutinho adalah ahli silap mata. Saya tidak nafikan itu