#BRILIV | REVIEW DAN ANALISIS ROTATION GILA JURGEN KLOPP

    #BRILIV | REVIEW DAN ANALISIS ROTATION GILA JURGEN KLOPP

    2023
    0
    SHARE

    Mungkin ramai anggap bahawa Liverpool hanya bernasib baik untuk menang dengan Stoke 3-0. Mereka memanggil Jurgen Klopp kurang pandai dek terus membuat rotation dalam pemilihan pasukan.

    Sesetengah daripada kita terfikir kenapa pemain itu tidak berada di first eleven? Malah £40 mill midfielder, Ox juga dibangku simpanan?

    Solanke pula telah membuktikan dia adalah penyerang yang berbakat tetapi hanya memanaskan bangku simpanan. Sadio Mane adalah pemain terbaik musim lepas namun realitinya, dia cuma memanaskan bangku simpanan.

    Pasti untuk sebegini, peminat tidak senang duduk mahukan mereka diturunkan.

    Betul tak?

    “Malam tadi membuktikan bahawa depth pasukan Liverpool sudah bertambah. Rotation ketika lawan Stoke pada separuh masa pertama musim lepas telah pun berjaya diselesaikan”

    IDEALOGI…

    Idealogi yang ingin saya bawakan adalah Jurgen Klopp terpaksa rehatkan pemain tetapi anda mahukan 3 mata setiap perlawanan.

    Maka, anda perlu berkorban dan letak pasukan yang kuat dengan pasukan lemah dan letak pasukan lemah berhadapan dengan pasukan kuat. Ini kerana, anda perlu 3 mata WAJIB untuk dikutip ketika lawan pasukan lemah. Sebagai contoh:

    Pasukan kuat vs Sevilla – 1 mata (sepatutnya 3 mata)

    Pasukan lemah vs Chelsea – 1 mata (sepatutnya 0 mata)

    Pasukan kuat vs Stoke – 3 mata (sepatutnya 3 mata)

    Pasukan lemah vs BHA – 3 mata (sepatutnya 0 mata)

    Pasukan kuat vs Spartak – WAJIB MENANG!

    MASIH PERLU KUATKAN PERTAHANAN…

    Walaupun keputusan yang cemerlang, pemilihan first eleven yang diturunkan semalam adalah kesan daripada kegagalan pengambilan pemain pada musim panas lepas.

    Joel Matip tercedera dan terlepas 9 perlawanan dan Gomez / Klavan pula sakit menyebabkan hanya Lovren sahaja yang tinggal sebagai natural center back buat Liverpool.

    Ia memaksa Emre Can terpaksa mengisi posisi center back walaupun saya melihat Jurgen Klopp mahu beraksi high defensive line dengan BHA terpaksa berkampung dikawasan sendiri.

    Namun, taktikal sebegini tidak boleh diamalkan ketika lawan Chelsea, Man Utd mahupun Man City.

    Walaupun menang, ianya masih memaparkan kekurangan depth dibarisan pertahanan ketika kita tahu bahawa Liverpool beraksi di Champion League.

    Pada musim lepas, Jurgen Klopp mahukan van Dijk memaparkan dia suka tahu kelemahan ini dan pemain yang dimahukan tetapi kegagalan pengambilan amat mengecewakan.

    Kesannya, kita perlu aktif pada Januari nanti jika mahu kekal relevan di Premier League dan Champions League.

    COUTINHO BAWA LIVERPOOL NEXT LEVEL…

    Walaupun masih berbangga dengan kemenangan keatas Stoke, ramai melupakan Coutinho. Dia beraksi kurang baik ketika menentang Sevilla dan Chelsea tetapi untuk maintain kualiti adalah bukan mudah. Konsisten adalah isu utama buat Coutinho.

    Untuk itu, sama ada benar ataupun tidak, Jurgen Klopp memberi rehat secukupnya kepada Coutinho. Kesannya adalah menakjudkan.

    Cross kepada Firmino adalah perfect!

    Freekick yang menghasilkan gol adalah makna konfiden!

    Dengan sumbangannya secara keseluruhan, adakah dia pemain terbaik perlawanan?

    PERTAHANAN LEMBAP TETAPI SERANGAN POWER…

    Perkara yang sama setiap kali menulis adalah pertahanan yang lemah. Namun, saya fikir perkara yang sama diubah oleh Jurgen Klopp sejak kebelakangan ini dibarisan belakang Liverpool.

    Itu perkara biasa tetapi jika saya berbicara tentang serangan, Liverpool setanding dengan Mancester City. Kita sudah menjaringkan 22 gol dalam 7 perlawanan terkini dengan secara purata adalah 3 gol untuk satu perlawanan.

    Apa yang paling membanggakan buat saya adalah jaringan yang besar berjaya dihasilkan ketika melawan defensive minded pihak lawan.

    Cuma kita selalu membandingkan dengan Mancester City yang sedang melalui tempoh cemerlang mereka. Musim ini mereka mencipta sesuai yang tidak terfikir kerana hanya drop point hanya 2 mata sahaja.

    Perkara seperti kejatuhan Spurs boleh terjadi tetapi kita perlu fokus menjaringan gol sahaja dan selepas itu, kita boleh lihat hasilnya dikemudian hari.

    Kekalahan dengan Spurs tempoh hari adalah sesuatu yang merisaukan tetapi sebenarnya membina pasukan Liverpool.

    Walaupun ramai peminat Liverpool mengatakan musim ini Liverpool AMAT TERUK jika dibandingkan Mancester City, kita hanya tewas dengan Mancester City dan Spurs sahaja musim ini. Kekalahan dengan Leicester City pada Carling Cup sahaja melukakan hati saya sejujurnya.

    PASUKAN LAWAN TIDAK MAHU LAWAN LIVERPOOL…

    Walaupun ramai diantara kita benci dengan rotation pada pasukan, sebenarnya ianya mencerminkan kekuatan dalam pasukan. Walaupun melakukan rotation, masih kelihatan kuat.

    Dengan perlawanan yang padat, ini adalah tempoh kritikal buat Liverpool untuk mengekalkan fresh legs.

    Jika anda pengurus pasukan lawan, mahukan anda lawan dengan pasukan Liverpool?

    Klopp betul-betul belajar daripada pengalaman musim lepas. Walaupun masih terlalu awal buat saya katakan Liverpool berjaya melalui tempoh kritikal ini, sekurang-kurangnya asas kepada kejayaan ini kita boleh nampak.

    Mungkin kita mahu cuma pemain terbaik sahaja diturunkan setiap perlawanan, tetapi Jurgen Klopp tiada pilihan. Semua pengurus berstatus Champions League tiada pilihan merehatkan pemainnya.

    Sekurang-kurangnya kita mampu lagi menghancurkan BHA dengan 5 jaringan.

    FIGHT!

    #duone_starz #kplm