REVIEW MUSIM BARU LIVERPOOL 17/18 OLEH KPLM

    REVIEW MUSIM BARU LIVERPOOL 17/18 OLEH KPLM

    777
    0
    SHARE

    Liverpool pastinya akan memulakan musim ini dengan penuh cabaran dan inspirasi selepas satu musim penuh Jurgen Klopp.

    Dengan cabaran perlawanan peringkat eropah yang mana bakal menyaksikan pertengahan minggu adanya perlawanan, ianya menjanjikan keseronokan buat peminat Liverpool bergantung dengan keputusan perlawanan kelayakan.

    Bayer vs Liverpool mane salah

    APA YANG SEDANG BERLAKU…

    76 mata musim lepas adalah pungutan mata ketiga paling tinggi yang dikumpul dalam era Premeir League buat Liverpool dan juga adalah kali kedua Liverpool berjaya berada diatas top 4 selepas era Benitez.

    Secara faktanya, selepas era Benitez, Liverpool gagal berada di tempat top 4 secara berturut-turut yang mana secara puratanya menamatkan ditempat ke 6 sahaja dengan pungutan mata sebanyak 65.

    Oleh itu, target utama untuk Liverpool pada musim ini adalah untuk memperkenalkan kembali pengaruhnya dalam bola sepak eropah.

    Malah, mengekalkan top 4 juga adalah satu kepastian buat anak buah Jurgen Klopp musim ini. Malah, saya menjangkakan dengan penambahan jaringan gol yang dilakukan barisan serangan, ianya pasti meningkatkan jumlah perbezaan gol untuk membaiki kedudukan dalam liga.

    PERBEZAAN GOL…

    Dengan kajian mengatakan perbezaan gol membantu Liverpool membaiki kedudukan dalam liga, gambar dibawah adalah analisis perbandingan jumlah gol, bolos dan perbezaan jaringan untuk 5 musim lepas.

    Paling mengejutkan saya, pada musim lepas iaitu Januari dan Februari, pasukan Liverpool mengalami kemerosotan mendadak. Ianya memberi kesan kepada jumlah perbezaan gol oleh pasukan dan merugikan Liverpool pada akhir musim.

    LFC_xG_TimeLine

    Jika dibandingkan dengan zaman Rodgers dibantu Suarez, graft menunjukkan peningkatan yang sama pada tahun 2016(awal musim) pada zaman Jurgen Klopp.

    Itu buktinya pasukan Jurgen Klopp mampu besaing sebagai pencabar kejuaraan liga.

    Malangnya, hanya mampu menjadi pemenang tempat ke 4 dek kemerosotan pada awal 2017.

    MELAJUKAN LAGI KEPANTASAN…

    Kenapa merosot pada awal 2017?

    Apabila kita menggunakan “analisis keseluruhan pasukan”, Liverpool kekurangan shoot on target pada ketika itu yang mana kebanyakkan berpunca daripada corak serangan pantas dari bawah dan juga transisi¬† midfielder yang mantap.

    Sadio Mane meninggalkan Liverpool untuk AFCON dan juga cedera di akhir musim menjadikan alasan kurangnya shoot on target.

    Oleh itu, terima kasih kerana Jurgen Klopp faham kekurangan ini, dia mengambil Salah sebagai pelengkap atau sebagai pasangan serangan Liverpool.

    Inilah yang dimahukan oleh Jurgen Klopp memberikan kualiti dengan corak serangan pantas. Disamping itu juga, ianya mempelbagaikan corak serangan (move channel) diantara kiri dan kanan yang mana bagi saya, Liverpool hanya menetapkan sebelah kanan (tempat Sadio Mane) sebagai arah serangan.

    MASALAH PERTAHANAN…

    Berdasarkan kajian Objective Football mengatakan Liverpool akan bolos 8.1 non penalty shoot per game.

    Bagaimanapun, kajian ini juga mengatakan Liverpool bernasib malang kerana hanya memiliki shoot per gol (0.11) dan amat rendah berbanding pasukan lain.

    Walaupun Liverpool asyik menyerang, sebenarnya masih kurang kesannya kepada keseluruhannya yang mana Liverpool diletakkan ditangga ke 6 expected gol per shoot.

    Sistem taktikal Jurgen Klopp perlukan kepada kekuatan serangan dengan gaya pertahanan yang bagus untuk meningkatkan kualiti shoot per gol yang dilakukan.

    Untuk itu, jika mahu meningkatkan shoot per conceded, Jurgen Klopp perlukan pemain yang sesuai dengan taktikalnya iaitu ball playing defender.

    Ketika artikel ini ditulis, isu perpindahan Virgil van Dijk terus mewarnai berita saban hari. Dengan Lucas Leiva membuat penampilan sebanyak 6 kali musim lepas sebagai pertahanan tengah menjadi bukti masalah pertahanan Liverpool.

    KEBARANGKALIAN JUARA…

    Dengan data dan analisis yang saya lakukan, saya menganggap Mancester City adalah calon juara musim 2017/18.

    Boleh Liverpool bersaing pada musin ini dan juga di eropah?

    Saya tidak dapat menjawab soalan ini kerana masalah musim lepas yang kita semua ketahui belum diselesaikan iaitu pertahanan Liverpool juga terlibat dengan saga perpindahan Naby Keita yang saya anggap sebagai game changer buat pasukan Liverpool. Berita perpindahan kian menghilang sehingga kini. Adakah Jurgen Klopp mempercayai pemain muda menggalas cabaran di bahagian tengah Liverpool?

    Dengan potensi 5 pasukan ke Champion League, sukar meramalkan kedudukan Liverpool sehinggalah pada Disember. Namun, secara matematiknya, Liverpool akan berada di tempat kedua akhir musim nanti dengan semangat Jurgen Klopp.

    Ramalan saya: 2

    #duone_starz #kplm