SUKA DUKA FIRMINO DI LIVERPOOL

    SUKA DUKA FIRMINO DI LIVERPOOL

    2033
    0
    SHARE

    Selamat ulang tahun yang kedua buat Firmino bersama Liverpool. Maka, inilah peluang untuk KPLM menganalisis peranan dan kesan daripada Firmino semejak tiba di Anfield!

    IMG_20170708_160445
    SEJARAH…

    Tahukah anda bahawa Firmino diambil daripada 1899 Hoffenheim pada 24 June 2015 dengan harga £29 mill.

    Berdasarkan rekod, Firmino dianggap berjaya di Bundesliga kerana pada musim 2013/14, dia berkongsi sebagai penjaring terbanyak liga dan juga dianugerahkan Breakthrough Player of the Season. Ketika itu, dialah hero buat Hoffenheim dalam masa semusim sahaja penampilan.

    Dengan Liverpool kehilangan “budak nakal” Sterling kepada Man City dengan harga £50 mill, sememangnya Brendan Rodgers mahukan pengganti yang berkualiti dibahagian serangan sebelum musim 2015/16 bermula.

    RAMAI YANG TIDAK YAKIN…

    Pada ketika itu, ramai yang tidak yakin kepada Brendan Rodgers kerana sebelum itu, pada musim panas sebelum ketibaan Firmino, kebanyakkan pemain yang diambil kurang menyakinkan setelah melabur £117 mill.

    Lebih memburukkan apabila pada hujung musimnya, Liverpool hanya mampu berada ditempat ke 6 Premeir League.

    SEMUANYA DIPERSALAHKAN…

    Semuanya dipersalahkan dengan pengambilan yang tidak memberikan kesan segera pada musim pertama seperti Adam Lallana, Lazar Markovic, Rickie Lambert dan juga Mario Balotelli.

    Dengan Liverpool hanya mampu menjaringkan 52 gol semusim, pemain dibahagian serangan amat diperlukan pada ketika itu disaat pasukan ketandusan kreativiti selain Coutinho pada ketika itu.

    Maka disitulah bermulanya pencarian seorang penyerang…

    IMG_20170708_160721

    PENCARIAN FIRMINO…

    Disaat itulah Firmino menjadi subjek utama walaupun khabar angin isu perpindahannya tidak sekuat Mohamed Salah.

    Apapun, Firmino lebih dikenali dengan kemahiran kawalan bolanya, alasan paling mudah kenapa Firmino popular di Hoffenheim.

    Menurut Ryan Babel, bekas pemain Liverpool dan rakan sepasukan Firmino:

    “Dia adalah pemain yang tricky. Dia boleh mengelecek, menjaringkan gol dan berupaya menjaringkan gol yang cantik. Dia juga gemar bemain dengan thru ball dan juga suka melakukan assist yang cantik”

    “Dia gemar bemain bola dikakinya, tetapi di Jerman, saya perhatikan dia banyak belajar bagaimana bemain bola apabila tiada bola di kaki”

    Ramai peminat pastinya teruja ketika Liverpool memilikinya. Pemain berusia 25 tahun ini nyata berbakat ditambah pula peluang memiliki hubungan pemain berasal daripada Brazil yang lain seperti Coutinho.

    Segala-galanya nampak sempurna buat Liverpool.

    MUSIM PERTAMA…

    Walaupun menunjukkan kualiti dalam perlawanan persahabatan, namun saya kira bakat yang dimiliki olehnya disalahgunakan oleh Brendan Rodgers.

    Jika di Hoffenheim, dia digunakan sebagai attacking midfielder untuk 21 perlawanan, namun, pada musim pertamanya di Liverpool, dia beraksi di posisi yang berlainan daripada sepatutnya dan beraksi lebih ke bawah. Dia kelihatan jarang kelibatan dalam serangan dan daya kreativiti dimilikinya tidak digunakan sepenuhnya.

    Pada ketika itu, ramai berpendapat bahawa Firmino adalah sebaris barisan bakat yang harus digilap.

    IMG_20170708_160706

    MUSIM 2016/17…

    Pada musim 2016/17, pada permulaan musim, Firmino menunjukkan prestasi yang menakjubkan di posisi false 9.

    Namun, pada akhir musim 2016/17, JK mengubah taktikal 4-4-2 diamond dan Firmino beraksi sebagai pasangan penyerang samaada dengan Origi dan Sturridge.

    Akhirnya, pada musim ini, Firmino mencatatkan penjaring ketiga terbanyak dan juga pemain ketiga paling banyak beraksi untuk Liverpool musim ini disamping sumbangan melalui bantuan gol (assist) yang cemerlang.

    Paling saya ingati adalah Firmino memiliki bakat menjadi “instant hero” seperti yang ditunjukkan ketika lawan Swansea dan Stoke.

    Disamping itu, peminat lebih menyukainya dengan aksi apabila off-the-ball, gaya sesuai dalam taktikal Jurgen Klopp sebagai pertahanan pertama (First defender).

    MALANGNYA…

    Pada juga ketika yang mana isu kecerderaaan Liverpool memaksa dia beraksi diluar posisinya dan dengan tibanya Salah, perkara ini hampir diselesaikan kerana posisi yang paling berkesan untuknya adalah bahagian tengah menyerang.

    KELEMAHAN…

    Firmino bukannya yang terhebat buat Liverpool. Ada juga sesetengah perlawanan dia agak tenggelam dan gagal memberikan ilhamnya dalam corak serangan.

    Firmino juga perlu memperbanyakkan shoot on target dan juga lebih perlu bersikap “tamak” dihadapan gol.

    12 gol daripada 41 perlawanan bukannya fakta yang hebat sebagai pemain yang beraksi di posisi”false 9″.

    HARAPAN…

    Buktikan saya silap Firmino dan semoga berjaya☺

    #duone_starz