UNTUK MENANG, LIVERPOOL TIDAK PERLUKAN SUPERHERO LAGI!

    UNTUK MENANG, LIVERPOOL TIDAK PERLUKAN SUPERHERO LAGI!

    1021
    0
    SHARE

    Banyak analisis dan pendapat tentang situasi isu perpindahan superstar Liverpool iaitu Coutinho. Terdapat mengatakan Liverpool akan jatuh kembali seperti kisah kehilangan Luis Suarez dan Sterling.

    Apapun, sebaliknya berlaku kerana mengikut persembahan terkini Liverpool, gaya dan cara permainan terkini pasukan Jurgen Klopp seakan-akan melupakan pengaruh Coutinho seperti mana musim sebelumnya.

    Saya bukannya menafikan persembahan individu dalam sesebuah pasukan. Dalam kes Liverpool, pada 2 musim lepas, Liverpool masih mengharapkan magik Coutinho untuk mengubah perlawanan.

    IMG_20170907_185359

    Keadaan itu sudah berubah! Sebagai buktinya, kita akan lihat Man of the Match pada musim lepas akan bertukar-tukar diantara satu lain. Ianya merujuk kepada keseimbangan yang dimiliki oleh Liverpool.

    SIAPA PEMAIN MAN OF THE MATCH?

    Paling terbaru adalah ketika lawan Arsenal – Siapa Man of the Match?

    Emre Can, Wijnaldum, Firmino, Mane atau Salah!

    Sukar untuk memilih siapa Man of the Match bukan? Anda boleh pilih sesiapa sahaja nama diatas dan pilihan anda masih boleh dibahaskan kerana ianya sukar untuk mencari Man of the Match

    5 PERLAWANAN…

    Setakat ini, Liverpool sudah menempuh 5 perlawanan dengan 2 daripadanya berstatus Champions League (home dan away).

    Perlawanan pertama menentang Watford adalah baik dari segi kelancaran serangan walaupun saya fikir walaupun agak fikiran saya mengatakan pertahanan agak cuai.

    Permainan yang sama dipamerkan ketika lawan Crystal Palace dan Arsenal. Beza antara mereka berdua adalah gaya permainan mereka sahaja. Namun, kelancaran serangan Liverpool tetap sama.

    Ketika beraksi dengan Hoffenheim, ianya perlawanan bagus untuk disaksikan – semua terlihat dalam menyerang, pressing dan bertukar-tukar posisi dan semua pemain kelihatan penting buat pasukan.

    Secara ringkasnya, ianya bukan prestasi individu tetapi adalah kerjasama sepasukan

    Sejujurnya, saya sudah menyukai “heavy metal football”, salah satu seni permainan bola sepak. Setiap pemain dan sentuhan adalah masterpiece dalam taktikal ini.

    NO COUTINHO NO LALLANA…

    Tiada masalah – Bagaimana persembahan mereka adalah mengujakan buat saya. Ini yang saya katakan perbezaannya.

    HILANG SEORANG, LIVERPOOL TERUK…

    Mudah buat saya membuktikan bahawa kehilangan seorang pemain setiap musim, Liverpool akan menerima kesannya. Sebagai contoh selepas kehilangan Fernando Torres, Steven Gerrard, Luis Suarez, dan Daniel Sturridge akibat kecerderaan.

    Dengan adanya mereka dalam pasukan, Liverpool pasti akan menang. Tanpa mereka, Liverpool longlai dalam permainannya.

    Apabila Torres meninggalkan Liverpool pada tahun 2011, ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan. Mujurlah pada ketika itu, Liverpool berjaya mendapatkan Luis Suarez.

    IMG_20170907_185453

    Apabila Liverpool kehilangan Steven Gerrard, boleh dikatakan Liverpool tanpa arah diatas padang dan juga keadaan luar padang yang saya sifatkan kelam kabut ataupun zaman gelap buat peminat Liverpool

    LUIS SUAREZ + STURRIDGE

    Saya fikir setiap peminat Liverpool tidak akan lupakan yang mana Liverpool kehilangan Suarez dan kecederaan berpanjangan Daniel Sturridge selepas musim cemerlang 2014.

    Situasi yang sama. Masalah yang sama. Liverpool gagal dalam musim itu walaupun kehilangan seorang pemain. Liverpool terlampau rapuh pada ketika itu.

    Begitu juga musim lepas, apabila Coutinho cedera selama 2 bulan, prestasi Liverpool mula menurun.

    Apabila Mane tiada dan cedera, Liverpool menjadi huru-hara.

    IMG_20170907_185509

    Apabila Lallana cedera, Liverpool kekurangan kreativiti dibahagian tengah.

    Kita hendaklah bersikap terbuka dek kecederaan kita akan jatuh dan prestasi pasukan akan turun.

    MUSIM BARU…

    Walaupun masih terlalu awal buat saya mengatakan Liverpool berupaya mengatasi masalah kecederaan pemain tetapi untuk 5 perlawanan awal, buktinya sudah ada bersama Jurgen Klopp.

    5 perlawanan dalam 15 hari, dengan pemain berubah-ubah untuk first eleven dan 2 pemain penting musim lepas tidak dapat beraksi. Liverpool masih berjaya mendapatan keputusan yang dihajati.

    4 kemenangan dan sekali seri.Bukan mahu riak dengan percapaian sebelum berakhirnya musim tetapi dalam kepadatan jadual perlawanan, Liverpool masih mempamerkan permainan bermutu, terbaik dan juga bersaing dengan Top 6 yang mana kita tahu itulah kekuatan Liverpool.

    Mungkin ada diantara kita memikirkan bahawa pasukan akan keletihan akibat jadual padat, hakikatnya mereka langsung tidak menunjukkan tanda-tanda terutamanya Firmino dipergunakan sepenuhnya dibahagian hadapan.

    KEKUATAN DALAMAN…

    Seperkara yang yang menarik perhatian saya adalah kekuatan dalaman pasukan Liverpool. Dengan penambahan seperti Robertson, Mr Ox, Solanke, Salah dan Naby Keita (musim hadapan), ianya adalah jawapan kepada kekuatan dalaman yang sering diperkatakan musim lepas.

    Taktikal Jurgen Klopp perlukan bahagian tengah yang bertenaga untuk pressing. Maka dengan itu, di posisi itu, Liverpool sudahpun memiliki JH14, Emre Can, Wijnaldum, Milner, Mr Ox, Grujic dan Coutinho.

    Kombinasi inilah saya fikir Liverpool tiada beberapa musim lepas iaitu pemain muda, kualiti dan pengalaman. Ini satu perubahan yang bagus.

    Untuk bahagian serangan pula, Liverpool memiliki Firmino, Salah, Mane, Sturridge, Ings, Solanke,Woodburn dan Origi (sudahpun dipinjamkan). Disamping itu, Wijnaldum, Lallana dan Mr Ox mampu beraksi dengan bagus di posisi serangan – vice-versa.

    TITIK KELEMAHAN…

    Saya fikir titik kelemahan Liverpool adalah pertahanan tengah. Tiada pemain back up yang sesuai untuk posisi ini. Lupakan Virgil van Dijk kerana Liverpool gagal mendapatkannya.

    Jurgen Klopp ingin mendapatkan van Dijk kerana ketenangan, yang mampu memberi arahan kepada pemain pertahanan yang lain.

    Namun, pendapat saya mengatakan seorang pemain tidak akan memberi kesan kepada pasukan.

    Lihatlah sejarah bagaimana Liverpool bermaharajalela di Eropah. Adakah Dalglish, Souness, Hansen dan Thompson dipersalahkan kerana satu atau dua perlawanan yang teruk.

    Mereka tidak sesekali dipersalahkan kerana mentaliti yang dimiliki oleh mereka – mentaliti juara! Itulah yang dipupuk oleh Jurgen Klopp.

    KESIMPULAN…

    Pendapat saya mengatakan pasukan Liverpool perlu mendapatkan keserasian dan kestabilan untuk berjaya musim ini.

    Liverpool adalah pasukan istimewa yang mana tradisi amat unik. Perubahan inilah yang sedang berlaku di Liverpool dan asasnya sudahpun dibina oleh Jurgen Klopp.

    Bukan mudah untuk berjaya dan untuk mengekalkan kestabilan, ianya takkan berlaku satu malam.

    Apabila pemain ingin mengejar pasukan yang dipanggil “bigger club”.

    Apabila pemain ingin mendapatkan kontrak gaji lumayan.

    Apabila pemain melakukan transfer request.

    Namun, ada juga pemain mengejar perkembangan bakat dan reputasinya.

    Sejarah mempamerkan pemain berstatus world class datang ke Liverpool bukan kerana kewangan tetapi bagaimana cara Liverpool itu beraksi.

    Itulah yang dibangunkan oleh Jurgen Klopp.

    Bangkitlah…

    #duone_starz #kplm