3 PEMAIN TUMPUAN SABTU INI

3 PEMAIN TUMPUAN SABTU INI

1203
0
SHARE

Liverpool akan berkunjung ke White Hart Lane pada hari Sabtu ini dan ia adalah perlawanan kompetitif pertama Jurgen Klopp sebagai pengendali The Reds sejak menggantikan Brendan Rodgers.

Liverpool kini berada di tangga ke-10 dalam Liga walaupun cuma dibezakan 6 mata dengan pendahulu Liga. Adakah Klopp akan berjaya memberikan inspirasa kepda pasukan yang serba pincang setelah kehilngan ramai pemain utama kerana kecederaan.

Jadi saya mahu memilih 3 nama pemain yang akan menjadi pemain penting dalam aksi di WHL esok.

1. Daniel Sturridge

Dengan ketiadaan Christian Benteke, Roberto Firmino dan Danny Ings ini akan menjadikan Sturridge sebagai spotlight terbesar. Beliau pernah mengendalikan tekanan yang sama ketika Suarez digantung baki 6 perlawanan dalam musim 2013/2014 dan beliau melakukan tugas beliau dengan cukup bak. Bagi saya Sturridge memang tak ada masalah jika dia kekal fit.

2. James Milner

Dengan Tottenham yang turut  bergelut pemain di posisi bahagian tengah selepas Eric Dier digantung serta Nabil Bentaleb dan Ryan Mason masih cedera. Milner dilihat ada peluang untuk menjadi pemain dominan di bulatan tengah. Pemain yang bertenaga ini sebelum ni bayak membantu serangan dan mungkin kali ini akan lebih kepada pivot dan balancer dengan box to box role. Beliau juga ada tanggungjawab besar untuk meyakinkan Klopp tentang kredibiliti captaincy beliau.

P150926-064-Liverpool_Aston_Villa-600x394

3. Alberto Moreno

Football - FA Premier League - Liverpool FC v Everton FC

Erik Lamela dalam dalam top form sekarang dan dengan Joe Gomez yang sebelum ini lebih defensive minded pula cedera panjang. Moreno pasti ingat akan perlawanan  ini dimana beliau melakukan solo effort dan gol pada musim lepas.

Moreno mungkin perlu lebih tanggungjawab dalam bertahan kali ini dan diharap dia turut menyumbangkan sesuatu dari deep wide.

Ia sudah pasti perlawanan yang sukar dan kita berharap Klopp memulakan karier dengan langkah kanan.