ADA APA DENGAN VIRGIL van DIJK?

ADA APA DENGAN VIRGIL van DIJK?

2013
0
SHARE

 

Minggu ini kita digemparkan dengan berita perpindahan sensasi yang telah mencatatkan rekod perpindahan dunia termahal oleh seorang pertahanan, Virgil van Dijk. Pemain yang mempunyai kerakyatan Belanda ini dijangka akan memulakan latihan dengan skuad The Reds bermula 1 januari ini.

75 juta Pound merupakan satu nilai yang sangat tinggi bagi sesorang pemain,apatah lagi hanya seorang pemain yang posisinya adalah pertahanan. Namun buat Liverpool dan taktikal unik Klopp, pemain pertahanan bukan sahaja memerlukan kemahiran bertahan semata-mata, malah perlu tahu memulakan serangan.

Oleh kerana itu, Klopp memilih hanya pemain yang dirasakannya tepat sahaja untuk tugas tersebut meskipun dengan harga yang mahal.

Untuk Artikel kali ini, kami ingin senaraikan 10 perkara yang anda perlu ketahui mengenai pemain pertahanan dengan perpindahan termahal didunia ketika ini. Ayuh!

 

1)Nama tetap yang berada dalam senarai pemain terbaik Liga Scotland.

Sepanjang 2 musim beliau bermain dalam Liga Scotland nama beliau menjadi sebutan dan juga memenangi Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik Liga Scotland selama 2 tahun berturut-turut.

 

2)Berasal dari SURINAME.

Walaupun beliau dilahirkan di Belanda, beliau juga sebenanrnya boleh mewakili negara SURINAME. Hal ini berikutan, ibunya merupakan rakyat negara tersebut tapi bapanya memang asli orang Belanda. Dengan ranking dan peluang bermain diperingkat lebih tinggi dimiliki oleh pasukan Belanda, beliau memutuskan untuk bermain untuk pasukan Belanda pada peringkat senior.

 

3)Mempunyai 16 caps antarabangsa bersama pasukan Belanda

Walaupun sudah membina reputasi sebagai antara pertahanan tengah terbaik Liga Perdana Inggeris sejak 2 tahun yang lalu. Sesuatu yang aneh adalah beliau jarang dipanggil mengisi slot pemain dalam skuad kebangsaannya. Walaupun semua tahu sekarang pasukan Belanda sedang dalam krisis kekurangan pemain berwibawa, namun pemilihan beliau dalam skuad kebangsaan Belanda menjadi tanda tanya.

4)Dirisik Sevilla.

Pada tahun 2014, pemantau bakat terkenal Sevilla ketika itu, Monchi telah berada di Celtic untuk melihat Virgil van Dijk bermain.

Monchi cuba untuk membawa beliau ke Sevilla namun atas beberapa sebab perpindahan tersebut gagal dilaksanakan.

5)Neil Warnock terlepas peluang mengambil beliau.

Menjadi pengurus Crystal Palace ketika itu, Neil Warnoc ketika ditemu bual baru-baru ni berkata:

“Saya sedang mencari seorang pertahanan tengah dan menjumpai beliau ketika itu bermain untuk Celtic, mereka mahukan 6 juta ketika itu”

“Ayuh dapatkan beliau” ujar Warnock lagi.

Namun ketua bahagian penilaian bakat Crystal Palace ketika itu berkata:

“Jangan, beliau(Virgil) tidak cukup pantas dan beliau tidak kuat untuk Liga Perdana Inggeris”

6)Membantu Celtic mencipta rekod

Virgil van Dijk membantu Celtic mencipta rekod pertahanan terbaik dengan 1,256 minit tanpa sebarang bolos pada tahun 2014. Ketika itu mereka melakukan 13 perlawanan tanpa bolos.

7)Kurang daripada 70 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris.

Walaupun dilabel sebagai salah satu pertahanan tengah yang digeruni di Liga Perdana Inggeris. Virgil hanya melakukan 67 penampilan dalam Liga perdana Inggeris setakat ini. Bermakna Liverpool Membayar 1.1 juta pound atas satu penampilannya di Liga Perdana Inggeris sebelum membelinya.

8)Harga terbarunya ini melebihi jumlah keseluruhan pasukan Huddersfield

Berdasarkan fakta yang dikeluarkan transfermarkt.com, Skuad kendalian David Wagner iaitu Huddersfield Town berjumlah keseluruhan 52 juta pound, kurang 19 juta pound daripada harga perpindahan Virgil van Dijk.

9)Pemain yang boleh menjaringkan gol melalui sepakan percuma.

Memiliki tendangan yang cantik dan padu. Beliau juga boleh dan telah menjaringkan gol ketika sepakan percuma. So, boleh berebut dengan Coutinho la lepasni.? huhuhuuh.

10) Sturridge penyerang terhebat.

Walaupun telah berhadapan penyerang yang lebih handal di Liga Perdana Inggeris seperti Harry Kane, Lukaku, Luis Suarez, Diego Costa, Ibrahimovic dan sebagainya. Beliau menyatakan bahawa Daniel Sturridge merupakan penyerang yang paling sukar untuk beliau jaga dan tewaskan, tapi jika Sturridge cukup cergas la, menurut temu bual yang dilakukan pada awal musim ini kepada Virgi van Dijk.