Lallana Berikan Kualiti Buat Liverpool dan Sentuhan Barcelona Buat Southgate

Lallana Berikan Kualiti Buat Liverpool dan Sentuhan Barcelona Buat Southgate

1296
0
SHARE

Gareth Southgate, salah seorang penonton VIP untuk perlawanan masterclass oleh Liverpool, pasti memperoleh kegembiraan yang teramat daripada perlawanan ini.

Setelah beliau dipilih sebagai pengurus tetap bagi skuad kebangsaan England, beliau sudah tentu mengambil kelebihan daripada kombinasi pemain tengah dalam skuad Jurgen Klopp.

southgate-at-anfield

Jika Jordan Henderson berada dalam bayangan Wayne Rooney sebagai kapten pasukan, Adam Lallana pula adalah pemain yang mana Gareth Southgate perlu bina skuad disekelilingnya. Beliau kerapkali inginkan bola di kakinya, mengawal bola dan mencipta peluang dan menjaringkan gol. Beliau bakal menjadi pemain yang ‘complete’.

Seringkali kita dengar, skuad England sudah lama kekurangan pemain yang mempunya teknik yang baik, dan lebih mengutamakan fizikal daripada skill. Kemudian anda lihat Adam Lallana.

tshirt-liverpool

Sudah ada tanda-tanda Lallana akan matang dalam permainannya untuk negara dan kelabnya pada 18 bulan lalu apabila Southgate mula berbicara tentang ‘era baru’ dalam kepimpinan dan beliau tujukan kepada pemain Liverpool.

lallana-dan-firmino

Apabila Liverpool dikejutkan dengan gol pelawat, Lallana bangkit membina “possession” dan mula bermain dengan halatuju yang tepat. Sumbangannya diterjemah dalam gol penyamaannya, malah permainannya lebih bertenaga dibawah kendalian Klopp.

Lallana dikeluarkan pada minit 69, pertukarannya malah menunjukkan pentingnya beliau dalam skuad Liverpool memandangkan Liverpool akan bertemu Manchester City lagi 72 jam selepas permainan tersebut.

Pep Guardiola juga antara penonton di Anfield dalam misi ‘personal scouting’ yang mana menampakkan Lallana sebagai pemain yang ideal dengan cara Pep. (OPS!)

Saya jamin anda sanggup keluarkan wang untuk lihat ‘first touch’ beliau. Hanya kerana pasport beliau dengan warganegara England, beliau tidak sama sekali dihubungkaitkan dengan kelab gergasi La Liga atau kelab berduit PSG.

Ketika Coutinho diintai oleh kelab UCL, Lallana pula menanti sambungan kontrak di Anfield pada tahun baru nanti, membuktikan beliau akan beraksi lama di bawah kendalian Klopp.

“Beliau sangat penting. Tapi jika Adam hanya bagus dalam mengawal bola, maka kami dalam masalah besar,” kata Klopp yang lebih berminat memuji skuad berbanding individu.

Namun begitu, bagi Klopp yang menyatakan bahawa Lallana memang mempunyai kualiti sebegini, walaupun kelihatan Lallana adalah pemain yang sama dibawah kendalian Brendan Rodgers, dari segi persembahannya adalah berbeza sama sekali.

lallana-celebration

“Ini bukanlah masa untuk memuji seorang pemain. Saya tak rasa beliau juga perlukannya. Kita tak perlu bergantung pada seorang pemain, perasaan saya jika saya bercakap tentang seorang pemain sahaja seperti saya bercakap perkara yang dah lepas. Saya dah pun berfikir tentang perlawanan akan datang,” Klopp gembira sahaja sebenarnya untuk diskus tentang seorang pemainnya.

Roberto Firmino yang disaman akibat mabuk ketika memandu tidak memberi sebarang masalah dalam persembahannya malah beliau jaringkan gol.

“Beliau (Firmino) adalah pemain terbaik ketika sesi latihan, jadi tak ada alasan untuk abaikannya. Beliau berlatih dengan sangat bagus,” jelas Klopp.

Liverpool mempunyai beberapa pemain yang bagus untuk diketepikan ketika ini, (Sturridge, Can, Lucas…). Mereka akan berada dalam saingan perebutan takhta liga, manakala Southgate cenderung untuk mendapatkan tiket semusim di Anfield.