Our False 9, Kisah Hidup Roberto Firmino

Our False 9, Kisah Hidup Roberto Firmino

3940
0
SHARE

Roberto Firmino. Atau nama sebenarnya Roberto Firmino Barbosa de Oliveira. Lahir pada 2 oktober 1991. Di sebuah bandar yang dikenali sebagai Maceio di Brazil. Bandar yang indah di negeri Alagoas, Brazil.

Beliau dilahirkan oleh pasangan Jose Roberto Cordeiro(bapa) bersama dengan Mariana Cicera Barbosa de Oliveira(ibu).

Dilahirkan dari keluarga yang susah. Persekitaran tempat tinggal mereka juga. Tidaklah begitu baik. Sehinggakan ibu Firmino melarang beliau bermain diluar kawasan rumah. Kerana risaukan anaknya akan terjebak dan terjerumus dengan geng kongsi gelap dan dadah.

“Kawasan rumah kami terlalu bahaya untuk budak kecil. Tidak sesuai untuk kanak-kanak bermain diluar. Di kejiranan kami sangat berbahaya. Saya hanya benarkan beliau keluar jika ditemani bapanya sahaja” ujar ibu Firmino.

Firmino yang mempunyai bakat dan fizikal yang luar biasa bagi kanak-kanak sebayanya. Tidak mahu duduk diam dan terperap didalam rumah sahaja.

“Aku lelaki. Dah macam anak dara pulak duk mereput kat rumah ni” (mungkin inilah ayat yang bermain dalam kepala Beliau ketika itu).

Beliau akan cuba menyelinap keluar ketika ibunya sedang tidur pada awal pagi (kalau waktu malaysia. Kira waktu lepas subuhlah).

Beliau akan menyelinap secara perlahan melalui pintu dapur. Dan akan cuba berlatih di kawasan lapang kejiranan mereka.

Namun atas dasar sayangkan anak. Dan ingin melihat anak berjaya dan membawa keluarga mereka keluar dari kemiskinan. Akhirnya ibu Firmino mengalah. Ibunya membenarkan beliau berlatih dan bermain bola di kejiranan mereka. Pujian dan terima kasih juga harus diberikan kepada jiran mereka yang memberikan jaminan bahawa mereka akan sama-sama menjaga keselamatan Firmino.

“Berilah Firmino kebebasan untuk bermain bola. Dia mempunyai bakat luar biasa. Jangan sia-siakanya. Kami akan sama-sama memerhatikannya” ujar salah seorang daripada jiran Firmino.

Akhirnya, pada umur 14 tahun Firmino diterima masuk ke dalam pasukan ‘Maceio’s Club De Regatas Brasil’ atau dikenali sebagai CRB. CRB merupakan kelab tempatan yang di terajui oleh Luiz.

Presidente  CRB, Marcos Barbosa and Roberto Firmino

Menurut Luiz :

“Keluarga Firmino sangat miskin. Pertama kali dia menjejakkan kami ke kem latihan, Tanpa kasut. Berkaki ayam sahaja. Dan berhutang dengan jirannya untuk datang berlatih”.

Bapanya hanya seorang peniaga air. Dan hanya menjual air ketika terdapat festival atau keramaiam di pantai. (Terdapat banyak pantai yang menarik di Maceio).

Luiz lah yang membayar segala keperluan Firmino ketika itu. Kerana Luiz melihat bakat yang ada pada Firmino.

 

“Beliau tinggi dan mempunyai kaki yang pantas. Namun kelihatan seperti anak jalanan. Tapi saya rasa. Beliau tak terlibat dengan salah guna dadah atau kongsi gelap. Saya yakin itu.” Tambah Luiz lagi.

“Sekali beliau melangkah di atas padang. Pada masa itu. Saya tahu. Dia bakal menjadi pemain yang bertaraf dunia. Dan beliau juga pernah berkata kepada saya. Suatu hari nanti beliau ingin menjadi pemain Brazil. Dan impiannya tercapai” tambah Luiz lagi.

Selepas itu. Firmino mendapat peluang. Beliau diberikan ‘trial’ ke pasukan elit. Sao Paolo.

Keluarganya sangat gembira akan berita tersebut. Dan Firmino berjanji akan mengubah nasib keluarga mereka.

Bagi Remaja yang berusia 15 tahun ketika itu. Amatlah sukar baginya. Sudahlah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Tanpa wang yang secukupnya pula. Tak mengapa. Firmino bertekad.

Kira-kira 1000 batu jauhnya daripada Rumah. Firmino berkelana.

Trialnya di Sao Paolo tidak berlangsung dengan baik. Beliau menangis. Dan menghubungi ibunya. Dan menyuruh ibunya membawanya pulang.

Ibunya yang sedih ketika itu. Tidak dapat membawa Firmino Pulang. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang.

Namun. Bak kata pepatah. “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia? Siapa yang tahu”

Firmino berjumpa dengan seorang Doktor Gigi bernama Dr Marcellus Portella. Doktor tersebut yang terpikat dengan permainan Firmino. Membawa Firmino untuk mendapatkan satu lagi Trial. Kali ini bersama pasukan Figurense.

Hari pertama bersama pasukan tersebut. Firmino berjaya menjaringkan 2 gol. Bukan 2 gol biasa. Lipat! Tahu? “Bicyle kick”!

Dan beliau tahu. Beliau akan bermain di sana apabila beliau dipanggil untuk bermain pada hari kedua. Pada ketika itu beliau bermain sebagai Defensive Midfielder sahaja. Kerana ” berlambaknya” bakat attacking yang Brazil miliki.

Selepaa itu. Beliau bermain dengan sepenuh hati. Apabila dipanggil untuk bermain. Anak muda sentiasa mengharapkan keajaiban betul tak? Itulah yang Firmino dapat. Kejaiban!

Setelah 1 tahun bermain bersama Figueirense 2009-2010 dan membuat 38 penampilan dan menyumbangkan 8 gol. Beliau berjaya! Terpilih!

Scout Dari Jerman woii! Datang merisik. Dengan angkuhnya anak muda berusia 16 tahun tersebut membuat kenyataan.

“Keluarga ku tak perlu bekerja lagi!”.

Atas faktor Sayang dan ikatan kekeluargaan yang kuat. Dan juga “homesick” yang kuat dalam diri beliau. Firmino membawa kesemua ahli keluarganya berhijrah ke Jerman.

Hoffenheim! Ya kelab yang menaikkan lagi ‘market’ beliau. Dari negera panas dan mempunyai pantai yang indah. Berhijrah ke negara dan negeri yang agak bersalji.

Namun beliau mengambil masa sehingga 3 musim untuk betul-betul menguasai Bundesliga. Musim ke-3 yang begitu cemerlang. Menggoda kelab-kelab eropah yang lain untuk mendapatkan khidmat beliau.

Mengikat Kontrak mulai December 2010 sehingga Jun 2015. Hanya selepas 3 bulan. Beliau dihadiahkan ‘debut’ oleh pengurus ketika itu, Ernst Tanner. Dan mendapatkan gol pertamannya pada bulan April.

firmino-and-ernst-Tanner.

Membuat 140 penampilan bersama Hoffenheim dan menjaringkan 38 gol. Impressive!

Dan mendapat panggilan kebangsaan untuk Skuad Dunga untuk Copa Amerika di Chile.

Skuad Brazil yang dimalukan pada edisi Piala Dunia yang lalu dilaman sendiri. Ingin membuat rombakan dalam skuad mereka. Dan Firmino antara individu yang dipilih. Bermain sebagai “false 9” untuk pasukan Brazil.

Sehingga Ian Ayre. Pengurus Pembelian Liverpool terbang terus ke Santiago, Chile untuk mematerai perjanjian dengan Beliau untuk menyertai Liverpool.

23 Jun merupakan tarikh keramat tersebut. Firmino ke Liverpool dengan nilai mencecah sehingga 29 juta pound. Dan Liverpool melengkapkan perjanjian tersebut sepenuhnya pada 4 Julai. Diberikan Nombor 11 pada mulanya. Dan musim ini ditukar kepada 9.

Untuk Liverpool. Firmino melakukan debut pertamanya pada perlawanan pra musim menentang Swindon Town pada 2 ogos 2015.

Membuat penampilan pertama Liga ketika Menentang Stoke City menggantikan Jordan Ibe pada minit ke78. Dibawah kendalian Brendan Rodgers.

Tapi penampilan sebenar beliau ialah dibawah kendalian Jurgen Klopp. Dan beliau menjaringkan gol pertamannya buat Liverpool ketika itu. Liverpool vs Manchester City. 4-1. Selepas itu. Klopp terus menjadikan beliau Sebagai penyerang. Atau lebih tepat berperanan sebagai “false 9”.

Sehingga kini beliau telah membuat penampilan sebanyak 70 kali dan menjaringkan 23 gol keseluruhanya untuk Liverpool.

Antara fan favorite untuk Musim ini. Semoga Firmino terus menambah jumlah golnya buat Liverpool selepas ini!

Ini adalah cerita ringkas tentang our No 9. Atau our False 9! Roberto Firmino!

Sumber:
The Telegraph
LifeBogger