“Permata Hitam dari Gurun Afrika”

“Permata Hitam dari Gurun Afrika”

2640
0
SHARE

“Said” nama panggilan beliau.

Atau nama penuh dalam Surat beranak beliau adalah Sadio Mane.

Lahir pada 10 april 1992 disebuah daerah di Senegal yang diberi nama “Sedhiou”.

Beliau membesar disebuah kampung kecil diberi nama “Bambali”(tiada kena mengena dengan pulau Bali Indonesia,takut la orang Indonesia claim Mane pulak).

Kampung Bambali ini terletak di selatan Senegal dengan kawasan tersebut berpopulasi sebanyak 24,213 penduduk. Ya sekitar 5% daripada penduduk Liverpool. Kecil bukan?

Gambar Mane ketika kanak kanak

Sebenarnya. Sewaktu Kecil Beliau dijaga oleh Pakcik beliau. Kerana keluarga beliau tidak mampu untuk membesarkannya kerana mereka terlalu miskin dan mempunyai ramai tanggungan.

 

” Mereka(Keluarga Mane) tidak mempunyai duit yang cukup untuk menghantar saya ke sekolah”

“Jadi sebab tak sekolah. Saya meluangkan masa yang ada dengan bermain bola. Pagi sekali dan petang sekali. Itupun main di kawasan jalan dan bersama rakan yang tidak bersekolah juga”

Sehingga beliau remaja. Beliau hanya bermain bola dijalanan sambil berkaki ayam. Beliau juga belum diperkenalkan dengan formasi. Posisi dan peranan dalam sesebuah pasukan bola.

“Sejak berusia 2 tahun lagi. Saya sering bermain bola. Bola tersebut seperti magnet dan besi di kaki saya. Tidak pernah walau sehari saya berjauhan dengan bola”

Antara peristiwa yang membuka mata Mane dan seluruh warga Senegal untuk menceburkan diri lebih serius dalam bidang Bola sepak adalah kerana kecemerlangan Pasukan Bola Sepak Senegal dalam Piala Dunia 2002.

Pada perlawanan pertama Senegal mengejutkan Penyandang juara Perancis. Dan perjalanan menakjubkan mereka berakhir pada suku Akhir.

“Selepas Piala Dunia tersebut. Ramai kanak-kanak bercerita mengenai bola sepak. Ibu bapa juga sudah mula membenarkan anak-anak mereka serius dalam hal pembangunan bola sepak. Namun tidak bagi keluarga saya. Mereka mahu saya menjadi seseorang yang dihormati seperti mereka(Bapa Mane)”

“Setiap hari saya bermain bola sepak. Dan kebanyakan penduduk kampung menyatakan yang saya ni hebat. Berbakat. Dan tiada siapa yang seumpama saya dikampung ini”

“Abah taknak kau main bola je sepanjang masa. Abah nak kau belajar mengaji. Belajar ilmu agama. Besar nanti boleh lah kau ganti tempat abah” -ujar abah Mane-

Keluarga Mane merupakan keluarga terhormat di kampung tersebut. Bapanya imam besar di kampung itu. Dan ahli keluarga lain juga patuh dengan tuntutan agama islam. Dan antara rujukan orang kampung dalam bidang agama islam.

Tapi Mane? Kecenderungannya adalah terhadap bola sepak.

Tanpa persetujuan oleh Bapanya. Mane meminta pakciknya membawanyan ‘trial’ bersama pasukan Negeri iaitu “Dakar City” di kawasan pusat bandar.

 

Pada mulanya keluarga Mane berkeras. Namun atas desakan Pakciknya dan bantuan Orang kampung. Akhirnya Bapa Mane mengalah. Keluarganya menjual semua hasil ladang mereka untuk keperluan Mane menjelang “Trial” tersebut.

Bukan itu sahaja. Penduduk kampung berdekatan yang tidak berapa mengenali Mane juga turut membantu oleh kerana mereka terpegun dengan bakat yang Dimiliki oleh Mane.

 

SETIBANYA DI BANDAR DAKAR!

Hari pertama tiada apa yang berlaku. Namun hari kedua Mane di bandar utama Senegal itu bermula dengan cukup sinis.

Terlalu ramai pemain yang diuji pada hari tersebut. Mane memberanikan diri menuju ke bahagian pendaftaran dan bertemu salah seorang Pencari Bakat(Scout).

Scout : ye budak? (Sambil tengok atas bawah).

Mane: Saya datang nak trial ni pakcik.

Scout: Trial? Kau biar betul. Dengan kasut lusuh dan koyak ni(menunjuk penuh jijik). Dah tu seluar pendek pun takda. Ni seluar dalam siapa yang kau pakai ni??. Dah jangan buang masa. Pergi masuk padang. Kelengkapan pun tak cukup. Ada hati nak jadi pemain bola!

Mane: saya datang sini bukan nak dengar hinaan pakcik. Saya datang sebab nak tunjukkan bakat saya.

*Selepas beberapa minit di padang. Alangkah terkejutnya muka pakcik tersebut. Menganga dan tanpa berkelip mata melihat corak permainan Mane.

Scout: oiiii budak! Aku nak kau main di kelab kami. Sebagai pemain akademi!

Selepas itu Mane telah merekodkan 131 gol sepanjang 2 musimnya bersama kelab tersebut. Dan membuat 90 penampilan secara keseluruhan.

 

 

KALAU DAH REZEKI! TAKKAN KEMANA!

Mane tidak pernah termimpi bakal menjadi pemain bola sepak professional pun. Dengan kedaifan keluarganya. Mana mampu mereka menghantar Mane bermain diluar Negara.

Namun Rezeki itu luas. Kebetulan!!!

Beberapa pencari bakat dari Perancis ingin mencari beberapa orang pemain muda Senegal yang berbakat tetapi mereka dari golongan keluarga yang kurang berkemampuan. Program tersebut dinamakan “Generation Foot”.

Mane yang ternyata bersemangat dengan adanya program ini telah terpilih! Dengan hanya melalui 2 sesi Trial sahaja. Seterusnya dia perlu ke Metz!

Metz merupakan salah satu Kelab yang berpangkalan di Perancis. Juga melahirkan beberapa pemain hebat. Antaranya bekas pertahanan Liverpool Rigobert Song. Dan juga beberapa nama besar seperti Louis Saha, Papiss Cisse, Emmanuel Adebayor dan Robert Pires.

Tapi. Mane perlu keluar negara??? Bukan keluar dari negeri atau daerah seperti sebelum ini. Kena keluar negara kot! Jauhnya beribu batu dari Kampung Mane.

 

Mane ketika bersama Metz

Karier Professional Mane bermula…..

Karier cemerlang Mane bermula di Kelab Metz. Tanpa pengetahuan keluarganya. Fuhhh. Hebat. Anak muda naif dari kampung berkelana sehingga ke Negara Perancis!

Mane mempunyai sebab yang kuat untuk tidak memberitahu dahulu keluarganya apabila beliau terpilih ke Perancis. Yela. Dengan bapanya yang tidak mahu anaknya itu terlibat dalam Bola sepak. Dan emaknya yang “over protective” dan tidak mahu berjauhan dengan Mane. Risau kalau-kalau diberitahunya pada keluarganya terlebih dahulu. Mane tidak akan dapat pergi ke Perancis.

Hari pertama di Perancis. Jurulatih memberikan mereka rehat sehari oleh kerana perjalanan yang jauh. Namun. Pada hari kedua. Mane terlalu rindu akan emaknya.

“Weyh. Teman aku g kedai jap. Aku nak call kampung aku lah. Nak bagitahu mak aku. Aku kat Perancis ni. Boleh la”-Mane mengajak salah seorang rakan senegaranya yang sudah lama berada di situ-

Hanya pakcik Mane sahaja yang sedia maklum bahawa Mane telah meninggalkan Senegal. Selainnya. Mereka masih beranggapan bahawa Mane sedang dalam latihan khas akademi ” Generation Foot” di Dakar.

 

Mane: hello mak! Mane kat Perancis ni?!

Emak:Perancis ni belah mana pulak Mane oii? Sihat ke? Macam mana training?

Mane: Mak! Perancis! Eropah?!

Emak : kau orang Senegal. Macam mana boleh sampai Perancis pulak. Jangan nak menipu mak.

Mane: ya rabbi. Betul mak. Esok Mane call mak balik. Mane bagitahu. Kat Tv berapa mak boleh tengok saya main. Live!

Maknya begitu terkejut lantas bersyukur bahawa anaknya sudah hampir merealisasikan cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak professional.

Kariernya bermula agak perlahan di Metz. Kerana beliau mengalami beberapa siri kecederaan. Namun aksi mantapnya bersama skuad Olimpik Senegal pada tahun 2012 telah membuatkan Red Bull Salzburg membelinya dengan harga sekitar 4juta Euro pada 31 ogos 2012.

Beliau berjaya menjaringkan 42 gol dan membuat 80 penampilan selama 2 musim bersama RB Salzburg dan membantu kelab tersebut memenangi Austria Bundesliga dan Austria Cup. Kelab tersebut juga dapat bermain di Europa League.

“Walaupun cuaca di Austria sangat sejuk. Amat sukar bagi saya yang lahir di Senegal yang panas. Dan juga saya tidak memahami bahasa Jerman. Namun saya mempunyai Jurulatih yang baik. Roger Schmidt. Bermain untuk Schmidt. Disinilah bermulanya pengenalan saya kepada sistem pressing dan beberapa pelajaran baru tentang ilmu bola sepak yang saya belum pernah pelajari’ -pabila ditanya tentang pengalamannya di Austria-

Gambar rajah ringkas perjalanan karier Mane

DUNIA EPL!

Mane melangkah masuk ke kancah EPL bersama pasukan Southampton pada mulanya. Dibeli daripada RB Salzburg bernilai 11.8 juta Pound pada 1 september 2014. Dan hanya melakukan debut pertama selepas 22 hari kemudian dalam kemenangan pasukannya 2-1 keatas Arsenal. Dan selepas itu Mane melakukan beberapa aksi cemerlang. Termasuk menjaringkan gol menentang Liverpool. Mengakhiri kariernya di Soton dengan melakukan 75 penampilan sepanjang 2 musim. Dan mencetak 25 gol keseluruhannya.

 

Liverpool berjaya menandatangani Mane!

 

28 Jun 2016! Merupakan tarikh yang perlu diingati oleh Mane dan penyokong Liverpool. Dengan nilai perpindahan sebanyak 34 juta pound. Mane merupakan Pemain Afrika pertama dengan nilai perpindahan tertinggi!

Selain debutnya menentang Arsenal(Arsenal lagi) dan disudahi dengan Jaringan buatnya. Dan banyak lagi moments of magic dari beliau buat Liverpool. Kalau nak cerita. Panjang sangat. Ahhahaa

 

Ketika di tanya. Mengapa memilih Liverpool?

 

“Liverpool antara pasukan yang besar dan mempunyai rama peminat diserata dunia. Selain faktor Klopp. Saya memilih Liverpool agar. Emak saya dapat melihat saya bermain bola dengan lebih kerap. Mak saya terlalu risau akan keadaan saya. Sering kali menghubungi saya sejurus selepas tamat perlawanan. Tapi. Apabila bermain untuk Liverpool. Mak boleh menonton saya secara live. Ya. Di senegal hanya menayangkan beberapa pasukan pilihan sahaja. Antaranya Liverpool”

 

“Kusangkakan panas sampai ke petang. Rupanya hujan di tengah hari”

Setiap kejayaan. Setiap kecemerlangan seseorang pemain tersebut. Pasti akan di angkat dan diagungkan oleh para peminat. Terutamanya peminat dari negara sendiri. Rata-rata bangga akan kejayaan Mane ini.

Namun pada kejohanan Piala Negara Afrika yang terbaru ini. Keluarga Mane di kecam teruk! Kampungnya hampir dibinasakan oleh golongan fanatik bola Senegal. Kereta Pakciknya yang Mane sendiri belikan. Di pecahkan. Dan dihancurkan dengan rakus sekali.

Ini gara-gara Mane gagal menyempurnakan satu Sepakan Penalti yang menyebabkan Senegal tersingkir di Suku Akhir kepada pasukan seteru mereka Cameroon.

Beliau menangis dan memohon maaf kesalahan tersebut(tak sengaja pun). Namun sesetengah peminat fanatik tidak dapat menerimanya. Sehinggakan Sepasukan Askar khas perlu menjaga kawasan perumahan Mane buat seketika. “Pengawasan khas 24 jam/7 hari seminggu”

Betapa dashyatnya orang Senegal!

 

Mane selepas gagal menyempurnakan Sepakan Penalti

 

Walaupun Mane sudah berkelana di Eropah. Namun Mane masih menjaga Maruah Keluarganya yang merupakan orang berpengaruh dalam hal ehwal agama islam dikampungnya.
Mane tidak minum arak. Tidak mempunyai Tatu. Dan paling utama. Mane ingat selalu pesan bapanya. “Jangan tinggal solat”. Sampaikan pengurusan Liverpool menyediakan surau khas buat pemain yang beragama Islam.

 

“sedih baca pesan bapa Mane ni. “Jangan tinggal solat” teringat arwah abah dulu selalu berpesan sebegini.”

 

Kisah Mane belum tamat lagi! Beliau baru sahaja “membuka cerita baru” di Liverpool. Doakan Mane terus berjaya!

Goodluck to Our Speedy Sadio Mane!