PHILIPPE COUTINHO | SEORANG GENIUS YANG TIDAK KONSISTEN

PHILIPPE COUTINHO | SEORANG GENIUS YANG TIDAK KONSISTEN

274
0
SHARE

#duone_starz

Musim 2016/17 adalah musim yang diharapkan kepada Coutinho meningkat ke tahap seterusnya iaitu meningkat lebih baik berbanding sekarang. Walaupun dianugerahkan sebagai Liverpool’s fan Player of the Season dan Liverpool’s Players’ Players of the Season untuk dua musim berturut-turut, pemain yang berasal dari Brazil itu kelihatan masih ada aura yang belum dipersembahkan.

coutinho celebrate

Walaupun persembahannya bagus, malangnya pada musim ini, dia masih dihantui dengan masalah kecederaan dan adakalanya tidak konsisten menyebabkan dia tidak boleh meningkat daripada tahapnya sekarang.

Bagaimanapun, musim ini diharapkan sebagai titik perubahan buat Coutinho dengan karisma yang ada pada Jurgen Klopp yang melalui musim pertama penuhnya bersama Liverpool yang menjanjikan kejayaan.

tshirt-liverpool

Buat Coutinho, jika dia tidak dihantui dengan masalah kecederaan dan tidak konsisten, ianya pasti membantunya ke tahap seterusnya yang mana sesuai dengan gelarannya iaitu magician.

MUSIM 16/17 BERMULA…

coutinho

Sejak permulaan musim 2016/17, apa yang kita nantikan selama ini seperti akan tiba. Dalam perlawanan pertama musim ini, Coutinho mempamerkan bakatnya menentang Arsenal dengan menyamakan kedudukan dengan freekick yang cantik sebelum menambah gol keduanya dalam perlawanan itu. Pada akhir perlawanan, dia dipilih sebagai Man of the Match diatas persembahannya dan detik itulah yang diharap dipersembahkan pada keseluruhan musim daripada Coutinho.

SEKALI LAGI…

Sekali lagi, persembahan Coutinho berterusan menakjubkan pada 11 perlawanan terawal. Dia berjaya menjaringkan 3 gol dan mencipta 5 assists, lantas dianggap nadi serangan buat pasukan Liverpool.

Lihatlah bagaimana kita melawan Chelsea di Stamford Bridge dengan jaringan 2-1, menghancurkan Hull City dengan jaringan 5-1 di Anfield. Kemudian disusuli dengan kemenangan bergaya 6-1 keatas Watford tidak lama selepas itu.

Pada ketika ini, bahagian serangan Liverpool amat sensasi untuk dipertontonkan yang dibarisi oleh Coutinho, Mane dan Firmino. Kesannya adalah 11 perlawanan tanpa tewas dan terus mendaki ke puncak Premeir League. Pada ketika ini, tiada sesiapapun antara kita meragui kehebatan dengan penguasaan pada setiap perlawanan, segalanya nampak baik dan Coutinho adalah sebahagian daripada kehebatan ini.

SEGALANYA BERUBAH…

coutinho injured

Semuanya berjalan dengan sempurna sehinggalah satu detik, semuanya kelihatan tidak berhasil buat Liverpool. Satu detik dimana selepas 2-3 tahun, peminat Liverpool pasti akan melupakan iaitu ketika melawan dengan Sunderland dimana pada ketika itu Coutinho tercedera. Pada saat ketika Coutinho begitu cemerlang, dia terpaksa dikeluarkan dek kecederaan pada minit 32 apabila perebutan bola 50/50 dengan Didier N’Ngong menyebabkan kecederaan dibahagian tumit yang memaksa dia berehat lebih daripada 2 bulan.

Persembahan hebat Coutinho terus dirampas dan selepas itu, Liverpool terus terumbang ambing. Lebih memeritkan penyokong Liverpool, ianya memberikan kesan besar dalam perjalanan musim ini.

COUTINHO KEMBALI…

coutinho liverpool

Coutinho kembali bersama pasukan pada akhir Januari dan diturunkan pada 29 minit terakhir ketika lawan Man Utd. Sudah tentu aksinya tidak bagus dan ianya boleh dimaafkan kerana pada kebiasaannya pemain perlukan masa untuk kembali cergas. Malangnya, pada minggu berikutnya ketika lawan Swansea, seterusnya ketika lawan Chelsea dan selepas itu berhadapan dengan Hull City, kita boleh saksikan bagaimana persembahan Coutinho yang langsung tidak berupaya kembali kepada tahap sedia kalanya. Apabila dengan bersama bola, dia kelihatan kaku dan kebanyakkan rembatannya off target. Dia kelihatan sengsara untuk mencari rentaknya kembali.

Jika kita kaji persembahannya, dia terus tenggelam dengan hanya mencipta 1 gol tanpa sebarang assist pada 9 perlawanan. Satu rekod yang teruk jika dibandingkan sebelum kecederaannya.

APA YANG TERJADI KEPADANYA?

Dia melalui musim yang cemerlang dan mempamerkan beberapa aksi individual yang menakjubkan. Kini, persembahan itu tiada lagi bersamanya. Hanya kembali kepada prestasinya sebelum dia cedera, barulah dia akan diingati sepanjang musim ini.

ADAKAH COUTINHO DAPAT KEMBALI SENTUHANNYA?

Ini adalah soalan yang sukar dijawab. Walaupun kadangkala memperlihatkan prestasinya bakal kembali seperti dipamerkan pada bulan October, ianya bakal dilupakan jika Coutinho belum menemui rentaknya. Jika alasan kecederaan yang dialaminya menganggu prestasinya, bagaimana pula dengan persembahan yang tidak konsisten?

Ianya seperti yang gagal diubah buat Coutinho yang mana cemerlang dalam satu perlawanan dan pada perlawanan seterusnya, persembahannya hannyalah sederhana. Walaupun isu kecederaan menjadi alasan, Coutinho tetap kekal sama dengan tidak konsisten yang kini menjadi isu utamanya untuk dinilaikan.

8 PERLAWANAN TERAKHIR…

Kita akan menuju ke 8 perlawanan terakhir musim ini. Kita berharap Coutinho dapatkan kembali prestasi supaya kita terus kekal bersaing dalam Top 4! Kesan daripada prestasi yang yo-yo akan menganggu prestasi Liverpool secara keseluruhannya dalam impian memburu slot ke Champion League. Saya masih lagi optimis yang Liverpool ada peluang cerah untuk berada diatas Top 4 walaupun ramai yang meraguinya.

Bagaimanapun, jika kita lihat lebih kehadapan, musim ini sepatutnya menentukan kareer Coutinho bersama Liverpool. Dia boleh terus usaha dan penuhi potensi yang ada pada dirinya.

international-champions-cup-liverpool-v-barcelona-850x560

Melihat dia gagal pada musim ini, akan timbul keraguan yang dia tidak akan penuhi potensi yang ada pada dirinya. Jika ini adalah potensi terbaiknya, ianya adalah detik mengecewakan. Kita berharap Coutinho terus berusaha keras dan memenuhi potensi yang ada pada dirinya bersama Liverpool walaupun saban hari, kita melihat ianya seakan jauh. #YMWA