Selamat Datang Mohamed Salah!

Selamat Datang Mohamed Salah!

509
0
SHARE

#Duone_starz

KENAPA  SALAH DIPANGGIL MANE NO 2 DI LIVERPOOL?

Disebalik khabar angin sebelum jendela pintu perpindahan dibuka, Mohamed Salah adalah salah satu target utama oleh JK yang mana dia mengatakan Salah adalah Sadio Mane no 2 buat Liverpool.

salah melwood

TANPA DRAMA TAKKAN BEST…

Drama pembelian Salah boleh dikatakan agak lama dengan bidaan pertama Liverpool £28mill ditolak mentah-mentah oleh AS Roma yang mahukan £40mill sebagai gantian tetapi dikatakan Liverpool tidak bersetuju dengan harga itu.

Akhirnya, dengan tekanan dipihak As Roma sendiri yang mana terpaksa menjual pemainnya sebelum July 2017, Liverpool berjaya main tarik tali dan bersetuju dengan harga £35.2 mill + tambahan £4 mill.

——————————-
Tahukah anda bahawa Salah kini menjadi pemain termahal yang pernah diambil oleh Liverpool mengatasi pengambilan Andy Caroll sebanyak £35 juta
——————————-

TANPA SADIO MANE

Salah dikatakan amat sesuai menggantikan tempat Mane yang mana kita boleh lihat bagaimana seksanya Liverpool beraksi ketika ketiadaan Sadio Mane.

sadio mane

Saya akui bahawa Sadio Mane sukar diganti dengan peranannya terutamanya pada musim pertama di Liverpool yang amat cemerlang selepas  perpindahan £30 mill dari Southampton.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya menjaringkan 13 gol walaupun hanya beraksi 29 perlawanan dalam semua kejohanan – 11 perlawanan kurang daripada Firmino yang hanya berjaya menjaringkan 12 gol.

Dia juga mencipta bantuan jaringan (assists) sebanyak 8 kali – hanya Firmino sahaja lebih banyak dengan 11 bantuan gol menunjukkan kesannya di final third.

Mane adalah pemain sayap yang pantas yang mana memberikan dimensi kepada corak serangan Liverpool – itu sudah dibuktikan!

Pada Januari, ketika Mane bersama pasukan negaranya di Piala Negara-Negara Afrika, JK nyata bermasalah mencari pengganti yang serupa dengan kebolehannya.

PLAN B…

Daripada situlah bermulanya andaian yang Liverpool kekurangan yang jelas yang mana disifatkan tiada “Plan B”.

Paling mengecewakan apabila JK terpaksa menurunkan pemain yang bermasalah, Divork Origi dan membiarkan Firmino beraksi bukan pada posisinya.

Dengan Liverpool selangkah ke Champions League – ianya bukan alasan yang dimahukan oleh peminat dan JK perlu mengambil langkah tepat untuk musim 2017/18.

SALAH TIDAK SALAH TEMPAT LAGI…

Salah adalah watak yang mahu dimiliki oleh Liverpool pada 2014 dari Basel. Salah mengecewakan peminat Liverpool ketika itu.

Pada Januari 2014, Brendan Rodgers amat memerlukan Salah tetapi Salah dirampas daripada tangan Liverpool dengan perpindahan £12 mill oleh Chelsea.

“Liverpool mahukan saya sejak beberapa bulan. Mereka mula menghubungi saya sejak Oktober 2013 lagi”

“Proses rundingan mengambil masa panjang dengan Basel menolak bidaan Liverpool beberapa kali. Mereka percaya yang saya lebih bernilai daripada bidaan itu”

“Saya masih menunggu panggilan daripada Liverpool kerana amat menyukai Liverpool. Saya mahu sertai mereka. Tetapi selepas saya menerima panggilan telefon daripada Mourinho,segalanya berubah”

SALAH SIAPA?

Menyertai kelab rival Liverpool ternyata kesilapan besar buat Salah kerana dia tidak diberikan peluang di Chelsea pada ketika itu.

salah

Ketika berada di Chelsea, dia menghabiskan masa diluar kelabnya sebanyak dua kali dan akhirnya barulah persembahan kembali seperti apa yang dipamerkan di Basel.

Ketika dipinjamkan di Fiorentina, dia berjaya menjaringkan 9 gol dan 4 assists dalam 29 perlawanan. Pada ketika itu, barulah kewibawaannya menarik perhatian kelab-kelab lain.

SALAH AS ROMA…

Selepas menyertai AS Roma secara pinjaman semusim, dipercayai Salah sertai dengan harga £12.5 mill yang mana merupakan pembelian terbaiknya pasukan dengan impak diberikan olehnya.

salah lean

Disitu, Salah berjaya menjaringkan 32 gol dan 23 bantuan gol dalam 80 perlawanan dengan 13 gol dan 12 bantuan gol semusim dengan membantu pasukan berada dikalangan kemuncak liga.

Kini, Salah memiliki 2 tahun kontraknya bersama AS Roma dan disitulah JK melihat peluang untuk merampasnya.

PEMAIN GANTIAN UNTUK MANE?

Perbandingan Salah dan Mane kuat diperkatakan tetapi ianya bukan mudah untuk saya menilainya. Tetapi saya memiliki jawapan kenapa JK mahukan sebagai target no 1 Liverpool musim ini.

salah liverpool

Mereka adalah pemain sayap yang laju, memiliki kepandaian dalam posisinya dan boleh bemain dengan kedua belah kakinya.

Kedua-duanya juga gemar menggunakan kepantasan  membawa bola dibahagian belakang pertahanan lawan dan akhirnya membuka ruang kepada pemain lain.

Tambahan lagi, mereka berdua juga efektif dalam menjaringkan gol dengan Mane memerlukan 115.6 minit untuk menjaringkan gol ataupun bantuan gol.

Manakala Salah memerlukan 95.5 minit sahaja untuk menjaringkan gol ataupun bantuan gol.

Manakala Salah melakukan secara purata 2.7 key passes dan 1.3 gelecekan berjaya dalam masa 90 minit perlawanan di Seria A. Bagaimanapun, Sadio Mane beraksi di Premeir League lebih baik dengan melakukan 1.8 key passes dan 2.7 gelecekan berjaya dalam 90 minit perlawanan.

Bagaimana Salah dengan gegenpressing?

Salah berjaya melakukan secara puratanya 0.9 – 1 bentesan berjaya dan pintasan (interception) 0.3-0.4 lebih tinggi daripada Sadio Mane.

Namun, diingatkan selagi lagi, sukar memperbandingkan persembahannya kerana Premeir League lebih mencabar daripada Serie A.

salah sam tighe

DIMANAKAH SALAH BERAKSI?

Jika kedua-duanya diturunkan, ianya memberikan masalah buat JK kerana Salah di AS Roma beraksi disebelah kanan walaupun berkaki kiri tetapi Salah sebenarnya juga mampu beraksi di sebelah kiri kerana Liverpool sememangnya kurang pemain berkaki kiri dalam pasukan.

Dengan adanya Salah, saya melihat JK boleh memperbagaikan corak serangan walaupun kehilangan Firmino dan Coutinho.

Saya melihat dia sebagai pemain sayap dalam pasukan Liverpool dan juga boleh beraksi sebagai serangan tiga serangkai ketika lawan pasukan besar.

Pada pendapat saya, ianya adalah penambahan yang bagus untuk Liverpool yang sudah lama tiada pemain sayap selain daripada Sado Mane.

KESIMPULAN…

Inilahlah penambahan yang ideal di bahagian serangan buat Liverpool musim ini.

Dengan mengambil iktibar dengan permasalahan pada awal Januari lepas, Salah adalah jawapan yang tepat buat JK di bahagian serangan.

APA PENDAPAT ANDA?

salah anfield