Si cacat yang akhirnya menjadi Hero Setempat!

Si cacat yang akhirnya menjadi Hero Setempat!

2506
0
SHARE

Stevie G! Captain Fantastic! Itu antara nama panggilan yang sering dilaungkan oleh peminat Liverpool dalam atau Luar negara.

Tahukan anda nama dalam “ic” beliau siapa???

“Steven George Gerrard”

Beliau lahir pada 30 may 1980 di sebuah kawasan di Merseyside yang dikenali sebagai Whiston.

Seorang bayi lelaki comel yang dilahirkan oleh Julie Ann Gerrard(ibu). Dan mempunyai seorang bapa yang meminati Everton iaitu Paul Gerrard.

Gerrard lahir sebagai bayi tidak sempurna. Beliau mengalami masalah dibahagian kaki. “Clubfoot” ialah suatu kecacatan di bahagian kaki. Dimana bahagian kaki tidak berada di kedudukan yang betul. Sama ada terangkat ke atas. Atau ke bawah. Bahagian kaki terutamanya tumit lebih kecil daripada tumit normal. Atau nama lain bagi penyakit ini adalah “talipes equinovarus”.

Berita baiknya. Masalah ini ada ubatnya.!

Oleh kerana begitu sayangkan anaknya. Ibu bapa Gerrard tidak membenarkan Gerrard berjalan langsung. Mereka akan Mendukung Gerrard ke mana saja.

Seperti di “sumpah”. Setiap kali Gerrard pulih daripada sebarang kesakitan atau kecederaan. Beliau akan mendapat kecederaan baru. Semuanya berlaku sebelum umurnya mencecah 7 tahun.

*cacat bahagian kaki
*sakit tulang belakang.
*ibu jari kanan hampir di potong.

 

 

Selain masalah fizikal yang kecil dan beberapa siri kecederaan. Gerrard juga mempunyai masalah komunikasi. Beliau antisosial???

Menurut laporan daripada cikgu pertama Gerrard ketika beliau berusia 5 tahun. Beliau di gambarkan sebagai seorang budak yang pendiam. Tetapi sangat baik dan sopan santun. Cuma tidak banyak bercakap dan hanya duduk berseorangan. Tapi. Sesuatu yang istimewanya adalah beliau sangat ketika bola dikakinya.

Menurut cikgunya:

“Untuk menjelaskan betapa hebatnya beliau bermain bola. Saya tidak perlu mengupah pengulas atau mana-mana individu yang pandai memerhati untuk membuktikannya. Mak cik kantin kami pun dapat merasainya(admin tambah je ni).”

Ternyata disebalik kecacatan yang di alami semasa bayi iaitu dibahagian kaki. Tuhan menganugerahkan bakat melalui kecacatannya. Beliau membantu sekolahnya mencapai beberapa kemenangan dan piala. Semuanya hasil daripada usahanya. Kebanyakan gol hasil daripadanya. Beliau pendiam. Namun menunjukkan emosi dan semangatnya juga kepimpinannya melalui bola sepak.

Seawal umur 5 tahun, Gerrard sudah dipaksa menyintai sebuah kelab bola sepak tempatan oleh pakciknya. Iaitu Everton!

Oleh kerana tempat tinggal Gerrard berdekatan dengan Goodison Park. Beliau sering dibawa ke stadium tersebut. Dan sering kali bergambar bersama piala yang Everton menangi sambil memakai jersey kelab terbabit.

 

Merupakan seorang peminat Everton pada usia mudanya.

Karier bola sepak Gerrard bermula apabila beliau dipanggil menyertai pasukan junior tempatan “Tolgate”. Namun beliau bermula langkah kiri. Apabila kelab tersebut tidak dapat menerima Gerrard kerana beliau sangat kecil dan terlalu muda.

Bukan itu sahaja. Beliau juga ditimpa nasib malang.

Ketika sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakan dikawasan kejiranan mereka. Gerrard mengalami kecederaan serius. Sehinggakan ibu jari kakinya perlu dipotong. Kerana semasa bola termasuk kedalam semak samun. Gerrard cuba mengambil bola tersebut menggunakan kaki. Beliau menguis bola terbabit. Lalu ingin menyungkit bola tersebut keluar daripada semak. Tetapi terdapat penggembur tanah di dalam semak tersebut. Dan Gerrard tersepak bahagian tajam tersebut sehingga menembusi kasutnya.

Setelah mendengar bahawa kaki anaknya perlu dipotong. Ibu bapa Gerrard mencuba perubatan lain dan mencuba perubatan tradisional.

Alhamdulillah. Selepas setahun Gerrard pulih dan kembali bermain bola seperti biasa.

Kemuncak prestasi beliau apabila bermain untuk pasukan kejirannya Whiston Juniors. Dan ketika itu bakat beliau dikesan oleh pencarik bakat bagi pasukan Liverpool.

Akhirnya Gerrard berjaya menyertai akademi pasukan Liverpool pada umur 9 tahun.

Sebenarnya. Oleh kerana bakatnya. Bapa dan juga pakcik Gerrard cuba mendapatkan seberapa banyak trial bersama beberapa buah pasukan. Termasuk Manchester United! Ya. Betul tak salah dengar tu!

Fuhhh. Nasib baik tak dapat masa tu weyhh.

 

Cariernya bersama Liverpool bermula pada umur 9 tahun. Dan semasa umurnya 17 tahun. Beliau menandatangani kontrak professional nya yang pertama bersama Liverpoool. Tetapi hanya melakukan penampilan pertamannya setahun kemudian.

29 November 1998. Tarikh yang tidak akan dilupakan oleh Gerrard. Penampilan sulongnya bersama Liverpool.

“Budak mana pulak tu dia(Manager Liverpool) masukkan tu”

“Aduhh. Budak kecik ni. Alahaii. Takda duit nak beli pemain. Pakai dak dak akademi la ni”

Ini mungkin antara dialog yang dilontarkan masyarakat Liverpool dan peminat seluruh dunia ketika itu.

Masuk pada minit-minit terakhir perlawanan menentang BlackBurn Rovers dan hanya bermain sebagai pemain sayap ketika itu.

“Sejujurnya. Saya tak biasa bermain posisi tersebut. Tapi setiap peluang untuk saya bermain. Saya akan berusaha bersungguh sungguh.”

 

Gerard Houlier merupaka Pengurus yang memberi peluang kepada Gerrard.

 

Mula menjaringkan gol hanya selepas setahun kemudian. Dibawah kendalian penuh pengurus ketika itu Gerard Houlier. Steven Gerrard mula mendapat tempat di hati peminat.

Perlawanan menentang Sheffield Wednesday. Dan Liverpool sedang mengalami masalah kecederaan yang meruncingkan. 3 pemain utama ketika itu tercedera. Jamie Redknapp, Patrik Berger dan Vladimir Smicer. Dan memaksa pengurus menurunkan Gerrard.

Wednesday memulakan perlawanan dengan baik sekali di Anfield ketika itu. Menjaringkan gol menerusi Sepakan percuma. Sebelum Sami Hyppia menyamakan kedudukan. Dan Danny Murphy menjaringkan gol untuk Liverpool mendahului 2-1.

Bermulalah detik bersejarah bagi budak remaja berasal dari Winshton Merseyside Liverpool tersebut. Dengan memakai jersey No28 ketika itu.

Gerrard mendapatkan bola daripada rakan sepasukannya iaitu Rigobert Song dikawasan tengah padang. Melarikan bola tersebut menggunakan kaki kirinya. Kaki yang panjang namun tidak begitu betotot. Kurus. Beliau seperti sedang terbang menuju kearah pintu gol Wednesday. Serangannya tidak terlalu fancy. Serangan terus. Dari tengah. Memperdayakan 3 orang pertahanan berpengalaman. Sebelum membuat sedikit skill dan merembat masuk menewaskan penjaga gol.

Beliau meraikan gol pertamanya dengan berlari kearah “Anfield Road End” dan membuat “Klinsmann Dive” dihadapan peminat.

 

 

Antara Moment terbaik dalam karier beliau. First gol!

 

Musim tersebut merupakan musim Gerrard. Beliau mendapat masa bermain yang agak banyak. Kerana kecederaan aneh yang dialami Jamie Redknapp.

Pada Oktober 2003. Gerrard dipilih sebagai Ketua pasukan Liverpool yang dipegang oleh Hyppia sebelum itu. Gerard Houlier berpendapat. Gerrard memiliki sesuatu yang tiada pada pemain lain. Kepimpinanya bukan sekadar pandai berucap untuk menaikkan semangat pasukan tapi. Beliau menaikkan semangat pasukan melalui tindakannya ketika dipadang.

Dan selepas itu. Adalah sejarah. Bak kata pepatah orang putih.

“And the rest are history”

 

skip bab “Miracle of Istabul” sebab nanti saya buat dilain tajuk.

 

Sepanjang 17 musim bersama Liverpool. Gerrard telah berjaya membantu Liverpool dan juga terdapat beberapa pencapaian individu yang beliau peroleh. Antaranya:

2 Fa Cup.
3 League Cup.
1 Champions League.
1 Uefa Cup.
1 Fa Community Shield.
1 Uefa Super Cup.

8 kali terpilih sebagai PFA team of the year.
3 kali sebagai Uefa team of the year.
3 kali Fifa World XI

Tetapi yang paling menyedihkan adalah. Beliau tidak pernah memenangi EPL. Walaupun hampir 2 kali menjadi naib juara.

Takpalah Gerrard. Anda menang dihati kami!

Ini merupakan secara ringkasnya. Kalau nak cerita pasal Gerrard ni. 3 bulan menaip pun tak habis. Banyak sekali kenangan manis bersama Liverpool.

Antara pemain terbaik yang saya lihat sepanjang bergelar sebagai Peminat Liverpool.

Bagi anda? Moment Gerrard mana yang paling terkesan dalam hati anda? Ayuh kongsikan!

 

Sumber: bogger.com
Thisisanfield.com⁠⁠⁠⁠