ADAKAH KEITA LEBIH BERBALOI DARIPADA £70 JUTA?

    ADAKAH KEITA LEBIH BERBALOI DARIPADA £70 JUTA?

    1397
    0
    SHARE

    keita-saga-to-liverpool

    Selepas Salah berjaya diambil oleh Liverpool, kini giliran Keita memenuhi news feed  peminat Liverpool. Seperti biasa, kuasa media untuk Liverpool terlalu kuat sehinggakan kita semua terasa tekanannya.

    Kini, kebanyakkan pemberita yang berkiblatkan Liverpool akan mencorak berita sensasi tentang pemain tengah RB Leipzig itu.

    ✌ James Pearce mengatakan pengambilan Keita adalah pemain yang amat dimahukan oleh Liverpool.

    ✌ Melissa Reddy mengatakan ianya amat sukar berurusan dengan RB Leipzig kerana mereka tidak mahu menjual Keita. Malah lebih malang lagi kerana mereka mahu membina pasukan disekeliling Keita.

    “Ianya memerlukan £50 mill untuk menyakinkan tetapi mereka tidak mahu meninggalkan pasukan itu” ujar Melissa.

    Bagaimanapun, berita yang tidak bagus datang daripada Oliver Mintzlaff, ketua pasukan operasi bola sepak Red Bull yang mengatakan bahawa mereka tidak mahu menjual Keita dan juga sebarang pemain utama.

    kieta lfc

    Namun, semakin hari semakin meriah kerana perkhabaran menarik untuk Keita yang mana mereka mahukan £70 mill.

    Tetapi…

    Persoalannya….

    ADAKAH KEITA LEBIH BERBALOI DARIPADA £70 JUTA?

    Ada diantara kita tidak menyukai dengan yuran perpindahan yang terlampau tinggi dan sukar untuk dibayangkan ianya semakin meningkat pantas 3-4 tahun kebelakangan ini.

    Jika suatu kelab boleh membayar yuran perpindahan yang dipinta, adakah pemain itu berbaloi?

    Mungkin kebanyakan pasukan boleh memilih pemain alternatif lain dengan lebih murah tetapi adakah anda sanggup membuang ego setelah anda akui pemain yang dimiliki tidak berjaya dirampas.

    Oh tidak…

    LIVERPOOL DAN KEITA…

    Dalam kes Liverpool dan Keita, adakah pemaian itu cukup berbaloi dengan £70 mill?

    TIDAK!

    Tetapi anda boleh katakan benda yang sama kepada ratusan pemain yang berpindah kelab saban tahun. Sebenarnya, yuran perpindahan sentiasa akan selari dengan kepuasan hati anda.

    Sama sekali tidak…

    Sebaliknya, jika anda mengatakan dia berbaloi, hal ini disebabkan kebolehan dia beraksi sebagai robust midfielder, kebolehan menentukan kelajuan bahagian pertahanan dan tengah, dan juga dikatakan masih meningkat untuk menjadi super star.

    Secara faktanya, Keita hanya semusim bemain di Bundesliga tetapi kita semua boleh lihat kualiti permainannya. Ianya menakjubkan.

    SECARA FAKTANYA…

    Naby-Keita-Liverpool

    Secara faktanya, boleh saya katakan dia amat sesesuai dengan taktikal Jurgen Klopp. Dia sentiasa pantas merapati pemain lawan dan juga dikenali dengan tireless midfielder seperti Kante yang sentiasa dilihat berada berhampiran bola dalam linkungan 20 kaki sahaja.

    TANYA DIRI ANDA…

    Jika dia sertai Liverpool, Liverpool menang Premier League dan Champions League ketika dia beraksi dibahagian tengah Liverpool, adakah dengan jumlah yuran perpindahan itu penting lagi?

    Dia berkebolehan meguasai bahagian tengah untuk 10 tahun akan datang dan pengurus perlu membentuknya sebagai super star. Ini bukannya pengambilan untuk jangka masa pendek.

    DUIT BETUL BETUL TURUN NAIK DI PASARAN…

    Anda tidak boleh melawan arus tetapi sudah tentu ada caranya.

    Sebagai contoh adalah ketika Chelsea mengambil John Obi Mikel dengan penglibatan dia dalam pasukan utama, ianya meningkatkan jualan jersi di Nigeria pada musim 2014/15.

    Dan saya melihat benda yang serupa diamalkan oleh FSG dengan pengambilan Mohamed Salah kerana saya percaya perjualan jersi Salah akan melonjak tinggi kerana dia membawa pengikut Twitter sebanyak 2.43 mill, likers Facebook seramai 6.9 mill dan 4.9 mill pengikut di Instagram.

    Namun, Keita tidak sehebat Salah di media sosial tetapi popularitinya semakin meningkat.

    Dia dipilih sebagai pasukan Bundesliga Team of the Year 2016/17 dan hanya Lewandowski memiliki undi lebih daripada Keita.

    Manuel Neuer, Hummels, Dembele dan Aubumeyang memiliki jumlah undi lebih rendah daripada walapun mereka menguasai media sosial.

    Tambahan lagi, 80,000 undi untuk Keita adalah datang daripada benua Afrika dan pasaran itu belum diteroka oleh Liverpool.

    TEKANAN KEPADA YURAN PERPINDAHAN…

    skysports-paul-pogba-manchester-united-smiling-warm-up_3921475

    Paul Pogba masih memegang pemain termahal di dunia ketika ini.  Dengan harganya yang tinggi, ianya memberikan tekanan kepada dia sejak tiba di Premeir League.

    Lebih malang lagi, ramai peminat bola mengkritiknya dek persembahannya tidak seperti Lionel Messi. Kesiannya Pogba dek peminat bola tidak tahu menilainya.

    Begitu jugalah dengan Keita jika tiba di Liverpool dengan yuran perpindahan £70 mill.

    Segala-galanya dianalisis jika Keita membuat satu kesilapan dalam satu perlawanan, dia akan diberikan 3/10 walaupun persembahan keseluruhannya adalah 8/10.

    Itu yang terjadi di media sosial!

    Ianya cukup berisiko bukan?

    PERBANDINGAN POGBA DAN KEITA…

    Pogba beraksi pada kebanyakkan masa sebagai box-to-box midfielder dengan 3 pemain serangkai dibahagian tengah di liga paling sukar di dunia. Faktanya, dia terlibat dalam satu gol setiap 150 minit permainan.

    Bagaimanapun, Keita bemain dengan pasukan baru naik Liga dengan taktikal 4-2-2-2 dan bemain lebih ke bawah. Dia terlibat dalam satu gol setiap 162 minit permainan.

    Selain daripada itu, Keita berjaya melakukan 0.2 key passes berbanding Paul Pogba. Bagaimanapun, jika dilihat daripada sudut pintasan (interceptions) dan takles won (bentesan), dia adalah rajanya berbanding Pogba.

    Saya akui bahawa Paul Pogba lebih bernilai kerana jenama “Paul Pogba” berbanding Keita yang begitu naif.

    Tetapi hakikatnya Keita adalah 2 tahun lebih muda berbanding Pogba. Masih banyak masa itunya untuk membalas semula nilainya.

    skysports-naby-keita_3963302

    KESIMPULAN…

    Jika dinilai kesannya atas padang dan juga luar padang, saya akui £70 mill adalah nilai yang berbaloi.

    Dia pastinya memberi kesan segera di Anfield dan juga Liverpool secara ammnya.

    Ianya juga menjadi lambang masa depan Liverpool dan inilah dipinta oleh setiap peminat Liverpool.

    Wahai FSG, nilaikan…..