LIVERPOOL MAHUKAN RODRIGUES !

    LIVERPOOL MAHUKAN RODRIGUES !

    838
    0
    SHARE

    LIVERPOOL MEMBUKA LANGKAH AWAL UNTUK STARLET BRAZIL

    oleh Axello Tacts

    Liverpool telah membuka perbincangan untuk menandatangani pemain muda tengah Brazil, Allan Rodrigues de Souza dari Internacional dalam perjanjian bernilai sekitar £ 500,000.
    Pemain berusia 18 tahun itu telah menarik perhatian pasukan pemantau bakat (scouting) Liverpool semasa persembahan menarik beliau di kejohanan Frenz International Cup di Indonesia dan Kuala Lumpur pada awal tahun ini. Kejohanan tersebut turut dissertai oleh pasukan muda Liverpool dan Frenz Malaysia.

    IMG-1-13-Jan-15

    Dalam twit Tony Barret, beliau menyatakan Liverpool amat amat berharap dapat menandatangani Allan De Souza

    “Liverpool hoping to sign Allan Rodriguez” – @TonyBarret

    Pemain remaja tersebut kini antara prospek hangat di tanah air beliau dan The Reds memasuki persaingan dengan Deportivo La Coruna untuk tandatangan pemain muda itu. Liverpool telah membuat tujuh trasnsaksi masuk pemain pada musim panas ini termasuk Roberto Firmino, James Milner dan Danny Ings.

    YNWA