Pakar Bola Sepak France, Andrew Gibney Memberi Amaran kepada Penyokong Liverpool untuk...

    Pakar Bola Sepak France, Andrew Gibney Memberi Amaran kepada Penyokong Liverpool untuk Tidak Memberi Harapan Tinggi Kepada Divock Origi

    967
    0
    SHARE

    Pakar bola sepak Perancis, Andrew Gibney memberi amaran kepada Penyokong Liverpool untuk tidak meletakkan harapan tinggi kepada Divock Origi kerana ia memberi tekanan dan bebanan kepada pemain itu. Beliau menambah, Lille semestinya gembira melihat pemain itu pergi.

    Liverpool dilihat akan membawa pemain 19 tahun itu lebih awal ke Anfield dalam jendela perpindahan kali ini dengan membayar £3m tambahan kepada Lille. Namun Gibney yang bekerja untuk French Fookball Weekly dan Bleacher Report memberitahu bahawa pemian ini dalam keadaan “struggle” pada musim ini.

    Beliau memberitahu ECHO di laman webnya: “Daripada kaca mata penyokong Lille, mereka tidak rasa kehilangan Origi. Beliau tidak memberikan 100% sumbangan dan mungkin juga kerana skuad itu dalam kedudukan “relegation battle”, maka tahap Origi telah turun.”

    “Jika Liverpool menawarkan wang yang lebih daripada kelab fikirkan, apa salahnya? Beliau tidak melakukan apa-apa perbezaan di atas padang. Para penyokong tdak teruja dengannya.”

    “Sikapnya kurang memuaskan dan penyokong Lille berpendapat fikirannya sudah di Liverpool”

    “Saya fikir beliau tidak akan menjadi skuad utama. Mereka perlu mulakannya dari bangku simpanan sehingga beliau sudah betul-betul bersedia. Lille sudah tentu rasakan yang ini adalah jualan yang baik buat mereka.”

    Divock OrigiOrigi yang beraksi cemerlang ketika mewakili Belgium dalam Perlawanan Piala Dunia 2014 baru ini menggantikan Romelu Lukaku dibahagian penyerang mendapat tumpuan beberapa pihak.

    Maka Liverpool telah menawarkan £10m untuk khidmatnya pada musim panas ini dan membolehkannya berada di kelabnya, Lille menamatkan kempen liga.

    Walaupun beliau bermua dengan baik di Lille pada kempen liga kali ini, namun adakalanya beliau berusaha mendapatkan rentaknya. Beliau hanya menjaringkan 4 gol dalam 24 perlawanan untuk kelab Perancis itu. Dengan aksi yang kurang memberangsangkan, Lille ingin menjualnya lebih awal dan sebab yang munasabah kenapa penyokong Liverpool tidak perlu mengharap penuh kepadanya, menurut Gibney.

    Beliau sambung, “Saya rasa terlalu awal beliau ke Liverpool, beliau sepatutnya dibiarkan meninggalkan kelab dalam 18 bulan atau 2 tahun lagi untuk terus belajar dan berkembang”

    “Saya rasa penyokong Loverpool nampak beliau akan menjaringkan gol yang banyak dan mampu membangkitkan pasukan.”

    “Mungkin beliau akan bertambah baik dengan bermain dengan pemain yang lebih baik di Liverpool, namun sudah banyak garapan dan tekanan buat beliau sekarang. Beliau perlukan masa untuk itu atau beliau tidak akan menjadi di Liverpool.”

    “Mungkin beliau akan membuktikan bahawa semua orang salah tentangnya (tidak bermain dengan baik), namun beliau tidak menunjukkanya pada musim ini.”

    “Ia agak lucu kerana dalam perlawanan menentang Everton dalam Liga Eropah, penyokong Lille merasakan beliau bermain dengan baik – namun media Inggeris tidak teruja dengannya.”

    Selain daripada “poor form” Origi, Gibney menyatakan Origi mempunyai karakter sebagai pemain yang hebat di Liga Perdana Inggeris.

    “Ketika beliau dalam rentak yang baik, beliau laju, dan mempunyai teknik tendangan gol yang baik. Beliau boleh melakukan perubahan itu.”

    “Saya fikir beliau akan sesuai dengan Liga Perdana Inggeris, beliau boleh bersaing secara  fizikal. Beliau mungkin kekurangan dalam membuat keputusan atas padang namun beliau boleh melakukannya dengan bermain dengan pemain yang lebih baik di Liverpool.”

    “Liverpool membeli potensi, dalam tiga atau empat tahun beliau boleh menjadi pemain muda terbaik di sana. Namun beliau perlu membuktikannya dahulu”

    Sumber: Liverpool Echo